5
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044 TUGASAN 2. PENJELASAN MENGENAI BLOG PEMBELAJARAN DARI SUMBER PERCUMA; WORDPRESS.COM ABDUL HASLI BIN ABDULLAH M20121000460 PM DR ABD LATIF HJ GAPOR

Tugasan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penjelasan mengenai laman web wordpress.com.

Citation preview

Page 1: Tugasan 2

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

KPT 6044

TUGASAN 2.

PENJELASAN MENGENAI BLOG PEMBELAJARAN DARI SUMBER PERCUMA;

WORDPRESS.COM

ABDUL HASLI BIN ABDULLAH

M20121000460

PM DR ABD LATIF HJ GAPOR

Page 2: Tugasan 2

Pengenalan.

Laman blog adalah merupakan satu medium untuk kita berhubung dan menyampaikan

sesuatu maklumat samada dalam bentuk penulisan, audio dan video. Terdapat pelbagai jenis

laman blog yang digunakan di dalam internet pada masa kini. Laman blog juga menjadi

penghubung antara manusia dengan masa yang pantas. Kini terdapat pelbagai laman blog

yang boleh dibuat oleh pengguna secara percuma seperti blogspot.com, wordpress.com,

sosblogs.com dan facebook.com. Untuk tugasan 3 ini, saya menggunakan wordpress.com

untuk membina laman blog saya. Pengguna haruslah mempunyai email terlebih dahulu

sebelum mendaftar akaun untuk membina laman blog di wordpress.com. Saya mendaftar

akaun wordpress dengan menggunakan akaun email gmail. Selepas mendaftar, saya

memberikan nama pautan bolg saya iaitu abdulhasli.wordpress.com.

Ciri-ciri Blog.

Blog yang saya bina ini mengandungi beberapa menu yang terletak pada bahagian

atas atau header. Menu-menu ini memudahkan pembaca blog mencari maklumat yang

dikehendaki. Ada antara menu ini mengandungi sub-sub menunya tersendiri. Sub-sub menu

ini akan memaparkan maklumat dengan lebih cepat dan teratur.

Rajah 1.0 : Menu dan sub menu pada header.

Saya memilih untuk menggunakan template tema yang bertajuk Greyzed yang direka oleh

The Forge Web Creations. Tema ini sangat ringkas dan menarik. Paparan utama blog saya

menceritakan serba sedikit tentang diri saya. Saya meletakkan gambar saya dan juga video

memperkenalkan blog dari youtube.com sebagai pengenalan diri saya.

Page 3: Tugasan 2

Rajah 2.0 : Paparan Utama blog.

Blog saya ini juga mengandungi bahan-bahan pembelajaran subjek kemahiran hidup

bersepadu mengikut tingkatan. Bahan-bahan pembelajaran ini berada pada halaman-halaman

mengikut tingkatan. Sekiranya pembaca blog ingin mendapatkan bahan-bahan, pembaca blog

hanya perlu click and save pada tulisan yang mempunyai pautan (bergaris). Bahan-bahan ini

boleh di download oleh pembaca blog dengan percuma.Ini adalah bertepatan dengan dasar

penggunaan internet iaitu perkongsian maklumat. Pembaca blog boleh berinteraksi dengan

saya melalui ruangan komen. Pembaca blog hanya perlu meninggalkan komen dan ianya

akan dijawab oleh saya secara online.

Blog saya mempunyai beberapa pautan yang memudahkan pembaca untuk pergi ke

halaman yang dikehendaki. Pautan-pautan ini adalah cadangan saya dan sekiranya ada

permintaan pembaca untuk meletakkan pautan lain, maka saya akan mewujudkan tambahan

pautan yang baru. Pembaca blog hanya perlu klik sahaja pada pautan yang disediakan dan

ianya kemudian akan membawa pembaca blog ke laman yang di klikkan sebentar tadi.

Page 4: Tugasan 2

Rajah 3.0 : Pautan-pautan

Bagi pembaca-pembaca blog yang mahu mengikuti isu-isu atau makluman semasa dari saya,

mereka boleh membaca apa yang saya tuliskan di ruangan My Post. Halaman ini akan

memuatkan penulisan saya yang terkini dari semasa ke semasa. Selain itu terdapat pautan

mengikut kategori yang ditetapkan. Pembaca boleh memilih halaman mengikut kategori yang

disukai.

Rajah 4.0 : Pautan pos terkini dan kategori.

Page 5: Tugasan 2

Penutup.

Blog wordpress yang dibina ini merupakan satu medium yang sangat berguna kepada

saya untuk berkongsi maklumat dan membantu dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

Blog wordpress ini juga adalah percuma dan sangat mudah untuk digunakan. Ianya boleh

dikatakan sebagai friendly user. Walau sesiapa pun pasti akan dapat membina laman blog ini

dengan mudah. Saya juga bercadang untuk menaik taraf laman blog saya ini ke tahap

premium dimana pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak wordpress dapat saya

gunakan kelak. Sebagai kesimpulannya, tugasan 2 ini sangat bermanfaat kepada diri saya dan

juga rakan-rakan sekelas yang lain.