32
TUGASAN 2 A) TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK. Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa

Tugasan 2

  • Upload
    violet

  • View
    87

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan 2

TUGASAN 2

A) TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.

Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah

kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Banyak kajian yang

dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai

suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi

menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang

membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti

terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap

objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi

mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain

berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran

kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi

penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya

untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu,

lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-

kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan

tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang

mempunyai masalah trauma. Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka,

aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk

meneroka alam sekeliling. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain

dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi

kanak-kanak.

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan

apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut

Page 2: Tugasan 2

tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti

kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan

tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga

menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu

mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak

dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Namun, bagaimanakah lukisan artistik yang

bersifat seni itu diterjemah? Umum mengetahui bahawa kebolehan kanak-kanak terhadap seni

lukis dimulai dengan beberapa peringkat. Untuk memahami lebih lenjut mengenai seni lukis

kanak-kanak, teori perkembangan artistic kanak-kanak ada jawapannya. Teori Perkembangan

artistic kanak-kanak dipelopori oleh tiga tokoh ternama iaitu Al Hurwitz dan Michael Day

(1995) serta Viktor Lowenfeld (1947) . Ketiga tiga tokoh tersebut telah memperjelaskan

tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza

namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang

ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan iaitu

scribbling

Menurut Loy Chee Luen (2011), Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day

(1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat

tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak

enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak

sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun

satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz

dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.

“Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the

teacher, but they should not be considered as goals for education.”

- Hurwitz dan Day (2001)

Page 3: Tugasan 2

Peringkat pertama ialah peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak.

Peringkat ini kank-kanak berusia lingkungan 2-4 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak

mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan

contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan

kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Lukisan yang dihasilkan

juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan

dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-

bahan lain. Tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi

menggambarkan sesuatu imej. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah boleh melukis rupa dan

aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan manakala cara memegang peralatan

melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai. Pada usia ini alatan tulis yang

dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan

menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara

mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang

pelbagai.

Terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan

tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan

dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal

pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan

peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-

kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.

Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya

mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang

dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk

melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat

menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga

kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan

Page 4: Tugasan 2

keadaan sekelilingnya. Umur pada peringkat ini adalah lingkungan 6-9 tahun. Persekitaran

memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta,

bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang

paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului

dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarg terdekat seperti ibu bapa diikuti

rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk

dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi

pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui

lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan

kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang

lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain

melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam

sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar

berbanding dengan imej figura yang lain. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini,

penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat

kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit

dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi

menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang

dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding

dengan imej yang mereka tahu.

Peringkat yang ketiga ialah Pra-Remaja iaitu berumur 10-13 tahun. Terdapat

percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis

dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat

transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan

saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar

objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek

tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional

kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula

mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya

Page 5: Tugasan 2

imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula

menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami

konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih

dekat.

Pelopor teori perkembangan artistic kanak-kanak yang lahir di Linz, Austria pada tahun

1903, Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan

Academy of Fine Arts di bandar yang sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh

Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang

guru sekolah menengah.  Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi pengarah

kesenian kepada Blind Institute.  Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England

sebelum kembali ke United States. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat

sebagai ‘wartime visual aids consultant’ dalam tentera laut. Lowenfeld telah menyertai

Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts

dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini. Tidak lama kemudian beliau telah

dilantik menjadi Pengerusi “Art Department” di institut yang sama. Lowenfeld kemudiannya

berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun

1946. Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the newly founded Department of Art

Education” Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1960

Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual-Haptic theory in Art Education” yang juga

merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga merupakan seorang ketua yang

aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam

Pendidikan Seni.

Viktor Lowenfeld (1947) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-

kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik

yang diperkenalkan oleh Lowenfeld ini merangkumi enam peringkat utama iaitu:

1)Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

2)Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

3)Peringkat Schematic (7-9 tahun)

Page 6: Tugasan 2

4)Peringkat Dawning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun)

5)Peringkat Pseudonaturalistic/Reasoning (12-14 tahun)

6)Peringkat Period If Decision/Adolescent Art (14-17 tahun)

Peringkat pertama ialah Scribbling iaitu kanak-kanak berumur 2-4 Tahun. Pada

peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses

menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor

tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka

mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada

melukis bulatan. Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.

Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto

tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka

mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada

melukis bulatan.

