of 48 /48

Taksonomi Bloom Dan Taksonomi Krathwohl

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Taksonomi

Text of Taksonomi Bloom Dan Taksonomi Krathwohl

TAJUK 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL, TAKSONOMI DOMAIN KOGNITIF (BLOOM) Benjamin Samuel BloomBidang kognitif:Pengetahuan, fakta-fakta, perangkaan, teori-teori, dan kefahaman.Tujuan:Membina pemikiran kreatif

Peringkat-peringkat bidang kognitif :

1. Peringkat PengetahuanTujuan:Mengingat semula pelajaran yang telah dipelajari tanpa berlaku perubahan.Objektif umum:Supaya pelajar tahu fakta / pengetahuanObjektif khusus:Menyatakan , melabelkan, menuliskan.Ciri soalan:Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon adalah menggunakan bahasa asal.Contoh kata kerja:Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.Contoh soalan:Apakah maksud perkataan leka ? A. Malas B. Pandai C. Sakit D. Cuai

2. Peringkat KefahamanArasnya tinggi sedikit daripada aras pengetahuanPerkara penting:Menterjemahkan, memberikan tafsiran, ekstrapolasi.Tujuan:Memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menterjemahkanObjektif umum:Supaya memahami, menjelaskan, menterjemah, mentelaahObjektif khusus:Menjelaskan, menerangkan, menulis semula, merumusJenis :Jelaskan , Bacakan, Bandingkan, Ringkaskan Ciri soalan :Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilusitrasi dalam bahasanya sendiri.Contoh kata kerja:Terangkan, jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.Contoh soalan:Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah. Ali seorang murid yang nakal dan pemalas. Ibu bapa dan gurunya selalu menasihatinya tetapi usaha ibu bapa dan gurunya sia-sia. A. Ada ubi ada batas B. Bagai mencurah air di daun keladi C. Ada undang di sebalik batu D. Banyak udang banyak ragam

3. Peringkat AplikasiMenggunakan pengetahuan / maklumat mujarat (abstrak ) untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk maujud (konkrit)Objektif umum: MenggunakanObjektif khusus: Menggunakan, menyelesaikan, mengiraJenis :Bagaimanakah , berikan Menekankan penggunaan kaedah, hukum, prinsip dan teori. Ciri soalan :Memerlukan calon menyelesaikan masalah non routine atau masalah baru. Ciri soalan adalah problem- solving. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.Contoh kata kerja:Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan,Demonstrasikan, dll.Contoh soalan peringkat aplikasi:1.Cara baik untuk meminjam pensil dari rakan . " Lya, pinjam pensil kau. Pensil kau mana? Aku nak guna". "Lya,boleh saya pinjam pensil kamu?".Mengambil tanpa meminta kebenaran.

2. Pilih jawapan yang betul bagi soalan yang bergaris. Adakah sekolah kita memenangi pertandingan itu?. Sekolah kita memenangi pertandingan itu. Ya, sekolah kita memenangi pertandingan itu Ya, sekolah itu memenangi pertandingan itu Sekolah kamu memenangi pertandingan itu.

4. Peringkat AnalisisMerujuk kepada kebolehan menceritalan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.Tujuan :Menaakul sebab dan musabab (akibat) Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahgianObjektif umum :Mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan faktaObjektif khusus :Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan menjelaskan struktur dan organisasi.Contoh soalan :Yang manakah antara berikut tidak menjelaskan kriteria dengan betul? Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja ? Kosa kata yang digunakan Bezakan, Bandingkan , Asingkan, Tafsirkan, Klasfikasikan Sebab. Mengapa?huraikan. Menaakul Mencerakinkan.5. Peringkat SintesisMenguji kebolehan calon mencantumkan , menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta/ idea-idea yang berkaitan.Tujuan :Membentuk sesuatu yang baharu.Objektif umum :Menulis karangan , mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.Objektif khusus :Menggabungkan, Mengubah, Mereka Cipta, Merancang, Menulis, Mencipta Kosa kata yang popular digunakan : Gabungkan, Mereka Bentuk, Kumpulkan, Susunkan, Gubahkan, KarangkanContoh :Mencadangkan, senaraikan beberapa cara anda boleh mengatasi masalah itu. Mencipta, Huraikan satu perncangan yang boleh membuktikan.Contoh Soalan Peringkat Sintesis :Sabrina lahir pada 28 Febuari 1989. Tahun bilakah dia menduduki peperiksaan awam SPM? 1999 2002 2003 2006 Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap. Budi yang baik dikenang juga, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Pulau Pandan jauh ke tengah. ______________________________, ______________________________ , ______________________________ , ______________________________ .

