39
Isi Kandungan

Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Isi Kandungan

Page 2: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

KATA KATA ALUAN PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU...................................... I BAB 1: PENDAHULUAN

RINGKASAN EKSEKUTIF ........................................................................................... 1- 2

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG...................................................................... 3-4

CARTA ORGANISASI ................................................................................................. 5-6

FUNGSI DAN PERANAN .......................................................................................... 7-10

PUNCA KUASA...................................................................................................... 11-12

STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN ....................................................................... 13-14 BAB 2: ANALISA PERSEKITARAN

ISU DAN CABARAN-CABARAN KRITIKAL ............................................................... 15-19 BAB 3: HALA TUJU STRATEGIK

VISI,MISI,MOTO ........................................................................................................ 20

NILAI BERSAMA.................................................................................................... 21-22

ISU-ISU STRATEGIK DAN TERAS STRATEGIK ............................................................... 23

PELAN TINDAKAN................................................................................................. 24-29 BAB 4: PELAKSANAAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN .............................................................................. 30-31

MEKANISME PELAKSANAAN ................................................................................ 32-33

KAEDAH PEMANTAUAN, PELAKSANAAN DAN PENGUKURAN PRESTASI

PENILAIAN DAN SEMAKAN SEMULA ......................................................................... 34

HALA TUJU (THE WAY FORWARD ) ...................................................................... 35 BAB 5: PENUTUP

PENUTUP…………………………………………………………………………………………………………… 36

Page 3: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat menyediakan Pelan Perancangan Strategik Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu (PDTKT) . Dengan peredaran masa yang pantas, masyarakat kini memerlukan perkhidmatan yang bukan sahaja efisien dan efektif tetapi juga harus memenuhi kehendak pelanggan yang semakin kompleks. Maka konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang dicetuskan oleh kepimpinan negeri adalah amat bertepatan.

Pelan Perancangan Strategik PDTKT yang disiapkan ini seharusnya menjadi bahan rujukan kepada semua warga PDTKT agar segala apa yang dihasratkan tercapai dan sentiasa di landasan yang betul. Saya amat berharap agar Pelan Stategik ini dihayati dan dilaksanakan mengikut sebagaimana yang dirancang. Komitmen dan kesungguhan kita semua adalah perlu bagi mencapai cita-cita yang diidamkan.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAMPU atas kolaborasi bagi menjayakan Pelan Strategik Pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dan Pasukan Pelaksana Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu serta penghargaan kepada yang bertungkus lumus untuk menyiapkan naskah ini agar kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rata dengan jabatan-jabatan lain.

Sekian, terima kasih. Wasalam.

(WAN NAWAWI BIN HAJI WAN ISMAIL)

Pegawai Daerah Kuala Terengganu

i

Page 4: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

PENDAHULUAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelan Strategik Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu mengambil tempoh masa selama 5 tahun, antara tahun 2012 hingga 2016, dengan visi menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu sebagai sebuah organisasi yang unggul di Peringkat Nasional dalam semua urusan Pentadbiran Daerah dan Tanah menjelang tahun 2016.

Sebagai agensi yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat, seharusnya Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu bersedia dengan arus perubahan yang melanda dunia, globalisasi, isu-isu nasional, politik, sosial, ekonomi serta isu luaran dan dalaman lainnya, telah mempengaruhi tahap pemikiran dan ekspektasi pelanggan dan juga stakeholder terhadap perlunya pemantapan dan kecekapan sistem penyampaian di organisasi dan jabatan-jabatan kerajaan. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu turut terpanggil bagi menyahut cabaran tersebut agar pejabat ini tidak ketinggalan dan tenggelam dalam persaingan bagi mengadaptasikan tranformasi penyampaian Sistem Perkhidmatan dan tranformasi sumber manusia agar ia terus releven dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi kepuasan pelanggan.

Pelan strategik ini mengambilkira tahap sistem penyampaian yang sediada, dimana satu anjakan kepada kendiri pegawai dan kakitangan dirasakan amat perlu dirancang, agar mereka lebih bersedia menangani ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat. Penyediaan Pelan Komprehensif Tranformasi Sumber Manusia dan mengoptimumkan penggunaan teknologi adalah antara resipi yang dirasakan mampu melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Selain itu pelan strategik ini juga dirancang untuk memperkasakan tadbir urus dan pembudayaan nilai-nilai murni dalam jiwa warga Pejabat Daerah dan Tanah dan kepuasan pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Ianya akan dilaksanakan melalui pemantapan sistem dan prosedur yang sedia ada, mempertingkatkan keberkesanan Penguatkuasaan, Pembangunan organisasi, pengujudan persekitaran kerja yang lebih menarik dan pengukuhan kawalan kewangan organisasi.

Dari aspek pembangunan prasarana dan fasiliti awam, PDTKT akan mengabil langkah-langkah yang perlu terutamanya dari segi simpanan rekod dan tahap keberkesanan penyelenggaraan harta awam. Selain itu PDTKT akan mempermudahkan proses penyediaan dan pembinaan fasiliti awam bagi kesejahteraan umum.

1

Page 5: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Proses bagi memperkukuhkan Pengurusan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah, bagi kemakmuran negeri akan sentiasa dimantapkan melalui teknologi ICT iaitu,SPTB (Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer), ISOLAR (Sistem Hasil Tanah), e-Convert (Sistem Tukar Syarat), e-Consent (Sistem Kebenaran PindahMilik/Gadaian), e-Mohon (Sistem Permohonan Tanah) dan e-Tanah, ianya selaras bagi mewujudkan “Paperless society”. Turut diperkukuhkan adalah urusan pembangunan tanah melalui “OSC’ (One stop centre).

