Upload
suhemi-abdul
View
108
Download
4
Embed Size (px)
TAKSONOMI BLOOMTAKSONOMI SOLODOMAIN KRATHWOHL
DEFINISI ( TAKSONOMI )
Kamus Dewan edisi ke-4:
- kajian tentang prinsip, peraturan, dan
amalan dalam pengelasan organisma
hidup berdasarkan persamaan dan
perbezaan sifat organisma itu.
( DOMAIN)Kamus Dewan edisi ke-4: 1) kawasan yang dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan 2) lapangan atau bidang ( kegiatan, pemikiran, pengetahuan dsb) 3) kumpulan medan bagi fail dalam sistem pengurusan pangkalan data 4) kawasan liputan bagi masalah yang hendak diselesaikan.
TAKSONOMI BLOOM diperkenalkan oleh Benjamin Bloom (1956)
dalam bukunya iaitu Taxonomy of Educational Objectives
dibuat untuk menganalisis bidang- bidang pendidikan
berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang (domain) seperti:
a) bidang kognitif b) bidang afektif c) bidang psikomotor
( bidang kognitif) satu rangka tugas untuk
menentukan peringkat atau taraf perlakuan akhir yang hendak dicapai
dibahagikan kepada 6 peringkat kemahiran
( 6 peringkat kemahiran)
penilaian
sintesis
analisa
aplikasi
kefahaman
pengetahuan
Aras: Pengetahuan Ciri Soalan: Memerlukan calon
mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa
asal. Contoh Kata Kunci : Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.
Aras: Kefahaman Ciri Soalan: Memerlukan calon
memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam
bahasanya sendiri. Contoh Kata Kunci:Terangkan, Jelaskan,
Huraikan, Tukarkan,
Mengapakah, dll.
Aras: Aplikasi Ciri Soalan: Memerlukan calon
menyelesaikan masalah ‘non-routine’ atau masalah
baru. Ciri soalan adalah ‘problem-solving’. Masalah diselesaikan dengan cara
tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
Contoh Kata Kunci: Selesaikan, Binakan,
Carikan,Tunjukkan,
Kirakan, Demonstrasikan,
dll.
Aras: Analisis Ciri Soalan: Memerlukan calon
menganalisis, memecah/mencerakinkan
fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membukti.
Contoh Kata Kunci:Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis, Cerakinkan, Tafsirkan, dll.
Aras: Sintesis Ciri Soalan: Memerlukan calon
merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan sesuatu
hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai
unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan.
Contoh Kata Kunci: Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan, Karangkan, Gubahkan, dll.
Aras: Penilaian Ciri Soalan: Memerlukan calon
menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Calon perlu
melihat fakta dari aspek ‘pro dan cons’ semasa membuat penilaian. Contoh Kata Kunci: Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi,
Pertimbangkan, dll.SOALAN ARAS TAKSONOMI BLOOM.ppt
( bidang afektif) berhubung dengan perasaan, emosi dan
sikap mengandungi beberapa aras: aras tinggi perwatakan
organisasi
menilai
gerak balas
aras rendah penerimaan
Penerimaan – kemahuan murid memberi perhatian dan menerima pengajaran guru
3 perkara berhubung dengan penerimaan:
a) kesedaran
b) kesudian untuk menerima
c) perhatian yang terkawal atau terpilih
Gerak balas – murid melibatkan diri secara aktif dan mendapat kepuasan daripadanya
3 perkara berhubung dengan gerak balas:
a) persetujuan untuk bertindak balas
b) kesudian untuk bertindak balas
c) kepuasan dalam bertindak balas
Menilai – perlakuan didasarkan kepada konsep dan prinsip yang telah dinuranikan
3 perkara berhubung dengan menilai:
a) penerimaan sesuatu nilai
b) kecenderungan terhadap sesuatu nilai
c) penglibatan
Organisasi – membentuk suatu sistem nilai 2 perkara berhubung dengan organisasi:
a) penanggapan sesuatu nilai
b) organisasi sesuatu sistem nilai
Perwatakan – murid bertindak secara konsisten sesuai dengan nilai-nilai yang telah dinuranikan
2 perkara berhubung dengan perwatakan:
a) set penyamarataan
b) perwatakan / peranan
( bidang psikomotor)
bidang ini lebih kepada kemahiran atau kebolehan membuat sesuatu dalam pengajaran bahasa, ia melibatkan kebolehan otak menerima dan memproses bahasa yang dipelajari
melibatkan 7 langkah:
Persepsi Set Gerakan terbimbing
Gerak balas nyata Mekanisme
yang kompleks
Penyesuaian Penciptaan
Persepsi – tahu atau sedar tentang objek, kualiti dan hubungan melalui alat-alat deria
3 proses:
a) stimulasi deria
b) pemilihan tanda saran
c) terjemahan
Set – kesediaan untuk sesuatu tindakan meliputi:
a) set mental
b) set fizikal
c) set emosional Gerakan terbimbing – tindakan murid di bawah
bimbingan guru 2 kategori:
a) meniru
b) cuba dan ralat
Mekanisme – murid mendapat keyakinan melakukan tindakan sendiri
Gerak balas nyata yang kompleks – murid melakukan tindakan motor yang kompleks
2 kategori:
a) resolusi ketidakpastian
b) perlakuan automatik
Penyesuaian - Kemahiran yang sudah berkembang sehingga dapat disesuaikan dalam berbagai situasi
Penciptaan - Membuat pola gerakan baru yang disesuaikan dengan situasi atau permasalahan tertentu.