6. Peringkat PenilaianMenguji kebolehan calon, membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, memberikan pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya.Tujuan :Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu Objektif umum : menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data. Objektif khusus : menilai, membuat pertimbanganJenis :Sejauh mana, menilaikan, apa pendapat andaContoh :Beri pendapat anda mengenai cerita tersebut. Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah?Contoh Soalan peringkat Penilaian :Pada pendapat anda mengapakah setiap kumpulan mestilah menghantar nama ahli kumpulan mereka awal? Supaya mereka dapat hadiah. Menunjukkan mereka sangat berminat. Setiausaha sibuk pada bulan April nanti. Kerana hanya 80 nama pertama akan diterima.

TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL)Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka atau benci akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru.Perasaan afektifadalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Disusun olehDavid R. Krathwohl, Benjamin S. BlomdanBertam B. Masia.Hierarki Kontinum afektif :i.Penerimaan (pemerhatian) Kesedaran, kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilihPenerimaan (Pemerhatian)di peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan rangsangan; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema, atau rangsangan itu. Sesuatu pembelajaran murid mengenai perkara-perkara afektif yang membawa kepada satu sistem nilai.Kategori ini terbahagi kepada tiga, iaitu ; Kesedaran Kesanggupan menerima Perhatian yang terkawal, atau terpilih satu kontinum dari yang pasif, hinggalah ke peringkat kesanggupan menerima fenomena, atau rangsangan itu, hingggakan murid dapat mengarahkan perhatiannya kepada rangsangan yang dipilihnya.

ii.Membalas Persetujuan pasif ketika membalas, kesanggupan membalas dan kepuasan membalasMembalas Apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu benda, fenomena, atau tingkah, ia menghargai perkara-perkara. Di peringkat ini, tingkahlaku murid sudah stabil dan telah membentuk ciri-ciri kepercayaan, atau sikap. Di sini yang dipentingkan bukan perhubungan nilai-nilai yang dihargai, tetapi perihal menyebatikan nilai-nilai, atau ideal tertentu dalam diri.

iii .Menghargai Penerimaan sesuatu nilai, lebih suka akan sesuatu nilai dan komitmen (kepercayaan)Tingkahlaku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini adalah atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang dihargainya. Kategori ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu ; Penerimaaan sesuatu nilai lebih suka akan sesuatu nilai komitmen (kepercayaan).

iv. Organisasi Mengkonsepi sesuatu nilai dan mengorganisasi sesuatu nilaiPenilaianKebolehan membuat penilaiandan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Berdasarkan penghayatan / nilai estetik. Terdapat tiga kategori : Penerimaan- murid menginginkan sesuatu yang baik. Pemilihan usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih. PenglibatanPenilaian berdasarkan:Objektif umum: menghargai karya orang lain, menunjukkan sikap menjawap soalan dan menunjukkan sikap kerjasama.Objektif khusus: Berbincang dengan rakan dan dapat melapor dan mencadangkan.Organisasi Pelajar boleh mengorganisasikan/ mengaplikasikan nilai dalam organisasi. Dapat membezakan nilai yang penting dan tidak penting.Objektif am: mampu mereka cipta.Objektif khusus: mampu menulis karangan Kategori organisasi Tanggapan kebolehan menilai kepada bentuk Organisasi kebolehan menyatukan / mengaplikasikan nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem.

v.Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai Set am dan perwatakanPerwatakan Perubahan tingkah laku pelajar selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Kategori perwatakan Set am- kebolehan mengekalkan nilai-nilai. Perwatakan disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah-masalah.