Kesemua proses pemantapan ini memerlukan kepakaran sumber manusia yang berterusan, yang akan diperolehi melalui latihan dan kursus. Kajian terhadap proses dan prosedur urusan tanah harus sentiasa ditingkatkan sesuai dengan kehendak pelanggan. Pemantauan yang berterusan terhadap tatacara kutipan hasil, sasaran kutipan, dan metodologi kutipan yang mudah akan dititik beratkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Halatuju, selepas perancangan strategik ini dilaksanakan, berakhir pada tahun 2016, adalah diharapkan peranan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu menjadi lebih menyerlah, lebih cekap, mantap dan berkesan, mempunyai gagasan untuk mencapai ke tahap sebuah Organisasi yang terunggul di Malaysia dalam semua urusan Pembangunan dan Pentadiran Daerah dan Tanah serta menjadi rujukan di peringkat nasional dan berkemampuan menyediakan perkhidmatan secara “On-Line”. Disamping dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui sistem penyempaian yang efektif,mesra dan telus serta berorientasikan pelanggan dan stakeholder.

2

Page 6: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

TAHUN PENERANGAN

- Daerah Kuala Terengganu mempunyai keluasan 60,528.10 hektar yang merangkumi 4.7% daripada keseluruhan keluasan negeri Terengganu iaitu seluas 1,295,512.1 hektar yang bersempadan dengan daerah Marang di Selatan, Setiu di Utara, Hulu Terengganu di Barat dan Laut China Selatan di Timur.

Pentadbiran Daerah dan Tanah Kuala Terengganu merangkumi 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 5 kawasan Parlimen. Ianya di pecah bahagi kepada 24 Mukim pentadbiran. Mukim berkenaan adalah Bandar Kuala Terengganu, Pekan Cabang Tiga, Mukim Cabang Tiga, Mukim Batu Buruk, Mukim Kuala Ibai, Mukim Cendering, Mukim Bukit Besar, Mukim Atas Tol, Mukim Rengas, Mukim Pengadang Buluh, Mukim Gelugor Raja, Mukim Gelugor Kedai, MukimTok Jamal,Manir, Mukim Pulau-Pulau, Mukim Paloh, Mukim Pulau Redang, Mukim Losong , Mukim Serada, Mukim

Kepong, Mukim Kubang Parit, Mukim Belara, Mukim Batu Rakit, dan Mukim Kuala Nerus. Jumlah Penduduk Daerah Kuala Terengganu seramai 347,571 (TAHUN 2012) orang dan bilangan kampung ( 292 JKKK )

1910 Sistem Pentadbiran mengikut daerah dimulakan dengan pengenalan ‘Sistem Pentadbiran Penjajah Inggeris di Negeri Terengganu.

1921 Pengwujudan Pesuruhanjaya Jajahan, Negeri Terengganu dipecahkan kepada tiga (3) kawasan:

Kawasan Barat : Meliputi Daerah Besut dan Setiu Kawasan Tengah : Meliputi Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang Kawasan Timur : Meliputi Daerah Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek

dan Kemaman. 1947 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pertama diwujudkan dan terletak di

tepi Padang Paya Bunga iaitu di tapak Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sekarang ini.

1955 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu telah berpindah ke bangunan baru di Padang Engku Sar .

1955 Di Daerah Kuala Terengganu, jawatan Pegawai Daerah Inggeris yang terakhir ialah Mr G. Fricher sebelum diganti dengan anak Melayu pertama yang menyandang jawatan Pegawai Daerah Kuala terengganu, iaitu Che Mohd Yusof bin Haji Ahmad pada 24.8.1955.

3

3

Page 7: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

1968 Anak Terengganu pertama yang menyandang jawatan Pegawai Daerah ialah Dato’ Aria Negara Haji Bachik bin Abd Jalal pada 1.7.1968.

1984 Jawatan Pemungut Hasil Tanah Daerah telah ditukar kepada Pentadbir Tanah Daerah yang kemudiannya dipinda menjadi Pentadbir Tanah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara.

1998 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu mula beroperasi di Kompleks Seri Iman pada 1.8.1998.

PETA DAERAH KUALA TERENGGANU

4

Page 8: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Organisasi

PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL

UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT

UNIT MAJLIS DAN KERAIAN

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

UNIT KESELAMATAN

UNIT PENGURUSAN DATA

5

Page 9: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

PENOLONG KANAN PENTADBIR TANAH ( Pendaftaran )

PENOLONG PENTADBIR TANAH ( Pelupusan )

PENOLONG PENTADBIR TANAH ( Penguatkuasaan & Hasil )

CARTA ORGANISASI PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU

PENTADBIR TANAH

KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH

PENOLONG KANAN PENTADBIR TANAH ( Pengambilan Tanah )

PENOLONG KANAN PENTADBIR TANAH ( Pembangunan )

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

TANAH

BAHAGIAN PELUPUSAN

TANAH

BAHAGIAN PENDAFTARAN

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

DAN TEKNIKAL

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

BAHAGIAN PERUNDANGAN BAHAGIAN HASIL

6

Page 10: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Fungsi dan Peranan Peranan utama Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT)

Secara dasarnya PDKT ditubuh dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang dipayungnya. Rakyat yang merupakan satu entiti pelanggan yang penting berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PDKT melauli perancangan , pelaksanaan , pentadbiran dan pengalaman aktiviti-aktiviti yang telah digariskan, sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran.

Antara lain Fungsi PDKT adalah :-

Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan peringkat daerah.

Merancang program pembangunan ekonomi, sosial dan spiritual

Menyelaras dan melaksana aktiviti keselamatan, perpaduan dan kerohanian

Memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran daerah

Objektif Jabatan Pejabat Daerah Kuala Terengganu

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan meningkatkan taraf sosia-ekonomi penduduk Daerah Kuala Terengganu

Memberi perkhidmatan yang berkualiti. Produktif dan amanah Bertanggungjawab untuk merancang, mentadbir dan melaksanakan

serta mengawal aktiviti.

