rph tahun 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rancangan mengajar

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN FATIMAH II

Tarikh: 1 Mac 2011 (Selasa)Masa: 8.30 Pagi 9.30 Pagi (60 minit)Kelas: 5 BestariBilangan Murid: 30 OrangMata Pelajaran: Bahasa MelayuTema: PertanianTajuk: Tanaman Organik

Objektif Pelajaran:Pada akhir pelajaran ini murid dapat:1. Membentangkan hasil dapatan berdasarkan sesuatu maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul.2. Membina ayat daripada kata bantu yang telah dipelajari.3. Merumus dan membentangkan hasil daripada perbincangan dalam kumpulan.

Hasil PembelajaranFokus Utama: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 Memahami perkataan dan ayat.

Fokus Sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan dialog.Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Kemahiran Berbahasa: Mendengar dan Bertutur2.2 Aras 1 (i) mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.2.2 Aras 2 (i) membentangkan hasil rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang betul. Membaca5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.5.1 Aras 3 (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Menulis8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Sistem Bahasa:1. Tatabahasa: Kata Bantu2. Sebutan dan Intonasi: Dialog3. Kosa Kata: rizom, tonik, batas, ulam, khasiat

Pengisian Kurikulum:1. Ilmu: Sains Pertanian2. Nilai Murni: Kerajinan, berani, kerjasama, rasional, kejujuran3. Kewarganegaraan: Berusaha dan produktif menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.4. Peraturan sosiobudaya: Semangat bermuafakat5. Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir: Menjana idea Merumus Menganalisis Menginterpretasi Membuat kaitan dan perhubungan Mengelaskan, mengumpulkan dan mengkategorikan Membanding dan membeza Menyelesaikan masalah Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

Media Pengajaran: Komputer riba LCD Pembesar suara Contoh soalan Kad Perkataan Buku Teks Lembaran kerja (Latihan Tatabahasa) Soalan Latihan Tatabahasa

Langkah/MasaAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)

Guru memaparkan video pertanian.

Contoh soalan:1. Apakah contoh pertanian yang terdapat dalam video tadi?2. Berikan contoh hasil pertanian?3. Siapa yang suka bertani?4. Apa yang ditanam atau diternak?5. Apakah faedah bertani?

1. Guru memaparkan video pertanian kepada murid-murid. Murid-murid menonton video yang dipaparkan.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video yang telah ditunjukkan. Murid-murid memberi maklum balas terhadap soalan yang diajukan dengan menjawab dengan betul.

3. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar. Murid dapat mengaitkan set induksi dengan pelajaran yang akan diajar seterusnya.BBM: Komputer riba LCD Pembesar suara

KB: Menganalisis Menginterpretasi Membuat kaitan dan perhubungan

Nilai Murni: Kerajinan Kerjasama

KBT: Pembelajaran kontekstual

Langkah 1(20 minit)

Guru membaca petikan dan murid mengikut bersama membaca petikan.

Kata bantu yang terdapat dalam dialog: sedang, telah, dapat, mesti, hendak, belum, pernah, boleh

Cadangan Jawapan:a. Afiq dan ayahnya sedang menanam anak benih.b. Ayah telah membeli seikat rambutan.c. Pak Cik Omar hendak menternak kambing.

Murid membentangkan tentang rumusan daripada petikan dialog hasil daripada perbincangan secara berkumpulan.1. Guru membaca dialog dan murid mendengar dengan teliti. (Rujuk Lampiran 1) Murid-murid membaca dialog tersebut dengan bacaan kuat dan memahami ayat yang dibaca.

2. Guru menyuruh murid meneliti dan mengenal pasti penggunaan kata bantu yang terdapat dalam dialog dan tandakan. Murid meneliti dan mengenal pasti penggunaan kata bantu yang terdapat dalam dialog.

3. Guru menyuruh murid secara berkumpulan membina tiga ayat daripada kata bantu dalam petikan. Murid secara berkumpulan membina tiga ayat daripada kata bantu.

4. Guru memilih kumpulan secara rawak membuat pembentangan tentang hasil rumusan. Beberapa kumpulan diminta membuat pembentangan hasil rumusan bersama. BBM: Buku Teks

KB: Menganalisis Mengaplikasi Merumuskan hasil perbincangan

Kosa Kata: rizom tonik batas ulam khasiat

Nilai murni: Berani Kerjasama Kejujuran

KBT: Kemahiran berfikir Pembelajaran konstruktivisme

Langkah 2(20 minit)

Kad Soalan:1. Sudah2. Akan3. Pernah4. Belum5. Sedang 6. Masih7. Telah8. Boleh9. Hendak10. Mesti11. Dapat12. Harus 13. Mahu

Cadangan Jawapan:1. Ayah sudah membayar bil elektrik dan air pagi tadi.2. Dia berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahannya yang lalu.3. Hassan belum pernah melihat bangunan Menara Kuala Lumpur lagi.1. Guru menyediakan soalan kata bantu kepada murid di dalam kotak. (Rujuk Lampiran 2) Murid mengambil soalan yang telah disediakan di dalam kotak dan membacanya.

2. Guru menyuruh murid membina ayat berdasarkan kata bantu di dalam kertas soalan yang dicabut tadi. Murid membina ayat berdasarkan kata bantu dengan betul.