TAJUK 2: TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHLTAKSONOMI BLOOM DAN DOMAINNYA Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ] Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-1. Domain Kognitif Perkembangan pemikiran pelajar.2. Domain Afektif Perkembangan sikap dan nilai pelajar.3. Domain Psikomotor Perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM? Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis5. Sintesis6. PenilaianPENGETAHUAN Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.KEFAHAMAN Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

APLIKASI Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

ANALISIS Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

SINTESIS Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

PENILAIAN Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL? Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapattigaperkara berhubung dengan aras ini iaitu :1. Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.2. Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.3. Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krathstax.htm3.http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf

TAKSONOMI BLOOMPengenalan : Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.Definisi :Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu.Kamus Dewan Keempat 2005.Dalam bidang pendidikan, Taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:1.Cognitive Domain(Domain Kognitif),melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap :1. i.Pengetahuan (Knowledge)Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.Ciri-ciri khusus- Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur.- Tiada manipulasi atau interpretasiContoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai,Contoh :1. Bilakah Malaysia merdeka ?2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?1. ii.Pemahaman (Comprehension)Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.Tiga aras penting :1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)Tujuan :Memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.Contoh:Membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus1. iii.Aplikasi (Application)Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.- Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru.- Menekankan penggunaan kaedah, prinsip & hukum teori.- Pembelajaran dari bahan mujarat/abstrak.Objektif :1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.Contoh :Soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.1. iv.Analisis (Analysis)Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit.Tujuan :Menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)Ciri khusus:Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.Contoh :1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.1. v.Sintesis (Synthesis)Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.Tujuan :Membentuk sesuatu yang baru.Ciri khusus :Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum iniContoh :Berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan.1. vi.Penilaian (Evaluation)Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.Ciri-ciri khusus:- Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.- Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria.- Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam.Contoh :membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan.2. Affective Domain(Domain Afektif)melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.3.Psychomotor Domain(Domain Psikomotor)mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.DOMAIN KRATHWOHLKrathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956.Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).Konsep :- Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan individu.- Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran dan dalaman).- Aspek yang terkandung dalam domain afektif: Minat Tingkahlaku Penghargaan Nilai EmosiPenerimaan :- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:1. Kesedaran pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.2. Kesudian untuk menerima sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.3. Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatianBertindak Balas :- Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.- Boleh mengambil bahagian secara aktif.Objektif am: Melengkapkan tugasan.Objektif khusus: Boleh menulis tentang isi pelajaran.3 kategori:1. Persetujuan membalas.2. Kesediaan membalas.3. Kepuasan membalas.Menilai :- Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.- Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan.- Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.3 kategori: Penerimaan, pilihan & penglibatan.Objektif am: Menghargai orang lainObjektif khusus: Boleh melaporkanOrganisasi :- Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.- Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.Kategori: Penanggapan & organisasi.Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta.Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta.Perwatakan :- Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.- Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.Relevan :- Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.- Menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai, merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang.- Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.- Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.Topik yang terkandung dalam literasi pendidikan seperti:1. Tingkahlaku.2. Motivasi.3. Komunikasi.4. Cara Pengurusan Bilik Darjah.5. Cara Pembelajaran.6. Penggunaan Teknologi.

THURSDAY, JULY 28, 2011INTERAKSI 2 - TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOLTAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan: Pelajar perlu menggunakan proses mental. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi) Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat. Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman Proses mental Maklumat asas telah diajar Perlu bahan atau alat komunikasi Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi Menggunakan proses mental aplikasi Soalan melibatkan tiga frasa iaitu Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis1. Analisis unsur memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis Soalan menggunakan proses mental analisis Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah. Situasi, dokumen perlu dianalisis Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.1. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat.2. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.3. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

DOMAIN KRATHWOHL

Jadual Domain Krathwohl

Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

TAKSONOMI DAN DOMAIN, PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN, JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU), PEMBINAAN UJIAN, JENIS PENILAIAN BAHASATAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:I Domain KognitifII Domain AfektifIII Domain Psikomotor

Domain Kognitif- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

Domain Afektif- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).