7

Page 11: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Peranan utama Pejabat Tanah Kuala Terengganu (PTKT)

Peranan utama Pejabat Tanah Kuala Terengganu adalah menerima dan memproses

permohonan berkaitan tanah daripada orang awam, agensi kerajaan dan swasta.

Seterusnya akan memaklumkan keputusan terhadap permohonan tersebut kepada

pemohon. Pejabat Tanah Kuala Terengganu juga menjalankan fungsi pendaftaran

hakmilik dan urusan tanah.

Tugas-Tugas

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Melahirkan satu sistem pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber

manusia yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab yang berterusan selaras

dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan

pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berhemah

mengikut prosedur dan peraturan.

Bahagian Penguatkuasaan Dan Teknikal

Mengurus,memantau dan memastikan seksyen-seksyen dibawah Kanun

Tanah Negara dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi.

Bahagian Pelupusan Tanah

Menguruskan pelupusan tanah samada dalam kawasan mukim, pekan atau bandar

melalui pemberimilikan tanah secara terancang atau tidak terancang berdasarkan

peruntukan seksyen 76 dan seksyen 65 Kanun Tanah Negara, Perizaban di bawah

seksyen 62 dan pemberimilikan di bawah Akta GSA 1960.

8

Page 12: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Bahagian Pendaftaran Mengurus Pendaftaran Hakmilik, Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah supaya

dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi peraturan

yang telah ditetapkan.

Bahagian Pembangunan Tanah

Mengurus prosedur memproses semua urusan pembangunan tanah supaya dapat

dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi semua undang-

undang dan peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Teknologi Maklumat

Menguruskan kemudahan teknologi maklumat dari segi peralatan, perisian,

sistem dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kakitangan dan juga

menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pengguna akhir (end-user)

yang terdiri dari pegawai dan kakitangan dari segi penggunaan perisian dan

komputer serta penyelenggaraan peralatan dan rangkaian.

Bahagian Hasil

Mengurus dan menyelaras pungutan hasil tanah secara cekap, teratur dan

mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Perundangan

Mengurus dan menyelaras kaedah-kaedah perundangan tanah secara cekap

dan berkesan.

9

Page 13: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

OBJEKTIF JABATAN

Pejabat Tanah Kuala Terengganu

Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan Tanah dalam Daerah

Kuala Terengganu hingga ke peringkat maksima dalam menjayakan wawasan

kerajaan.

Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan

kepada Kerajaan Negeri.

Mempastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk

kepentingan rakyat dengan perasaan muhibbah dan kemesraan.

Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian

dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih

produktif dan taraf pendapatan yang tinggi.

Mewujudkan penguatkuasaan undang-undang tanah yang cekap dan berkesan.

DASAR KUALITI

Pihak pengurusan adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan

sistem pengurusan kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam

Pembangunan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pihak pengurusan juga

akan mempastikan bahawa sistem pengurusan kualiti pentadbiran tanah akan

diterangkan untuk fahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak

semula kesesuaiannya. Selain itu,pihak pengurusan akan menyediakan

rangkakerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti

organisasi.

10

Page 14: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Punca Kuasa Pejabat Daerah

PEJABAT DAERAH KUALA

TERENGGANU

AKTA KESALAHAN

PILIHAN RAYA

UNDANG-UNDANG

KEWARGANEGARAAN TRG 1952

PANEL CODE

SURAT-SURAT ARAHAN & PEKELILING KERAJAAN

NEGERI & PERSEKUTUAN

PERINTAH AM DAN ARAHAN PERBENDAHARAAN

PERLEMBANGAAN MALAYSIA

AKTA KAWALAN

SEWA PINDAAN

1972

SIASATAN SURAT SOKONGAN PERMIT KENDERAAN AWAM

KANUN ACARA

JENAYAH

PEKELILING KEMAJUAN

PERKHIDMATAN AWAM

11

Page 15: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Punca Kuasa Pejabat Tanah 1. Perlembagaan Malaysia

2. Ordinan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957

3. Kanun Tanah Negara 1965

4. Peraturan-peraturan Tanah Terengganu 1966

5. Pekeliling-Pekeliling/Arahan-Arahan Pengarah Tanah dan Galian

Terengganu

6. Pekeliling-Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian

7. Enakmen Rizab Melayu 1360H (1941)

8. Akta Pengambilan Tanah 1960

9. The Land (Group Settlement Area) 1960

10. Perintah-Perintah Am/Arahan Perbendaharaan/Panduan Pengurusan

Pejabat

11. Pekeliling /Arahan YB SUK Dan YB Pegawai Kewangan

Terengganu/Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam/Surat Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam/Pekeliling Am/Surat Pekeliling

Am/Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara/Garis Panduan/Surat

Arahan Ketua Pengarah MAMPU/Surat Arahan Perdana Menteri

12. Akta Acara Kewangan

13. Enakmen Mineral (Terengganu) 2005

14. Peraturan-Peraturan Mineral (Terengganu) 2005

15. Akta Hakmilik Strata 1985.

12

Page 16: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Stakeholders dan Pelanggan

KDYMM AL-SULTAN Menteri Besar EXCO SUK

Penduduk Pelawat/Pelancong Agensi Kerajaan Swasta Pemilik Kediaman/Premis Perniagaan NGO Komuniti Perniagaan

STAKEHOLDERS

PEJABAT

DAERAH

KUALA

TERENGGANU

STAKEHOLDERS

13

Page 17: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

STAKEHOLDERS

Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri

(SUK)

Pejabat Tanah Kuala Terengganu

AGENSI KERAJAAN RAKYAT

SEKTOR SWASTA/

PEMBEKAL

PELANGGAN

YAB.MENTERI

BESAR

MMKN

KDYMM AL-SULTAN

14

Page 18: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

ANALISA PERSEKITARAN

SENARIO PERSEKITARAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU

Isu-isu dan Cabaran Strategik (PDKT) ISU PEMBANGUNAN

Isu Pembangunan sering diperbahaskan dikalangan ahli ekonomi. Pertumbuhan ekonomi diandaikan membawa kesan kepada orang awam dalam bentuk pekerjaan dan peluang ekonomi lain, menyediakan kemudahan asas bagi agihan ekonomi dan faedah sosial.