Peringkat kedua ialah Preschematic iaitu kanak-kanak dalam lingkungan 4-7 Tahun.

Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan

pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai

karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-

beza. Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama

untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan.

Peringkat Schematic ialah peringkat ketiga iaitu lingkungan umur 7-9 Tahun. Pada

peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada

peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan

lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan

objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan

dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan

tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala

objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas

Page 7: Tugasan 2

dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan

yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. Kanak-kanak kurang

cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula

dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara

penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat

disekelilingnya.

Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkatan skema yang

bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Pengunaan simbol didalam lukisan

kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal.

Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol

juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai (emosi) serta

keupayaan kinestatik mereka. Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia

dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Lukisan kanka-kanak pada peringkat ini

banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain.

Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan

Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua

objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Lukisan mereka juga banyak

kelihatan bersifat hiasan.

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age ialah peringkat keempat, iaitu untuk

kanak-kanak yang berumur 9-12 Tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan

mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej

yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-

kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula

membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan

sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Pada peringkat ini,

kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat.

Dan kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan

dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya dan sama jantina. Lukisan mereka

juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Cara berlebihan

tidak lagi dilakukan Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak

Page 8: Tugasan 2

sahaja bukan melalui pengamatan. Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih

objek. Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di

mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). Kadar banding (propotion) pada

lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. Mengunakan warna bagi menggambarkan sesuatu

objek. Hijau untuk pokok, biru untuk langit, kuning untuk tanah dan sebagainya. Mereka juha

memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.

Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning ialah peringkat kelima iaitu kanka-kanak

berumur 12-14 Tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di

dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional

imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di

hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang

dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul

sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School ialah peringkat

keenam iaitu semasa kanak-kanak berumur 14-17 Tahun. Peringkat ini merupakan peringkat

penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini

memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai

untuk menghasilkan karya seni.

Page 9: Tugasan 2

B) ANALISIS LUKISAN FIGURA KANAK-KANAK

Melalui pemerhatian yang dijalankan keatas sepuluh lukisan kanak-kanak yang

dikumpul terdiri dari umur 3 hingga 12 tahun, saya telah menganalis lukisan tersebut

berdasarkan teori perkembangan artisitik kanak-kanak dan peringkat-peringkat perkembangan

artistik yang terlibat dalam analisis saya ialah yang diperkenalkan oleh Al Hurwitz dan

Michael Day yang terdiri daripada peringikat manipulatif, simbolisma dan pra remaja. Juga

teori dari Victor Lowenfeld yang merangkumi enam peringkat utama iaitu:

1)Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

2)Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

3)Peringkat Schematic (7-9 tahun)

4)Peringkat Dawning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun)

5)Peringkat Pseudonaturalistic/Reasoning (12-14 tahun)

6)Peringkat Period If Decision/Adolescent Art (14-17 tahun)

Page 10: Tugasan 2

Lukisan pertama ialah dari adik Aiman Hakim yang berumur 3 tahun. Berdasarkan

lukisan adik Aiman, saya dapati beliau dalam peringkat scribbling atau contengan tidak

terkawal. Terdapat beberapa garisan dan bulatan secara rawak. Bahan yang digunakan pula

adalah krayon yang berwarna merah dan kuning. Pada peringkat ini, adik Aiman Hakim tidak

mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Hal ini dapat dibuktikan melalui contengannya

yang rawak dan tidak terkawal serta gagal menghasilkan garisan lurus yang betul. Lukisan

adik Aiman tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi

menggambarkan sesuatu imej. Berdasarkan lukisan adik Aiman, aktiviti melukis ini lebih

kepada kepuasan dan keseronokan dirinya seperti krayon yang digunakan juga adalah

mengikut gaya dan cara yang disukainya.

Lukisan kedua ialah dari adik Nur syakira yang berumur 4 tahun. Masih lagi dalam

peringkat contengan namun garis yang dibuat oleh adik Syakira lebih jelas, terdapat beberapa

garisan’zig zag’ diatas kertas lukisannya. Contengan adik Syakira adalah contengan terkawal.

Bahan yang digunakan untuk melukis pula ialah pensel 2B. Di peringkat contengan garisan

terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan

dengan peringkat pertama. Hal ini dibuktikan melalui perbandingan lukisan antara adik Aiman

Page 11: Tugasan 2

dan adik Syakira, contengan adik syakira nampak lebih matang dengan kehadiran garisan ‘zig

zag’ yang jelas dan terang.