Domain Psikomotor- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Kesimpulan- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

KONSEP TAKSONOMI BLOOM- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOMMenurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-

1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis5. Sintesis6. Penilaian

Pengetahuan- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.- Contoh soalan :-- Pelancong Barat lebih suka..di bawah matahari.A. dijemurB. berjemurC. berjemurD. menjemur

Kefahaman- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.- Contoh soalan :-- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :- Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.A. Ke manakah Fahrin pergi?B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?C. Siapakah yang pergi ke hospital?D. Fahrin berada di hospital?

Aplikasi- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.- Contoh soalan:-- Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringanpakaian itu?i. Sejuk iii. mendungii. Berangin iv. PanasA. i dan ii sahajaB. i dan iii sahajaC. ii dan iv sahajaD. iii dan iv sahaja

Analisis- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.- Contoh soalan:-(a) Bezakan maksud bersama dengan bersama-sama.(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.

Sintesis- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.- Contoh soalan:-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.

Penilaian- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan :-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.TAKSONOMI KRATHWOHL- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

PerwatakanOrganisasiPenilaianGerak balasPenerimaan

Penerimaan- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .

Gerak balas- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Penilaian- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Perwatakan- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAFSIRANSatu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk pendidikan.Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Konteks pendidikan Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

PENGUJIANPengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

PENILAIANPenilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukanPembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU)-Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)-Satu blue print ujian / test specification-Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan-Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian-Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU-Ujian tidak dibina secara sembarangan-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian-Panduan kepada penggubal soalan-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Siapa yang membuat JPU-Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran-Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Ciri-ciri Utama JPU-Ada tajuk yang hendak diuji-Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji-Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji-Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian-Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji-Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran-Bina carta dua hala-Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran-Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid-Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPUKandungan ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :i skop atau kedalamannyaii bilangan item untuk setiap tajukiii wajaran

Kemahiran meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)Jenis dan jumlah item berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran

Wajaran peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk.Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat representative kurikulum sekolah.Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

PEMBINAAN UJIANJenis Item UjianUjian objektif

Ujian subjektif / esei

Item Ujian ObjektifCalon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepatJawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.Hanya satu jawapan yang betulMengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

Jenis-jenis item ujian objektifItem pilihan jawapan bebasItem pilihan jawapan tetap

Item pilihan jawapan bebasMemerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikanSoalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantungSoalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkanArahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan lenkapkan pernyataan berikut

contohItem jawapan pendeki. Tuliskan dengan perkataan nombor 23ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?i. ____________Item jawapan melengkapkani. Haiwan yang memakan daging dinamakan__________ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikuta. Johor __________b. Perlis __________

Item pilihan Jawapan TetapItem betul/salahItem memadankanItem pengelasanItem susun semulaItem aneka pilihan

Item Aneka PilihanBentuk soalanAyat tidak lengkapJenis jawapan terbaikJenis negatifInterpretifCantumanSoalan Objektif Aneka PilihanMengandungi dua bahagian- Stem pokok soalan / tugasan soalan- Opsyen - pilihan jawapan yg diberiPilihan mengandungi :Kunci jawapan yang betulPengganggu (distracktor) bukan jawapanCon: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui prosesA pemeluwapanB penyulinganC pendidihanD elektrolsisAir boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses stemA,B,C,dan D opsyenA,B, dan C penggangguD - jawapanStem SoalanMungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkapJelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calonTidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapanTidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

Opsyen, Pengganggu dan KunciPilihan jawapan sama dengan stem soalanTiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragamElakan memberi bayanganElakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu punElak mengulang maklumat yang samaPastikan satu sahaja jawapanSusun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalanSetiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betulContoh:Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?A AmmeterB VoltmeterC Meter pHD Multi meter

Ayat tidak lengkapSetiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.Contoh :Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadapA kemasukan buruh asing beramai-ramaiB industri membuat kereta berkembang pesatC migrasi penduduk dari luar bandar ke badarD industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

Jenis Jawapan TerbaikSetiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaikContoh:Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?A. Memeriksa soalan demi soalanB Menanda kertas jawapan dengan berhati-hatiC memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapanD Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