Masalah kemiskinan, pengangguran dan agihan pendapatan pula sering menjadi isu yang perlu diberi perhatian serius. Menangani masalah kemiskinan menjadi salah satu agenda jabatan dalam memastikan sosial ini berkurangan.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan manusia atau modal insan lebih menjurus kepada perubahan dalam struktur, pemikiran, perlakuan seseorang yang disebabkan oleh pengaruh dalaman dan luaran atau persekitaran serta penggunaan ICT yang lebih meluas bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyempaian.

Secara keseluruhannya, ia ada hubungkait dengan fizikal, psikososial dan spiritual. Manakala pembangunan persekitaran termasuk aspek ekonomi , fizikal, sosiobudaya dan politik. Kearah pencapaian yang serentak menuju matlamat mestilah berteraskan pegangan kukuh kepada konsep pembangunan islam.

15

Page 19: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Isu-isu dan Cabaran Strategik (PTKT)

Perubahan persekitaran yang didorong oleh faktor-faktor luaran dan dalaman negara

khususnya negeri memberi kesan langsung kepada harapan pelanggan tentang peranan

dan fungsi Pejabat Tanah Kuala Terengganu (PTKT). Isu-isu dan cabaran kritikal

dibahagikan kepada Kekuatan dan Kelemahan disamping Peluang dan Ancaman dalam

mencapai Pelan Strategik yang dirancang.

Tadbir Urus

Tadbir urus yang mantap merupakan asas kepada jentera pentadbiran Pejabat Tanah

yang kukuh dan berintegriti. Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menyediakan rangka kerja

yang menyeluruh bagi pelaksanaan tadbir urus yang baik. Rangka kerja tersebut memberi

penekanan kepada pengamalan sistem dan prosedur kerja yang cekap dan berkesan bagi

menutup ruang dan peluang untuk penyelewangan dan salah guna kuasa. Ketelusan dan

pematuhan kepada peraturan dan undang-undang akan memastikan semua keputusan

dan tindakan dibuat dengan penuh integriti. Tumpuan juga turut diberikan kepada

pembangunan modal insan melalui penerapan nilai-nilai murni dan etika kerja positif.

Pengurusan Sumber Manusia

Pentadbiran yang dianggotai oleh sumber manusia yang kompeten, profesional,

kakitangan yang cukup dan berpengalaman dapat memastikan penghasilan kepada

Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Dalam era informasi, ilmu

pengetahuan semakin penting dalam memacu pertumbuhan dan gaya hidup masyarakat

serta menjadi asas kepada pembanguanan ekonomi.

16

Page 20: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

ICT berupaya merubah cara bekerja dan orang awam berurusan dengan agensi Kerajaan.

ICT juga membolehkan perkhidmatan disediakan melalui pelbagai saluran dengan cepat,

cekap, berkesan dan telus. Kemajuan ICT dapat meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Pelanggan sentiasa

menuntut tahap perkhidmatan yang lebih cekap dan responsif di mana dengan adanya

pelaksanaan Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian (No Wrong Door) membolehkan

Pejabat Tanah Kuala Terengganu memenuhi tuntutan dan harapan pelanggan.

17

Page 21: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

ANALISA PERSEKITARAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU Analisis persekitaran (Environmental Scan) PDTKT menggunakan model SWOT Analysis (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) sebagai rujukan utama bagi merangka Pelan Strategik PDTKT 2012 – 2016.

ISU STRATEGIK BERDASARKAN KEPADA ANALISIS SWOT Kekuatan (Strength) dan Kelemahan (Weakness) dianalisa menggunakan tools Mckinsey 7’s

KEKUATAN

(STRENGTH)

KELEMAHAN (WEAKNESS)

Professional, berdisiplin, responsif

berintegriti dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Jalinan kerjasama antara jabatan-jabatan lain.

PDTKT diterajui oleh pemimpin yang berkaliber dan sumber manusianya adalah kompeten dan berintegriti serta kakitangan PDTKT yang responsif dan berdaya saing.

Amalan kerja yang bersandarkan kepada sistem kerja yang standard dan teras perkhidmatan yang tidak berubah.

Dilengkapi dengan kemudahan ICT dan sistem berkomputer contohnya e-Mohon, e-Consent, e-Convert, SPTB, ISOLAR, e-Masa, e-ADUAN dan Sistem SELAMAT (Secured Land Management System)

Kemudahan infrastuktur yang lengkap dan

ruang pejabat yang kondusif dan amalan 5S.

Kemahiran dalam bidang perundangan tanah dan pentadbiran ICT melengkapkan keupayaan PDTKT.

Sikap pekerja yang sukar diubah.

Penyebaran informasi-informasi

tertentu yang lambat.

Pertukaran penjawat awam yang kerap dan lambat diisi.

Perubahan-perubahan dasar

yang terlalu kerap mengganggu proses kerja.

Tarikh perlaksanaan e-Tanah

yang tidak pasti mengganggu perancangan jabatan dan gangguan pada sistem komputer.

Proses kerja/cara lama (manual)

masih digunakan

Bidang tugas yang luas dan tidak terhad.

18

Page 22: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

PELUANG (OPPORTUNITY) DAN ANCAMAN (THREATS) DIANALISA MENGGUNAKAN TOOLS PESTEL.

PELUANG (OPPORTUNITY)

ANCAMAN(THREATS)

Sokongan daripada pemimpin

politik dan pucuk pimpinan. Kedudukan kewangan negeri yang

kukuh. Hubungan sosial diantara jabatan

dan rakyat terjalin luas.

Kemudahan sistem Capaian Rangkaian yang disediakan oleh SUK contohnya projek Terengganu Wireless Network(T@WAN).

Persekitaran kerja yang selamat. Sumber rujukan perundangan yang

lengkap dan mempunyai pegawai undang-undang yang boleh menguruskan isu-isu perundangan.

Krisis politik kadangkala

melambatkan keputusan yang perlu dibuat diperingkat Pihak Berkuasa Negeri berhubung isu-isu tanah.

Agihan Peruntukan yang tidak

seimbang antara Jabatan / Pejabat.

Ekspektasi pelanggan yang terlalu tinggi.

Jika tiada kawalan keselamatan di peringkat SUK, pihak luar yang tidak bertanggungjawab akan dapat menceroboh sistem-sistem yang sedia ada.

Terdedah kepada jenayah dan penipuan (kecurian, fraud).

Peraturan dan undang-undang tanah yang tidak mengikut peredaran masa.

19

Page 23: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

BAB 3: HALA TUJU STRATEGIK

Menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu sebagai sebuah organisasi yang unggul di peringkat

nasional dalam semua urusan Pentadbiran Daerah dan Tanah menjelang 2015

Menguruskan sumber-sumber yang ada secara optimum ke arah pelaksanaan program pembangunan Daerah dan

Pengurusan Tanah Daerah Kuala Terengganu yang berkualiti melalui sistem penyampaian yang efektif ,mesra dan telus serta berorientasikan pelanggan dan stakeholder

MISI

“ BANTU PELANGGAN,

PERMUDAHKAN URUSAN “

VISI

MOTO

20

Page 24: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

NILAI-NILAI BERSAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU

PROFESIONAL

Sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam

menjalankan tugas dan bertindak dengan penuh komitmen dengan

memunafaatkan kompetensi dan kepakaran tertentu apabila mencadangkan

penyelesaian dan penambahbaikan bagi setiap masalah.

RESPONSIF

Peka dan prihatin kepada kehendak stakeholders dan keperluan pelanggan di

samping memahami isu-isu senario semasa dan cepat dalam mencari

penyelesaian terbaik.

KERJA BERPASUKAN

Menggembleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja

berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.

AKAUNTABILITI & BERINTEGRITI

Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauntabiliti di dalam segala tindakan dan

kelakuan. Berkhidmat dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap

kualiti output yang dihasilkan berasaskan etika kerja cemerlang dan tingkah laku

beramanah serta konsep ‘first in first out’.

21

Page 25: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

NILAI-NILAI KORPORAT PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU

SEMANGAT BERKHIDMAT, NILAI MURNI DAN KERJASAMA THE SPIRIT OF SERVICE, COURTESY AND NETWORKING SEMANGAT BERKHIDMAT (THE SPIRIT OF SERVICE)

Menepati Piagam Pelanggan serta menghayati Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM);

Meningkatkan produktiviti dengan konsep ‘continual improvement’;

Mengamalkan konsep ‘no wrong door policy’ serta ‘facilitate, not to frustrate clients’;

Sentiasa kompeten serta peka terhadap penyegeraan (sense of urgency) dalam proses

perkhidmatan; dan

Menyediakan ruang perkhidmatan serta sokongan profesional yang efisien dan efektif.

SEMANGAT NILAI-NILAI MURNI (THE SPIRIT OF COURTESY)

Bersifat mesra pelanggan serta memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan dengan

layanan hormat, bermaruah, mengambil berat dan berbudi bahasa ;

Memelihara kebajikan, peningkatan kerjaya, penambahbaikan kemahiran serta

pembangunan modal insan warga kerja; dan

Komited dengan konsep ‘duty of care’, sentiasa menjaga nama baik pejabat, etika kerja

dan integriti diri dengan penuh amanah serta berakhlak mulia; dan

Memahami konsep ‘sense of belonging’ bahawa kepentingan organisasi hendaklah

sentiasa mengatasi kepentingan peribadi sendiri pada bila-bila masa.

SEMANGAT KERJASAMA (THE SPIRIT OF NETWORKING)

Menerapkan kerjasama dalaman dan luaran organisasi yang fleksibel serta relevan;

Menjalinkan kolaborasi strategik pada peringkat jabatan, negeri dan negara melalui

perkongsian sumber yang kreatif, inovatif dan progresif;

Bersemangat kerja berpasukan serta menentukan sebarang keputusan secara kolektif dan

bermanfaat bersama; dan

Saling lengkap melengkapi, cakna sesama sendiri serta bertoleransi tinggi melalui

persaingan sihat dan suasana kerja yang harmoni

22

Page 26: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

BIL

ISU STRATEGIK

TERAS STRATEGIK

1 Sistem penyampaian tidak cekap kerana kelemahan Pengurusan Sumber dan Kapasiti.

Memantapkan keupayaan dan Kapasiti Organisasi bagi meningkatkan kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan.

2 Kelemahan tadbir urus organisasi dan penerimaan kakitangan terhadap Pembudayaan Nilai-nilai Murni.

Memperkasakan tadbir urus organisasi dan Pembudayaan Nilai-Nilai Murni ke arah Kecemerlangan Organisasi.

3 Pengurusan dan pentadbiran yang lemah yang boleh menjejaskan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Organisasi.