Lukisan ketiga datangnya dari Adik Maisarah yang berumur 5 tahun. Adik ini melukis

objek orang lidi. Terdapat beberapa garisan halus dan kasar dalam karya adik Maisarah . figura

orang lidi tidak diwarnakan. Pada usia 5 tahun, lukisan adik Maisarah berada dalam peringkat

preschematic. Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada

percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan

garisan. Objek yang terdapat disekeliling adik Maisarah untuk dijadikan inspirasi kepada

lukisannya ialah orang. Berdasarkan lukisan tersebut,objek orang dilukis dengan mempunyai

karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung. Adik Maisarah menggunakan

garisan tebal dan halus untuk membentuk imej orang dan media yang digunakan adalah pensel

2B.

Page 12: Tugasan 2

Karya keempat adalah dari adik Lokman yang berumur 6 tahun. Masih lagi dalam

peringkat preschematic, melalui lukisannya, beliau sedang mencuba dan menghasilkan

pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil adalah

tidak logik bagi orang dewasa. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula

hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok, matahari, kereta. Imej yang

pertama dihasilkan adalah rumah kerana ianya adalah objek yang menjadi tempat tinggalnya

sekeluarga. Matahari yang terselit di celah awan digambarkan sedang tersenyum manakala

burung pula dilukis dengan menggunakan pensil warna hitam iaitu menggunakan garisan

sahaja. Warna –warna yang digunakan adalah terang dan ceria. Tiada permainan ton warna

dalam karyanya.

Page 13: Tugasan 2

Karya kelima pula ialah dari adik Hazim yang, berumur 7 tahun, beliau telah melukis

suasana didalam kelasnya. Berdasarkan lukisan adik Hazim ini, ciri-ciri yang dapat dilihat ialah

dari segi penggunaan garisan didalam lukisannnya. Garisan yang digunakan ialah garisan halus

dan garisan yang mudah dibentuk. Manakala pengunaan warna pula ialah warna-warna yang

menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning

digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Adik Hazim juga mahir mencampurkan warna

pastel bagi menghasilkan ton warna cerah dan gelap. Pengunaan ruang pula merupakan ruang

yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam

lingkungan garisan tersebut. Lukisan adik Hazim menunjukkan suasana riang dimana terdapat

ojbek seperti buku dan meja yang menunjukkan Susana didalam kelas. Adik Hazim juga

mengunakan simbol bunga dan melukis muka rakan-rakannya didalam bunga tersebut yang

menunjukkan dia sangat menyayangi rakan-rakan tersebut. Malah diluar kawasan lukisan

dilukis bingkai berbentuk hati yang menunjukkan konsep kasih sayang antara Hazim dan

rakan-rakannya. Bagi menghasilkan lukisan ini, adik Hazim melukis di atas kertas lukisan dan

mengunakan media karyon.

Page 14: Tugasan 2

Karya yang seterusnya ialah lukisan adik Nabil Adib yang berumur 8 tahun. Adik Nabil

mengunakan garisan mudah dan halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk objek didalam

lukisannya. Dia juga mengunakan garisan condong bagi menghasilkan rupa pelangi.

Penggunaan warna pula terdapat warna panas dan warna sejuk. Adik Nabil juga

mencampurkan warna bagi menghasilkan ton. Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang

mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam

lingkungan garisan tersebut. Adik Nabil mengunakan warna cerah bagi menunjukkan ruang

hadapan, dan warna gelap bagi bahagian ruang dibelakang. Adik Nabil menceritakan suasana

riang didalam karyanya yang berlatarbelakangkan pemandangan ditepi sawah. Kehadiran

pelangi yang berwarna-warni dan matahari yang mempunyai mata dan senyuman didalam

lukisannya juga mungkin menunjukkan perasaannya yang gembira ketika situasi berkenaan.

Pengunaan figura manusia yang tidak secara berlebihan dan menunjukkan saiz perbezaan

manusia yang normal didalam karya adik Nabil menunjukkan tahap perkembangan yang baik.

