9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas : Tahun 5 UTM Tarikh : 22 Julai 2014 Kehadiran : / 36 orang murid Bidang : Menggambar Teknik : Gurisan Tajuk : Menghasilkan lukisan ’Suasana di kampung’ Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi ( 60 minit ) Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Menyatakan penggunaan bahan, teknik dan elemen seni yang sesuai untuk menghasilkan gurisan 2. Menggunakan garisan yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam lukisan gurisan 3. Mengaplikasikan penggunaan warna kontras dalam aktiviti 4. Menyatakan kepentingan nilai kekemasan dalam menghasilkan lukisan yang menggunakan teknik gurisan 5. Murid dapat meluahkan idea kreatif mereka yang tersendiri melalui lagu Alat dan Bahan : 1. Alat - warna krayon (oil pastel) 2. Bahan - kertas lukisan, lidi, atau alat yang tajam

Rph Tahun 6 Gurisan 6ukm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SENI

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran: Pendidikan Seni VisualKelas: Tahun 5 UTMTarikh: 22 Julai 2014Kehadiran: / 36 orang murid Bidang: Menggambar Teknik : Gurisan Tajuk: Menghasilkan lukisan Suasana di kampungMasa: 9.30 pagi - 10.30 pagi ( 60 minit )Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:1. Menyatakan penggunaan bahan, teknik dan elemen seni yang sesuai untuk menghasilkan gurisan 2. Menggunakan garisan yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam lukisan gurisan 3. Mengaplikasikan penggunaan warna kontras dalam aktiviti 4. Menyatakan kepentingan nilai kekemasan dalam menghasilkan lukisan yang menggunakan teknik gurisan5. Murid dapat meluahkan idea kreatif mereka yang tersendiri melalui laguAlat dan Bahan : 1. Alat - warna krayon (oil pastel) 1. Bahan - kertas lukisan, lidi, atau alat yang tajam

Bahan Bantu Mengajar: Lagu pemandangan kampung, Laptop, contoh gambar suasana kampung, langkah-langkah pelaksanaan, contoh hasil gurisan yang telah siap

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid pernah melakukan aktiviti mewarna, melukis dan mengetahui suasana di kampung. 2. Murid boleh menggunakan oil pastel dan tahu mengguris. 3. Murid kurang kemahiran melukis dengan menggunakan pelbagai jenis garisan.

Penerapan Nilai: Kebersihan, rajin, kreatif, kerjasama Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Pembelajaran Akses Kendiri - Pembelajaran secara fleksibel tanpa tekanan dan murid boleh membuat secara persendirian atau kumpulan.2. Konstruktif - Murid menghasilkan lukisan dengan pelbagai bentuk, warna dan susunan dengan sendiri dan bantuan guru. 3. Kemahiran Berfikir - Murid berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan idea yang menarik.

KBKK: 1. Menghubungkaitkan hasil lukisan yang menggunakan teknik gurisan dengan teknik lain.2. Murid dapat memahami campuran pelbagai jenis garisan. 3. Murid dapat menghasilkan lukisan dengan kreatif.

PERKARAISI KANDUNGANAKTIVITI P&PCATATAN

Set Induksi(5 minit) Murid-murid menyanyikan lagu Desa tercinta beramai-ramai sambil bertepuk tangan.

Lirik Desa Tercinta - Nora

Burung yang berkicauanAir mengalir tenangSejuk mata memandangDamai mempesonakan

Padi melambai-lambaiGadis di tepi bendangWalau panas membahangTetap manis tersenyum riang

( korus )Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)Inilah desa yang tercinta (ahai)Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai)Riangnya suara merekaDesa tercinta

Haruan atau keliMasakan cili padiMakan beramai-ramaiTusuk tawa mengilai

Dan senja pun berlabuhMalam pula bertamuDengar cerita atokNenek pun mula menjeling

Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan pengalaman mereka di kampung. 1) Menarik perhatian murid tentang tajuk yang diajar.2) Guru menerangkan kepada murid tentang tajuk yang akan diajarkan.3) Murid menjawab dan memberikan respon kepada guru. Teori Kecerdasan Pelbagai- interpersonal- verbal linguistik

Nilai: bertolak ansur

BBM: lagu, lirik lagu, gambar suasana di kampung

Langkah 1(5 minit)Pengenalan Maksud menggambar Tentang teknik gurisan (alat, bahan dan teknik) Contoh gambar suasana kampung

Contoh garisan-garisan yang pelbagai dalam lukisan (garisan silang pangkah, beralun, zig-zag dan lain-lain)

Alat dan bahan yang digunakan

1) Guru menerangkan tentang teknik gurisan. 2) Guru menerangkan bahan dan alat yang akan digunakan dalam bidang ini.3) Guru memperkenalkan pelbagai jenis garisan yang boleh diaplikasikan dalam lukisan 4) Murid mendengar dan memahami penjelasan guru 5) Murid bertanyakan soalan jika ada perkara yang tidak jelas.

Pembelajaran Kontekstual soal jawab

BBM: contoh-contoh gambar, contoh garisan, hasil lukisan guru

Langkah 2(10 minit) Guru menunjuk cara dan demontrasi membuat teknik gurisan (lakaran, olahan dan aspek elemen seni reka)

Langkah 1 Warna kertas lukisan dengan pelbagai warna krayon sehingga penuh

Langkah 2 Warnakan dengan krayon hitam di atas warna-warni

Langkah3 Guris kertas lukisan dengan pen, pensel, lidi atau ranting membentuk corak lukisan.

1) Guru menunjukkan cara mewarna menggunakan krayon mengikut langkah2) Murid memberikan sepenuh perhatian terhadap penerangan guru

Pembelajaran Masteri Mengikut langkah

Nilai : ketekunan, kerajinanBBM : contoh proses membuat teknik gurisan

Langkah 3(30 minit)Aktiviti Murid 1. Guru mengarahkan murid memulakan aktiviti secara individu mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru tadi. 2. Guru memastikan murid dapat melakukan teknik gurisan dengan cara yang betul 1. Murid mula melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.2. Murid mula melakukan aktiviti dengan mengaplikasikan teknik gurisan 3. Murid bertanyakan soalan kepada guru jika tidak jelas

Penutup (10 minit)

Penilaian hasil kerja murid dalam menghasilkan lukisan suatu petang di kampung ku menggunakan teknik gurisan. Guru membuat rumusan dan refleksi Guru bertanyakan langkah-langkah kepada murid Guru bertanyakan alat dan bahan yang digunakan Guru bertanyakan soalan yang berkaitan dengan aspek-aspek seni Nyanyian lagu desa tercinta beramai-ramai dengan hasil lukisan masing-masing

1) Murid-murid menghasilkan dan mempamerkan hasil kerja masing-masing untuk sesi ulasan bersama guru.2) Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti produk yang telah dihasilkan murid.3) Murid saling berinteraksi tentang hasil yang mereka peroleh.4) Murid-murid menyanyi dengan penuh semangat Aktiviti berpusatkan muridNilai : bertanggungjawab, bertolak ansur BBM: hasil lukisan murid, lagu