Soalan Item NegatifKesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti kecuali, yang tidak benar, bukan, dan tidakContoh:Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecualiA sesuai digunakan untuk ujian sumatifB dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggiC jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektifD boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan

Soalan Item InterpretifSoalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karanganContoh:Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepadaA internetB perdaganganC telekomunikasiD pengangkutan

Jenis Cantuman/GabunganSoalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betulContoh:Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?I. JongII. RakitIII. PerahuIV. Kapal layarA. I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Cara Menulis item Aneka PilihanPokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkapSoalan hendaklah ringkas tetapi padatPilihan jawapan juga perlu ringkasPilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang samaPilihan jawapan tidak bertindih atau diulangElakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betulPokok soalan tidak membayangkan jawapan

Aras Item ObjektifItem-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbezaMengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian

Item Aras PengetahuanSoalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsbSoalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bilaCon: Bilakah Malaysia merdeka?(A) 1957(B) 1964(C) 1967(D) 1969

Item Aras KefahamanMenguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsipBentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakanCon: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana(A) akarnya panjang(B) batangnya lembut(C) pokoknya ada pelampung(D) ada ruang udara dalam batangnyaItem Aras AplikasiMenguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asasBentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsbCon: Hakim mempunyai wang sebanyakRM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim.

(A) RM17.00(B) RM19.00(C) RM 21.00(D) RM 23.00

Item Aras AnalisisMenguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubunganBentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnyaCon: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukanA air dan cahayaB air dan karbon dioksidaC air, oksigen dan cahayaD air, karbon dioksida dan cahaya

Item Aras SintesisMenguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas

(A) oksigen(B) hidrogen(C) nitrogen(D) karbon dioksida

Item Aras PenilaianMenguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah

(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dankaunseling

Ujian Esei/SubjektifSoalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulisTindak balas berbentuk terhad atau lanjutanMemerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)

Jenis soalan subjektifJawapan pendekSoalan berstrukturSoalan esei

Soalan pendek/respon terhadTerhad apa yang harus dijawabContoh soalan- senaraikan lima komponen utama - nyatakan tiga kelebihan - apakah definisi mengikut ?

Soalan Esei Tindak Balas LanjutanMembolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuaiSoalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebasSoalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaianContoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara .Cth: Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi Aras Item SubjektifMengingat semulaCon: Berikan definisi Siapakah Apakah FahamanCon: Bandingkan Huraikan Apakah tujuan AplikasiCon: Bagaimanakah Terangkan cara AnalisisCon: Mengapakah / apakah punca Terangkan sejauh mana SintesisCon: JelaskanBerdasarkan, huraikan

PenilaianCon: Nilaikan ideaMengikut , apakah pendapat anda

Panduan Menulis Soalan EseiTetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibinaMulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsbTentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukanSebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah

kesimpulanJPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayaiPembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diraguiSetiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan

JENIS PENILAIAN BAHASA

UJIAN FORMATIFmerupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

TUJUANMengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.Pelajar mengetahui kelemahan mereka.Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

PROSEDUR UJIAN FORMATIFMenentukan tajuk pengajaran Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun. Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran. Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil. Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg telah diajar.

Menentukan aspek dan tahap penguasaan Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar. Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut. Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, ini bermakna mereka sudah menguasai tajuk itu.

Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak berpisah.

Membina soalan ujian Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan. Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini.

Mencadangkan tindakan susulan Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini. Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perlu ulang semula atau ubah pendekatan pengajaran

UJIAN SUMATIFv Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR

TUJUAN Memberikan gred kepada pelajar membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.

Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

LANGKAH LANGKAH PELAKSANAANMembentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan bilangan pengajaran Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan

2. Membina Soalan Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab

3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematik Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong. Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya

4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi. Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira

Menyiapkan Skema Pemarkahan Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Menjadi panduan semasa memeriksa jawapan Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markah

UJIAN BAKAT Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.

Terbahagi kepada 2 kumpulan;i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaranii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu

UJIAN PENCAPAIAN Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi. Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji

Tujuan Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria Ujian Rujukan Norma membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain ( UPSR). Ujian Rujukan Kriteria membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan