5
Lampiran B RANCANGAN PENGAJARAN BIOLOGI MELALUI PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN MENGGUNAKAN MBL Subjek Biologi Kelas 4 Dedikasi Masa 12.40 pm 2.00 pm Tema Menyiasat Sel sebagai unit asas kehidupan Bidang Pembelajaran Komposisi Kimia dalam Sel Objektif Pembelajaran Mensintesiskan konsep enzim Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat: a) membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan menghuraikan kesan suhu ke atas aktiviti enzim Soalan Tema Mengapakah Hidrogen Peroksida menghasilkan buih apabila dibubuh pada luka kulit dan tidak pada permukaan kulit yang tidak luka? Strategi/Pendekatan a) Eksperimen b) Inkuiri-Penemuan c) Kerja Amali berasaskan komputer Kemahiran Abad ke-21 a) Menjalankan eksperimen b) Meneroka dan mengkaji sendiri untuk mendapatkan jawapan Pengetahuan Sedia Ada a) Pelajar tahu kegunaan Hidrogen Peroksida untuk merawat luka b) Tahu fungsi enzim c) Suhu mempengaruhi kekerapan perlanggaran antara molekul Nilai-nilai Murni a) bekerjasama b) bertanggungjawab c) saling menghormati Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set induksi (5 minit) Pengenalan kepada tajuk 1. Guru mengajak pelajar untuk mengingat semula fungsi enzim dengan menanyakan soalan. 2. Guru menunjukkan hidrogen peroksida di dalam botol kaca. Soalan: i. Apakah yang terkandung di dalam botol ini? ii.Apakah fungsi hidrogen peroksida? Murid mengingat semula dan menjawab soalan. Murid memerhati dan memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang diberi oleh guru.

Rancangan pengajaran harian biologi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rancangan pengajaran harian biologi

Lampiran B

RANCANGAN PENGAJARAN BIOLOGI MELALUI PENDEKATAN INKUIRI

PENEMUAN MENGGUNAKAN MBL

Subjek Biologi

Kelas 4 Dedikasi

Masa 12.40 pm – 2.00 pm

Tema Menyiasat Sel sebagai unit asas kehidupan

Bidang Pembelajaran Komposisi Kimia dalam Sel

Objektif Pembelajaran Mensintesiskan konsep enzim

Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

a) membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan

menghuraikan kesan suhu ke atas aktiviti enzim

Soalan Tema Mengapakah Hidrogen Peroksida menghasilkan buih

apabila dibubuh pada luka kulit dan tidak pada permukaan

kulit yang tidak luka?

Strategi/Pendekatan a) Eksperimen

b) Inkuiri-Penemuan

c) Kerja Amali berasaskan komputer

Kemahiran Abad ke-21 a) Menjalankan eksperimen

b) Meneroka dan mengkaji sendiri untuk mendapatkan

jawapan

Pengetahuan Sedia Ada a) Pelajar tahu kegunaan Hidrogen Peroksida untuk

merawat luka

b) Tahu fungsi enzim

c) Suhu mempengaruhi kekerapan perlanggaran antara

molekul

Nilai-nilai Murni a) bekerjasama

b) bertanggungjawab

c) saling menghormati

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Set induksi

(5 minit)

Pengenalan kepada tajuk 1. Guru mengajak pelajar untuk

mengingat semula fungsi

enzim dengan menanyakan

soalan.

2. Guru menunjukkan hidrogen

peroksida di dalam botol

kaca. Soalan:

i. Apakah yang terkandung di

dalam botol ini?

ii.Apakah fungsi hidrogen

peroksida?

Murid mengingat semula dan

menjawab soalan.

Murid memerhati dan

memberikan jawapan kepada

soalan-soalan yang diberi

oleh guru.

Page 2: Rancangan pengajaran harian biologi

Lampiran B

Langkah 1

Menjana idea

(10 minit)

Tindak balas penguraian

hydrogen peroksida:

2H2O2 2H2O + O2

1. Guru menuang sedikit

hidrogen peroksida ke dalam

bikar. Suatu kepingan kecil

hati ayam atau lobak

dimasukkan ke dalamnya.

2. Guru menanyakan soalan

seperti:

Contoh:

1. Apakah yang dapat kamu

perhatikan apabila kepingan

hati tersebut ditambah pada

hidrogen peroksida?

2. Apakah yang menyebabkan

buih-buih itu terhasil?

3. Guru menunjukkan

persamaan tindak balas

penguraian hidrogen peroksida.

Soalan:

i. Berdasarkan persamaan,

apakah yang terkandung dalam

buih-buih yang terhasil di dalam

bikar?

ii. Apakah yang akan terjadi

sekiranya kayu uji berbara

diletakkan pada buih tersebut?

Pelajar memerhati.

Pelajar menjawab soalan

yang diberi oleh guru

mengikut pendapat masing-

masing.

Pelajar cuba memberikan

jawapan berdasarkan

persamaan tersebut.

Langkah 2

Pembugaran

idea

(10 minit)

Enzim sebagai pemangkin

yang mempercepatkan

kadar tindak balas.

Cara untuk mengkaji aras

terendah oksigen, kesan

katalase dan kesan suhu ke

atas katalase.

Guru mengedarkan set soalan

inkuiri-penemuan.

Guru menerangkan cara

menggunakan sensor gas

oksigen, sensor suhu dan system

pengumpulan data.

Guru mengedarkan kuiz ringkas

untuk pelajar menyusun susunan

langkah eksperimen dalam tertib

yang betul.

Pelajar menjawab soalan

dalam set soalan inkuiri

penemuan seperti:

i. Yang manakah

menerangkan tentang

hidrogen peroksida dalam

tindak balas ini? substrat,

hasil atau enzim?

ii. Jika eksperimen ini ingin

mengkaji kesan suhu ke atas

katalase, mengapakah amaun

gas oksigen yang diukur?

Pelajar memerhati dan

mendengar penerangan guru.

Pelajar menjawab kuiz

ringkas yang diberikan oleh

guru.

Page 3: Rancangan pengajaran harian biologi

Lampiran B

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Langkah 3

Aplikasi idea

(30 minit)

Menjalankan

eksperimen untuk

memulakan proses

inkuiri.

Bahagian:

i. Penguraian

hidrogen peroksida

tanpa katalase

ii. Penguraian

hidrogen peroksida

dengan katalase pada

suhu bilik

iii. Penguraian

hidrogen peroksida

dengan katalase suam

iv. Penguraian

hidrogen peroksida

dengan katalase yang

telah dididihkan

Guru mengarahkan pelajar untuk

menjalankan eksperimen secara

bergilir-gilir untuk menyiasat

setiap bahagian.

Guru mengingatkan pelajar untuk

mematuhi langkah keselamatan di

makmal.

Guru mengarahkan pelajar yang

telah siap menjalankan eksperimen

agar menjawab set soalan yang

telah diberikan.

Pelajar menjalankan eksperimen

secara tertib dan bergilir-gilir

secara berhati-hati.

Pelajar cuba menjawab set soalan

yang telah diberikan secara

perbincangan.

Penilaian

(10 minit)

Perbincangan untuk

dapatan dan analisis

data.

Guru mengarahkan pelajar secara

rawak untuk membacakan

jawapan masing-masing.

Guru meminta pelajar untuk

mengaitkan dapatan data dengan

konsep cara enzim bertindak.

Pelajar yang dipanggil namanya

membacakan jawapannya.

Pelajar membuat hubung kait

seperti yang diberitahu oleh guru.

Penutup

(5 minit)

Rumusan Guru merumuskan hasil

pembelajaran pada hari ini.

Guru memberikan tugasan

tambahan sebagai pengukuhan.

Pelajar mencatat hasil rumusan

yang dibuat dalam buku nota.

Pelajar menanyakan soalan

berkaitan tentang tugasan

tambahan.

Refleksi kendiri :

Page 4: Rancangan pengajaran harian biologi

Lampiran B

Set Soalan Inkuiri-Penemuan:

1. Yang manakah menerangkan tentang hidrogen peroksida dalam tindak balas ini? substrat,

hasil atau enzim?

2. Yang manakah menerangkan tentang katalase dalam tindak balas ini? substrat, hasil atau

enzim?

3. Apakah yang berlaku kepada amaun oksigen dalam botol pensampelan apabila yis yang

mengandungi katalase pada suhu bilik dimasukkan ke dalamnya?

4. Mengapakah penambahan yis menyebabkan perubahan pada kepekatan oksigen dalam

botol pensampelan?

5. Adakah aktiviti enzim dipengaruhi oleh suhu?Gunakan bukti daripada penyiasatan anda

untuk menyokong jawapan anda.

6. Mengapakah aktiviti enzim pada suhu bilik berbeza dengan aktiviti enzim suam (35°C

hingga 40°C)?

7. Selepas dididihkan, adakah enzim katalase berfungsi? Jelaskan.

Kuiz Ringkas:

Rajah-rajah dibawah menunjukkan prosedur aktiviti eksperimen ini dalam susunan yang tidak

teratur. Tentukan susunan yang betul dengan menulis nombor pada bulatan kosong.

Ukur kepekatan

oksigen pada botol

pensampelan tanpa

enzim (hanya

mengandungi

hidrogen peroksida).

Susun radas dan bahan

untuk mengkaji aras

terendah oksigen, kesan

katalase dan kesan

suhu ke atas katalase.

Analisis keputusan

dan tentukan sama

ada suhu

mempengaruhi enzim

atau tidak.

Tentukan kesan

katalase pada suhu

bilik ke atas kadar

penguraian hidrogen

peroksida.

Ukur penghasilan

oksigen dalam tindak

balas yang

dimangkinkan oleh

katalase panas dan

katalase mendidih.

Page 5: Rancangan pengajaran harian biologi

Lampiran B

Tugasan Tambahan:

Gunakan semua sumber yang ada untuk membantu anda menjawab soalan-soalan di bawah.

1. Mengapakah enzim penting untuk organisma? Apakah yang akan terjadi kepada sel – sel

sekiranya enzim tidak hadir?

2. Ramalkan suhu optimum bagi enzim dalam tubuh badan manusia. Jelaskan sebab.

3. Terangkan mengapa demam melebihi 40.5°C adalah berbahaya kepada manusia.

4. Mengapakah enzim menjadi tidak berfungsi apabila ternyahasli?

5. Adakah pH mempengaruhi aktiviti enzim? Jelaskan. Bagaimanakah anda dapat

mengujinya?