Memperkukuhkan Pengurusan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah bagi Kemakmuran Negeri.

4

Perancangan pembangunan infrastruktur awam yang tidak menyeluruh dan tidak tersusun

Memperbanyakkan kemudahan dan infrastuktur awam bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat

5 Penggunaan ICT tidak Menyeluruh Mengoptimumkan penggunaan ICT

ISU-ISU DAN TERAS STRATEGIK PEJABAT DAERAH DAN TANAH

KUALA TERENGGANU

23

Page 27: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

PELAN TINDAKAN PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU

TERAS STRATEGIK 1

Memantapkan keupayaan jabatan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan

STRATEGI PROGRAM INDIKATOR SASARAN

Membina dan menetapkan halatuju pengurusan sumber manusia

Membangunkan pelan komprehensif sumber manusia Mempertingkatkan budaya kerja inovatif dan kreatif

Pelan komprehensif sumber manusia PDKT Anugerah Inovasi

Pelan disiapkan pada tahun 2016 Sentiasa bertanding dan sekurang-kurangnya mendapat penghargaan bermula daripada tahun 2012

Memantapkan pembangunan organisasi

Memantapkan fungsi dan deskripsi tugas Memperkukuhkan struktur dan skim perkhidmatan jabatan

Pemantapan melalui latihan dan integriti

Membangun kecemerlangan organisasi

24

Page 28: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

TERAS STRATEGIK 2

Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni bagi mencapai kecermelangan jabatan

STRATEGIK PROGRAM INDIKATOR SASARAN

Memantapkan sistem dan prosedur kerja

Menyemak pemakaian dan keberkesanan tatacara,peraturan dan undang-undang sedia ada Merekayasa dan menambahbaik sistem dan prosedur kerja

Tahap kepuasan pelanggan Bilangan prosedur yang disemak dan ditambah baik

Tahap kepuasan melebihi 80% setiap tahun 30% prosedur berjaya disemak dan ditambahbaik 2013

Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif

Mempertingkatkan kemudahan dan fasiliti pejabat Meningkatkan jalinan mesra antara pengurusan - kerja

Tahap kepuasan pekerja

Tahap kepuasan melebihi 80% setiap tahun

Memantapkan pengurusan kewangan

Memaksimakan perbelanjaan peruntukan mengikut siling yang diperuntukan

Mengoptimumkan kos operasi jabatan

Prestasi perbelanjaan Jumlah penjimatan

sentiasa mencapai perbelanjaan melebihi 95% bermula tahun 2012 Peningkatan 5% penjimatan setahun

25

Page 29: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

TERAS STRATEGIK 3

Memperbanyakkan kemudahan dan infrastuktur awam bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat

STRATEGIK PROGRAM INDIKATOR SASARAN

Mewujudkan kolaborasi dengan kerajaan Persekutuan dan Agensi Negeri

Mempermudahkan proses pnyediaan kemudahean dan infrastruktur oleh agensi kerajaan atau pihak berkepentingan

Tahap kepuasan pelanggan

Tahap kepuasan melebihi 80% setiap tahun

Memperkukuhkan pengurusan aset dan fasiliti awam

Membangunkan sistem rekod dan penyelenggaraan fasiliti awam

Sistem rekod dan penyelenggaraan fasiliti awam Menilai keberkesanan dan kesesuaian fasiliti awam yang dibina

Sistem disiapkan pada tahun 2013 Tidak kurang daripada 75% penduduk setempat bersetuju dengan pembinaan tersebut 2013

TERAS STRATEGIK 4

Mengoptimunkan Penggunaan ICT

STRATEGIK PROGRAM INDIKATOR SASARAN

Memperkasa penggunaan ICT bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan organisasi

Menyelaras semua program melalui unit dokumentasi melalui jawatankuasa ICT

Pelan latihan ICT Pembangunan pelan latihan ICT bermula 2013

26

Page 30: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

PELAN TINDAKAN PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU TERAS STRATEGIK 1

Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

STRATEGIK

PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/TAHUN SASARAN

1. Memantapkan pembangunan organisasi

Memperkukuhkan struktur dan Skim Perkhidmatan organisasi Memantapkan fungsi dan diskripsi tugas

Penarafan dalam Star Rating

Mendapatkan Anugerah (tahun 2012-2016)

2. Menetapkan hala tuju Strategik pengurusan Sumber Manusia

Membangunkan Pelan Operasi Latihan Komprehensif Sumber Manusia

Pelan Komprehensif Sumber Manusia Tahap Kompetensi Pekerja

Pelan Disiapkan Pada Tahun 2012-2016

3. Mewujudkan persekitaraan kerja yang kondusif

Memanfaat dan mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan Mempertingkatkan jalinan hubungan antara pihak pengurusan – pekerja Meningkatkan kemudahan dan fasiliti pejabat

Tahap Kepuasan Pekerja

Tahap kepuasan melebihi 80% setiap tahun

4. Mempertingkat dan memperkasa imej organisasi

Memantapkan penghayatan budaya organisasi cemerlang Membangunkan Pelan Media dan promosi Mempertingkatkan dan memudahkan capaian pelanggan

Tahap Kepuasan Hati Pelanggan

90% pelanggan berpandangan positif terhadap Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada tahun 2016

27

Page 31: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

TERAS STRATEGIK 2

Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan

Nilai–Nilai Murni Ke Arah Kecemerlangan Organisasi

STRATEGIK PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/TAHUN

SASARAN 1. Mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan

Mewujudkan kod etika dan amalan terbaik penguatkuasaan Melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan anggota penguatkuasaan

Kod Etika dan amalan terbaik Bilangan kes / Jumlah kes yang disabitkan

Kod etika dan amalan terbaik diwujudkan pada tahun 2014 Penurunan kes sebanyak 20% setiap tahun Jumlah kes yang dapat disabitkan melebihi 25 % setahun