PRINSIP-PRINSIP TAKSONOMI BLOOM
berdasarkan sistem klasifikasi pendidikan lojik dan psikologikal
memberi kepentingan dan pertimbangan-pertimbangan pendidikan
satu klasifikasi yang lojik dan tiap-tiap istilah hendaklah didefinisikan dengan tepat dan digunakan secara tekal
sesuai dengan prinsip-prinsip dan teori-teori psikologi yang berkaitan dan telah diterima
dalam p&p bahasa, pemeringkatan kemahiran-kemahiran telah didasarkan kepada model taksonomi ini.
bertujuan supaya guru dapat mengelolakan pengajaran bahasa dengan baik dan dapat memilih BSPP yang bersesuaian
TAKSONOMI SOLO
JOHN BIGGS
Pengenalan Taksonomi Solo ini telah diperkenalkan oleh
Biggs and Collis (1982), dan dimurnikan dan diperkukuhkan lagi oleh Biggs (1999).
Teori ini menerangkan tentang tahap peningkatan pelajar dalam pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran menerusi lima langkah dan sesuai diaplikasi dalam mana- mana mata pelajaran.
SOLO?Structure of (struktur kepada)Observed (pemerhatian)
Learning (pembelajaran)Outcomes (hasil)
Dua aras Taksonomi SOLO Terdapat dua kategori
setiap aras.Surface
Unistructural Multistructural
Deep Relational Extended Abstract
Seperti juga enam peringkat kemahiran
yang terdapat dalam taksonomi Bloom,
taksonomi Solo juga mempunyai peringkat
tertentu yang terdiri daripada empat
peringkat utama di mana setiap peringkat
meliputi setiap peringkat sebelumnya.
Peringkat Utama Taksonomi Solo
UMRA
Lima Peringkat Kemahiran: 1. Pra- struktur (prestructure): Pelajar akan memperoleh maklumat
yang tidak saling berkaitan( pada asalnya) dan tiada penyusunan maklumat( maklumat tiada maksud yang jelas kepada pelajar)
2. Uni-Struktur (unistructure): Pelajar berupaya membuat
pertalian(hubung kait) yang mudah antara maklumat dengan maklumat yang lain tetapi belum memahami kepentingan maklumat tadi.
3. Struktur Pelbagai (multistructure): Pelbagai pertalian( hubung kait)
dibuat oleh pelajar, tetapi pelajar kurang memahami kepentingan maklumat secara keseluruhannya.
4. Membuat perhubungan (relational):
Pelajar berupaya menghayati kepentingan bahagian- bahagian maklumat tadi kepada makna keseluruhan.
5. Peringkat Pemanjangan Abstrak (extended abstract).
Pelajar akan membuat hubungan bukan sahaja berdasarkan apa yang diberikan secara lahiriah, tetapi lebih daripada itu( di luar kotak).
Pelajar mampu membuat kesimpulan dan memindahkan prinsip- prinsip dan idea tersebut menggunakan contoh yang lebih spesifik.
Unistructural: Jawab dengan gunakan satu maklumat dalam item
XXX
XXX
Jawapan
Contoh: Unistructural
Ahmad dan Basir mempunyai 10 dan 14 batang pensel masing-masing. Berapakah pensel yang ada pada mereka?
Multistructural: Jawab dengan gunakan >1 maklumat dalam item
XXX
XXX
Jawapan
Contoh: Multistructural
Ahmad mempunyai 10 batang pensel dan Basir mempunyai 4 batang lebih. Berapakah pensel yang ada pada mereka?