3. Guru memeriksa jawapan yang diberikan dan bertepuk tangan apabila jawapan yang diberikan betul. Murid bertepuk tangan dengan jawapan yang diberikan oleh rakan.

4. Aktiviti diteruskan dengan murid lain pula mencabut soalan. Murid mengulang kembali menjawab soalan seperti rakan sebelum iniBBM: Kad soalan Kotak

Nilai Murni: Kerjasama Bertolak-ansur

KB: Membina ayat dengan betul.

Langkah 3(10 minit)

Jawapan:LATIHAN 11. belum2. akan3. sedang4. pernah5. telah

LATIHAN 21. mesti2. dapat3. mahu4. boleh 5. harus

LATIHAN 31. akan2. harus3. masih4. belum 5. mesti1. Guru mengedarkan soalan latihan tatabahasa kepada murid. (Rujuk Lampiran 3) Murid menjawab soalan latihan tatabahasa yang diberikan oleh guru.

2. Guru menyuruh murid bertukar kertas soalan sesama rakan dan memeriksa bersama jawapan. Murid menukar soalan sesama rakan dan memeriksa jawapan yang betul bersama dengan guru.

BBM: Soalan Latihan Tatabahasa

Nilai murni: Kerjasama

KB: Menyelesaikan masalah tatabahasa

Penutup(5 minit)

Guru menyoal apakah pengajaran yang murid-murid perolehi daripada pelajaran tadi?

Guru membuat rumusan dan kesimpulan pengajaran pada hari ini.

Kerja Rumah:Guru memberikan kerja rumah mengenai tajuk ini sebagai pengukuhan. (Rujuk Lampiran 4)1. Guru menayangkan semula video pertanian. Murid menyatakan pengajaran yang mereka dapat dari video tadi.

2. Guru menyuruh murid menyenaraikan kata bantu yang telah dipelajari. Murid menyenaraikan semula kata bantu yang telah dipelajari.

3. Guru memberikan kerja rumah kepada murid. (Rujuk Lampiran 4) Murid melakukan di rumah sebagai latihan tambahan.BBM: Petikan Dialog (Rujuk Lampiran 1) Lembaran kerja (Latihan Tatabahasa)

Nilai: Kerajinan

Kata Bantu: sedang, telah, dapat, mesti, hendak, belum, pernah, boleh

Lampiran 1Lampiran 2

akansudah

pernahhendak

belummesti

sedangdapat

masih

harus

telahmahu

boleh

Lampiran 3LATIHAN 1Isi tempat kosong dengan kata bantu aspek yang sesuai.1. Faiz _________ menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri.2. Mereka _________ bertolak ke Kedah pada hari Jumaat.3. Murid-murid _________ membersihkan bilik darjah mereka.4. Dia _________ bertugas di Jabatan Penerangan.5. Siti _________ menyiram pokok bunga di taman bunga.LATIHAN 2Isi tempat kosong dengan kata bantu ragam yang sesuai.1. Para murid _________ mematuhi peraturan sekolah.2. Ketekunan dan kerajinan _________ membantu seseorang itu mencapai kejayaan.3. Walaupun dihalang oleh ibu bapanya, Anis tetap _________ menjadi seorang penyanyi.4. Dia _________ mendapat keputusan yang lebih baik jika dia tekun berusaha.5. Setiap murid _________ menjaga kebersihan kelas masing-masing.LATIHAN 3

masihbelumharusmestiakanIsi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. Adnan __________ melawat ke Zoo Negara pada minggu hadapan.2. Kita ___________ hormat-menghormati antara satu sama lain.3. Emak ___________ menjahit walupun hari sudah senja.4. Amy ___________ mengulang kaji pelajaran walaupun peperiksaan hampir tiba.5. Sebelum tidur kita ____________ mencuci kaki dan menggosok gigi.

LATIH TUBI TATABAHASA | KATA BANTU

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.1. Masa menjawab soalan itu _________ tamat.A. sudahB. laluC. mestiD. sedang

2. Sarimah _________ tinggal serumah dengan Lisa suatu ketika dahulu.A. sudah B. sedang C. pernahD. masih

3. Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan Zahid _________ kalah.A. sudahB. telahC. masihD. akan

Lampiran 4Soalan 4 berdasarkan Gambar 1

Gambar 14. Ahmad _________ mengulang kaji pelajaran walaupun hari sudah lewat malam.A. masihB. telahC. bolehD. harus

5. Saya _________ melawat Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama keluarga pada masa cuti yang lalu.A. pernahB. belumC. akanD. sedang

6. Kereta yang terlibat dalam kemalangan petang tadi _________ ditunda ke bengkel.A. pernahB. boleh C. telahD. masih

7. Azwan _________ menyertai perkhemahan pengakap yang diadakan di Kem Kota, Layang-Layang Kiri.A. sedangB. sudahC. belumD. boleh

8. Rainatul berasa bimbang kerana namanya _________ dipanggil dalam sesi temu duga itu walaupun hari sudah petang.A. sudah pernahB. belum pernahC. masih belumD. masih sedang

Soalan 9 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

9. Puan Salmah _________ melawat suaminya yang sedang sakit di hospital.A. akan dapatB. sudah bolehC. masih sedangD. sedang hendak

10. Setelah menghuni rumah tersebut selama sebulan kami _________ mengenali jiran tetangga.A. tidak akanB. masih belumC. sedang akanD. sudah pernah