2. Memperkasakan Tadbir Urus

Meningkatkan kecekapan pengurusan kawalan dalaman Mewujudkan Pelan Integiriti dan Kod Etika Organisasi Mempertingkatkan penerapan dan penghayatan Nilai-Nilai Murni

Indeks Akauntabiliti (Audit Negara) Tahap Kepuasan Pelanggan Bilangan kes tatatertib Bilangan program penerapan dan penghayatan Nilai-nilai Murni

Mendapat penarafan sekurang-kurangnya 90% pada tahun 2013 90% pelanggan berpandangan positif terhadap PTKT pada tahun 2016 Penurunan kes tatatertib sebanyak 5 % setiap tahun 2 program dilaksanakan pada setiap tahun

3. Memantapkan sistem dan prosedur kerja

Menyemak pemakaian dan keberkesanan peraturan/ undang-undang sedia ada . Memperkasa dan menambah baik sistem dan prosedur

Tahap Kepuasan Pelanggan Bilangan prosedur yang disemak dan ditambahbaik

Tahap kepuasan melebihi 90% setiap tahun 90% prosedur berjaya disemak dan ditambah baik pada 2013

4. Memantapkan pengurusan kewangan

Mengoptimumkan kos operasi organisasi Mengamalkan perbelanjaan berhemah

Prestasi perbelanjaan Jumlah penjimatan

Mencapai perbelanjaan seimbang antara hasil dan perbelanjaan pada tahun 2012 Peningkatan 95% penjimatan pada setiap tahun

28

Page 32: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Teras Strategik 3

Memperkukuhkan Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Bagi Kemakmuran Negeri

STRATEGIK PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/TAHUN SASARAN

1. Memantapkan pengurusan dan pentadbiran tanah ke arah paperless society

Memperluaskan penggunaan aplikasi sistem e-Tanah, e-Mohon

Sistem e-Tanah/ e-Mohon Tahap Kepuasan Pelanggan Bilangan kesilapan proses

Penggunaan aplikasi e-Tanah/ e-Mohon menjelang 2016 100% tunggakan permohonan tanah dapat diselesaikan Kesilapan proses tidak melebihi 5 % setiap tahun

2. Memperkasakan urusan pembangunan tanah

Penubuhan Jawatankuasa Setempat (OSC) Memantau proses permohonan pembangunan tanah

Tahap Kepuasan Pelanggan (Aduan Pelanggan)

Kadar permohonan selesai minimum 90% setiap tahun

3. Memantapkan Keupayaan kutipan hasil

Mempelbagaikan kaedah kutipan dan saluran pembayaran hasil Meningkatkan kecekapan sistem pemantauan kutipan hasil Menyemak pemakaian dan keberkesanan kutipan hasil tertunggak

Jumlah kutipan hasil Jumlah kutipan hasil tertunggak

Jumlah kutipan hasil 90% daripada anggaran. Jumlah kutipan mencapai 90% dari jumlah anggaran hasil tertunggak

29

Page 33: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

BAB 4: PELAKSANAAN,PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Elemen Penentu Kejayaan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu (PDTKT) Bagi menentukan falsafah kejayaan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu menggariskan beberapa elemen yang akan dilaksanakan, antaranya :-

Pembangunan Insan

Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran transformasi sumber

manusia PDTKT melalui program pembanguna kompetensi yang sesuai dalam bidang-

bidang kritikal dan strategik. Ini termasuk perancangan strategik, pengurusan tanah,

perancangan dan pengurusan ICT serta pengurusan prestasi. Pendekatan mentor-

mentee, coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan turut dilaksanakan bagi

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja serta mengekalkan imej PDTKT.

Membentuk sistem penyampaian Perkhidmatan Jabatan yang mesra pelanggan, budaya

interaksi berhemah – beridentiti dan berdaya tahan dengan membentuk organisasi

jabatan supaya lebih berkreatif, dinamik dan gembeling semangat bekerjasama bagi

menjamin kemampanan warga jabatan.

Kapasiti Organisasi

Kapasiti organisasi PDTKT akan diperkukuhkan agar dapat melaksanakan bidang fokus

baru ke arah mencapai matlamat strategik yang ditentukan. Kapasiti ini akan disokong

oleh struktrur organisasi yang mantap dan pelaksanaan tugasan secara fleksible seperti

kerja berpasukan, matriks dan berasaskan projek.

30

Page 34: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Pengurusan Ilmu

Pengurusan Ilmu dikendali secara langsung dan tidak langsung oleh Tuan Pegawai

Daerah dan Pegawai-pegawai Kanan pada setiap hari Rabu dan Khamis. Di samping

terdapatnya Pengendalian kursus dalaman dan luaran jabatan secara menyeluruh

melibatkan semua kakitangan jabatan. Oleh itu percambahan ilmu dan maklumat dapat

dimanafaatkan oleh semua kakitangan.

Mempastikan setiap anggota / kakitangan sentiasa siap-siaga untuk menghadapi cabaran-

cabaran baru, bersedia untuk berubah, mencari dan bertindak terhadap peluang yang ada

dan memperbaiki serta menambahbaik cara melaksanakan tugas ke arah pembaharuan.

31

Page 35: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Mekanisme Pelaksanaan Pejabat Daerah DAN Tanah Kuala Terenggnau Kajian Semula Pelan Strategik

Kajian Semula Pelan Strategik PDTKT akan dijalankan pada tahun 2014 untuk

menentukan keberkesanan pelaksanaan objektif strategik dan tahap penyampaian

sasaran prestasi yang ditetapkan. Kajian Semula tersebut akan turut mengambil kira

senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik PDTKT.