Relational: Jawab dengan gunakan >1 maklumat bersama dalam item
XXX
XXX
Jawapan
Contoh: Relational
Ahmad lari 100m dalam masa 13 saat. Basir adalah 7/100 saat lebih cepat daripada Ahmad. Apakah masa larian Basir? Berikan jawapan dalam bentuk perpuluhan.
Extended abstract: Jawab dengan maklumat yang diberi dan maklumat tambahan untuk membuat kesimpulan
XXX
XXX
Jawapan
Contoh: Extended Abstract
Ahmad lari 100m dalam masa 13 saat. Basir adalah 7/100 saat lebih cepat daripada Ahmad. Chandran menang larian ini. Apakah satu masa larian Chandran yang mungkin?
Berikan satu ungkapan untuk mewakili masa larian pemenang
Cerita Arnab dan Kura-Kura
Cetek (Surface):U: Di manakah larian itu berlaku?U: Siapakah menang larian itu?M: Huraikan keadaan apabila perlumbaan itu bermulaM: Ceritakan apa yang berlaku semasa perlumbaan
Cerita Arnab dan Kura-Kura
Mendalam (Deep)R: Pada pendapat anda, bincangkan
siapakah yang lebih cerdik; arnab
atau kura-kuraE: Apakah pengajaran yang boleh
didapati dalam cerita ini?
RUMUSAN Taxonomi SOLO merupakan hirarki yang
sebenar; meningkat secara kuantiti dan kualiti
Taxonomi SOLO membimbing pembinaan soalan aras rendah (surface) dan aras tinggi (deep)
Kedua-dua aras soalan adalah perlu; tujuan ujian
solo vs bloom
DOMAIN KRATHWOHL
DOMAIN KRATHWOHL Domain Krathwohl merupakan domain
yang paling terkenal. Taksonomi ini adalah mengikut persepsi
terhadap objek melalui peringkat kesedaran umum kepada peringkat di mana persepsi itu didalami seterusnya mempengaruhi kelakuan seseorang. (Seels & Glasgow, 1990, p. 28)."
(karekterisasi berdasarkan nilai-nilai) (pengorganisasian)
(penghargaan)
( tanggapan) (penerimaan)
Receiving/Attending (Penerimaan) Kesediaan untuk menyedari adanya suatu
fenomena di lingkungannya. Dalam pengajaran bentuknya berupa mendapatkan perhatian, mempertahankannya, dan mengarahkannya.
Responding (Tanggapan) Memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada
di lingkungannya. Meliputi persetujuan, kesediaan, dan kepuasan dalam memberikan tanggapan
Valuing (Penghargaan) Berkaitan dengan harga atau nilai yang
diterapkan pada suatu objek, fenomena, atau tingkah laku. Penilaian berdasar pada internalisasi dari serangkaian nilai tertentu yang diekspresikan ke dalam tingkah laku.
Organization (Pengorganisasian) Memadukan nilai-nilai yang berbeza,
menyelesaikan konflik di antaranya, dan membentuk suatu sistem nilai yang konsisten
Characterization by a Value or Value Complex (Karakterisasi Berdasarkan Nilai-nilai)
Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah-lakunya sehingga menjadi karakteristik gaya-hidupnya.
TAKSONOMI EBEL
Pengenalan. Selain Bloom yang telah membentuk
taksonomi berdasarkan klasifikasi objektif pengajaran, Ebel juga telah membentuk taksonominya sendiri pada tahun 1972.
Taksonomi Ebel berdasarkan kategori soalan peperiksaan.
Ciri- ciri Taksonomi Ebel. Kefahaman tentang
terminologi(perbendaharaan kata). Kefahaman tentang fakta dan
prinsip(generalisasi). Kebolehan untuk menerangkan atau
menggambarkisahkan(kefahaman tentang hubungkait).
Kebolehan menghitung(masalah numerik) Kebolehan meramalkan(apa yang mungkin
berlaku dalam sesuatu keadaan tertentu. Kebolehan mencadangkan tindakan yang
sesuai( dalam sesuatu situasi masalah amali yang spesifik)
Kebolehan membuat evaluative judgement(pengadilan berdasarkan penilaian)
RUJUKAN http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom http://www.learningandteaching.info/learning/
solo.htm Kamarudin Hj. Husin.(1998). Pedagogi Bahasa.
Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Bhasah Abu Bakar.(2003). Asas Pengukuran Bilik
Darjah. Perak: Quantum Books.