Adik Nabil juga mengunakan krayon didalam karyanya. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek

yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana sawah yang dilukis

oleh adik ini hampir memenuhi ¾ ruang kertas lukisan. Pada peringkat skematik ini ‘Kanak-

kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik

perhatian mereka. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini banyak menggunakan bentuk

geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain’, Hal ini terbukti apabila adik

Page 15: Tugasan 2

Nabil menggunakan banyak bentuk geometri didalam lukisannya seperti segi empat tepat bagi

menggambarkan sawah padi, segi tiga bagi melambangkan bukit dan bulat untuk matahari.

Berikutnya pula ialah adik Syakir Helmi yang berusia 9 tahun. Adik Syakir juga

menggunakan garisan yang mudah dan halus bagi menghasilkan bentuk objek didalam

lukisannnya. Serta garisan yang membentuk rumah juga mencuri tumpuan. Hal ini kerana adik

Syakir menggunakan teknik melakar atau ‘sketching’ untuk membina rumah. Manakala

pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga

warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti

warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik Syakir juga

mahir mencampurkan warna pastel bagi menghasilkan ton warna cerah dan gelap. Ruang yang

ditunjukkan didalam karya adik Syakir merupakan ruang mendatar. Ton warna yang digunakan

iaitu dari cerah ke gelap menimbulkan gambaran menjunam ke dalam. Adik Syakir

menghasilkan karya yang menonjolkan dirinya dan ibunya di halaman rumah. Terdapat

perbezaan bentuk lukisan figura manusia dalam lukisan adik Syakir yang membezakan

perempuan dan lelaki iaitu lukisan dirinya dan ibunya. Adik Syakir menggunakan pensil warna

dalam lukisannya. Lukisan Adik Syakir berada pada peringkat Dawning Realism atau The

Gang Age, iaitu untuk kanak-kanak yang berumur 9-12 Tahun. Perubahan pada peringkat ini

Page 16: Tugasan 2

adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Hal ini dapat dilihat melalui

lukisan figura manusia berlainan jantina dalam lukisan adik Nabil. Pada peringkat ini juga,

kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat.

Oleh sebab itu, adik Nabil melukis diri dia bersama dengan ibunya. Lukisan mereka juga

menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Hal ini dapat dilihat

mellaui lukisan yang dihasilkannya.

Karya yang berikut ialah karya adik Farah Diyana yang berumur 10 tahun,masih lagi

dalam peringkat Dawning Realism atau The Gang Age, Adik Farah menggunakan garisan

yang mudah dan halus untuk melukis secara berhati-hati. Terdapat juga pengunaan garisan

tebal yang menunjukkan kekuatan pada garisan rumah di belakang figura manusia. Adik Farah

juga mahir mengunakan garisan bagi menghasilkan rupa dan seterusnya menghasilkan ekspresi

pada figura manusia di dalam lukisannya. Kelihatan, figura manusia itu sedang tersenyum.

Terdapat juga penghasilan rupa geometri iaitu pada lukisan objek tingkap dan pintu.

Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga

warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti

warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna

kontra dimana pada tulisan diatas papan hijau, warna kuning digunakan diatas latar warna

hijau. Warna sewarna juga digunakan pada lukisan objek burung. . Penggunaan ruang pula

Page 17: Tugasan 2

merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek

dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Warna gelap menonjol dari latar cerah dan ton

warna dari gelap ke cerah kelihatan menonjol keluar. Karya adik Farah menunjukkan suasana

di rumah. Adik Farah juga mengunakan pensil warna bagi menghasilkan karyanya.

Karya seterusnya ialah dari adik Fakhrul yang berumur 11 tahun. Berada dalam

peringkat Dawning Realism atau The Gang Age juga, adik Fakhrul mengunakan garisan yang

halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang

menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning

digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna

yang harmoni. Warna yang digunakan juga menimbulkan ilusi ruang. Dari segi ruangan pula,

ruang yang dihasilkan merupakan ruang mendatar dengan satu satah garisan dengan semua

objek melaluinya. Adik Fakhrul menggambarkan situasi hari raya. Penggunaan simbol hati

juga menunjukkan betapa adik Fakhrul menyayangi keluarganya. Lukisan figura budak lelaki

ditengah-tengah kertas lukisan merupakan adik Fakhrul sendiri, dimana menunjukkan bahawa

dia inginkan perhatian. Adik Fakhrul mengunakan pensil warna untuk menghasilkan lukisan

tersebut.

Page 18: Tugasan 2

Karya yang terakhir ialah dari adik Fatin yang berumur 12 tahun. Pada peringkat

Dawning Realism atau The Gang Age, garisan yang digunakan oleh adik Fatin bagi

menghasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang

digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut.

Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga

warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti

warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna

kontra dimana warna cerah seperti merah diletak di hadapan latar berwarna gelap. Warna latar

yang gelap juga menghasilkan ilusi ruang. Apabila warna yang kontra diletakkan bersama,

tindakan positif warna terhasil. Ini dapat menghasilkan kesan atau impak kepada orang yang

melihatnya. Ruang yang digunakan juga merupakan ruang mendatar. Warna gelap yang

dijadikan sebagai latar menonjolkan warna yang lebih cerah. Adik Fatin menggambarkan

bahawa dia ingin mencontohi abangnya yang telah berjaya dengan belajar bersungguh-

sungguh dan menginginkan penghargaan dari ibunya. Adik Fatin juga mengunakan simbol hati

yang menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya. Adik Fatin mengunakan pensil warna

dalam karyanya.

Page 19: Tugasan 2

Setelah menganalisis contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat umur kanak-kanak,

Karya-karya tersebut jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak

dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaran yang sihat

dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak

dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula

jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat

komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang

bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.

Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan

kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia

ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan

pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetika. Dalam

aspek ini kanak-kanak meluahkan fikiran dan pemikiran kreatif mereka melalui aktiviti

meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan melalui kreativitinya sendiri. Aktiviti

melalui penggunaan warna dapat merangsang minda kanka-kanak supaya lebih kreatif. Ketika

menghasilkan karya lukisan misalnya, kanak-kanak diberi peluang mencuba pelbagai warna

yang mereka gemari dan difikirkan sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk

menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, kanak-kanak bebas

meneroka dan meluahkan perasaan dalam kreativiti lukisan mereka.

Kesimpulannya seni dapat merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dan mewujudkan daya

kreativiti mereka.

Page 20: Tugasan 2

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN BUKU

Amabile, T.M. (1983). The social psychology of creativity. New York: Springer Verlag.

Atan Long. (1976) PsikologiPendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya

(2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan Bentong, Pahang. PTS Professional

Publishing Sdn.Bhd.

Burton, J.M. (2000). The configuration of meaning: Learner- centered art education. Studies

in Art Education. New York.

Clark, G.A. (1993). Judging children’s drawing as measures of art abilities. Studies in Art

Education. New York.

Chetelat, RJ. (1981). Visual arts education for the gifted elementary level art student. Gified

Child Quarterly,

Chang Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011).

HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan

Page 21: Tugasan 2

Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan

Sultan Idris Tanjong Malim.

Iberahim Hassan (2000). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei

Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kathleen Chee (2012). Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd: Bangi, Selangor.

Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn

Bhd

 Mohd. Azhar Abd. Hamid (2001) Publication: Skudai, Johor ; Universiti Teknologi Malaysia,

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011). HBAE1203 Perkembangan seni Kanak-

. Kanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd.: Seri Kembangan, Selangor

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail (2010). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Meteor

Sdn. Bhd: Seri Kembangan, Selangor

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim et.al (2011) Perkembangan Seni Kanak-kanak,

Rahil Hj Mahyuddin, Abd Majid Mhd Isa & Zaidatol Akmaliah (1995).

Selangor, Meteor Sdn Bhd

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor

(2008). Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Webster (1976). G. & C. Merriam Company of Springfield, Massachusetts,

Page 22: Tugasan 2

RUJUKAN INTERNET

Tiada nama pengarang

Dimuat turun dari  http://akses.skseriampang.net/HSP/11_Pendidikan_Seni/hsp_pseni_y3.pdf

Tiada nama pengarang

Dimuat turun dari  http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-

kreativiti-dalam-kehidupan-sosial-masyarakat/

Tiada nama pengarang

Dimuat turun dari  http://rujuknota.blogspot.com/2011/11/perkembangan-artistik-kanak-

kanak.html

Tiada nama pengarang

Dimuat turun dari  http://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/ekspresi-kreativiti-kanak-

kanak-modul.html

Ragbir Kaur (2009) Konsep Pemikiran.

Dimuat turun dari http://jacsinspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html

Ainon Mohd;Abdullah Hassan. Reka Cipta.  

Dimuat  turun dari http://citacita.tripod.com/nota/rekacipta.pdf

Wertheimer & Kohler .Teori Kognitif . 

Dimuat turun dari http:teorikognitif.blogspot.com/p/celik-akal.htl