MEKANISME PELAKSANAAN Bagi memastikan setiap bahagian di PDTKT memainkan peranan dan tanggungjawab

masing-masing dalam tempoh lima (5) tahun ini, strategik dan pelan tindakan di dalam

pelan ini akan dipantau dan dibuat kajian semula mengikut perancangan seperti di Jadual 1. Penilaian pencapaian Pelan Strategik ini akan dijalankan pada setiap dua (2) tahun.

Untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan objektif strategik, strategi, program dan

tahap penyampaian sasaran prestasi yang ditetapkan, satu kajian semula Pelan Strategik

dan kajian keberkesanan akan dibuat pada tahun 2014. Kajian tersebut akan turut

mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik Pejabat

Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Jadual 1: Jadual Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Srategik

Bil Perkara Tarikh Cadangan

1. Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap 6 bulan

2. Penilaian Pencapaian Setiap dua tahun

3. Penilaian keberkesanan dan Kajian Semula Pelan Strategik

2016

32

Page 36: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Dalam pada itu, bagi memantapkan tadbir urus dan memastikan pelaksanaan Pelan

Strategik ini berjalan dengan berkesan, adalah dicadangkan supaya satu jawatankuasa

khas diwujudkan. Jawatankuasa ini akan dinamakan sebagai Jawatankuasa Transformasi

PDTKT. Keahlian jawatankuasa adalah seperti di

Jadual 2:

Jadual 2:Jawatankuasa Transformasi PDTKT

JAWATAN KEAHLIAN

Pengerusi Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Terengganu

Setiausaha Ketua Penolong Pegawai Daerah/Ketua Penolong

Pentadbir Tanah

Ahli-ahli Semua Ketua Bahagian

Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai penyelaras utama di dalam pemantauan,

penilaian dan kajian semula Pelan Strategik PDTKT berdasarkan kepada pengukuran dan

pelan tindakan yang ditetapkan disamping Pemantauan melalui Mesyuarat Pagi setiap

hari Rabu dua minggu sekali.Pemantauan pelaksanaan dipantau melalui laporan

bahagian dan unit melalui Pelan Perancangan Jabatan( Business Plan).

33

Page 37: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Kaedah Pemantauan, Pelaksanaan Dan Pengukuran Prestasi

Jawatankuasa Mesyuarat Pagi dan Business Plan dipengerusikan oleh Pegawai

Daerah.

Laporan mingguan dibentang dalam mesyuarat pagi.

Laporan setengah tahun dibentang dalam Mesyuarat Business Plan.

Laporan tahunan dibentang setiap akhir bulan terakhir, dalam tahun berkenaan.

Pegawai Jabatan/ Ketua Unit berperanan mewujudkan mekanisme dalam

memantau keberkesanan pelaksanaan program dalam pengurusan strategik.

Penilaian dan Semakan Semula

• Jawatankuasa Pengurusan Strategik Pejabat Daerah dan Tanah Kuala

Terengganu akan memantau pencapaian pelaksanaan setiap strategi yang telah

digariskan dalam pengurusan strategik Pejabat Daerah dan Tanah Kuala

Terengganu

• Analisis pencapaian akan memberi fokus kepada tahap pencapaian objektif kepada

strategi dan outcome bagi setiap teras strategik yang telah ditetapkan.

• Penetapan semula teras strategik dan pembinaan strategi baru hendaklah

bersesuaian dengan cabaran semasa dan halatuju terkini Kerajaan.

• Cadangan teras strategik, strategi dan program baru selepas semakan semula

hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Strategik Pejabat

Daerah dan Tanah Kuala Terengganu untuk dilaksanakan.

• Semakan semula dokumen pengurusan strategik ditentukan oleh Jawatankuasa

Pengurusan Strategik Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu

34

Page 38: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

Hala Tuju (The Way Forward)

Selepas perancangan strategik ini dilaksanakan yang berakhir pada tahun 2016, peranan

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu diharap akan lebih menyerlah dalam aspek

pengurusan dan pembangunan tanah. Oleh kerana agenda pengurusan dan

pembangunan hal tanah adalah agenda yang berterusan, maka perancangan strategik 5

tahun bukanlah suatu tempoh yang secukupnya untuk mengukur pencapaian secara

holistik. Akan tetapi perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangunkan dan

memantapkan lagi transformasi pengurusan dan pembangunan Pejabat Daerah dan

Tanah Kuala Terengganu berdasarkan kepada keperluan semasa. Selepas tahun 2016,

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu mempunyai gagasan dan berwawasan

untuk mencapai ke tahap seperti berikut:

a. Menjadi agensi yang terunggul di Malaysia dalam pengurusan daerah dan

tanah;

b. Pengurusan daerah dan tanah yang cekap dan berkesan serta dijadikan

penanda aras dan pusat rujukan di peringkat nasional;

c. Dapat menyediakan semua perkhidmatan teras dan sokongan pentadbiran

daerah dan tanah secara on-line.

35

Page 39: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu

BAB 5 : PENUTUP

Penutup

Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi menjamin

kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Ia

juga bagi memenuhi tuntutan dan ekspektasi rakyat serta masyarakat perniagaan yang

terus meningkat. Justeru, Pelan Strategik Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu

telah menggariskan beberapa Teras Strategik serta tindakan/program yang perlu

dilaksanakan.

Tumpuan akan diberikan kepada usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan,

penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang dirancang dapat

dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaiannya dapat diukur

berdasarkan indikator yang ditetapkan. Pelan Strategik ini juga akan dijadikan sebagai

rangka kerja kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta

meningkatkan keupayaaan dalamannya bagi mencapai Visi dan Misi yang ditetapkan.

Ia akan dikaji dari masa ke semasa untuk disesuaikan dengan sebarang perubahan dalam

suasana persekitaran.

36