26
1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH PERMAINAN HOKI Pada tahun 1990 di Sukan Olimpik, permainan hoki telah dikenali sebagai sukan demonstrasi dan permainan ini mula dipertandingkan pada tahun 1928. Sejarah telah membuktikan dengan jelas hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu pada tamadun mesir purba. Ini dibuktikan dengan sebuah penemuan di Makam Bani Hassan berdekatan dengan Minia sekitar tahun 2000 Masihi yang lalu. Hoki juga telah wujud di dalam tamadun Rom dan Greek sekitar 500 tahun sebelum Masihi. Bas Relief (seni arca dinding) yang ditemui di Athens telah menggambarkan permainan menyerupai hoki telah dimainkan pada tamadun ini. Selain itu, masyarakat Indian Aztec yang berasal daripada Mexico juga telah bermain satu permainan yang menyerupai kayu hoki. Manakala dalam masyarakat Ireland, hoki lebih dikenali sebagai hurley, Scotland dikenali sebagai Shinty dan Perancis honquet. Orang Inggeris ataupun England menggunakan nama commock sehinggan tahun 1980 apabila nama itu ditukar kepada hockie. Tahun 1800-an hoki telah mula popular di sekolah-sekolah sekitar England. Hoki merupakan salah satu permainan yang paling tua diperkenalkan di Malaysia. Permainan ini dimainkan oleh semua peringkat umur. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setiap tahun akan mengadakan pertandingan hoki untuk para pelajar. Pasukan Hoki Malaysia terutama pasukan lelaki merupakan 1

Tugasan HBPE 2203

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan HBPE 2203

1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH PERMAINAN HOKI

Pada tahun 1990 di Sukan Olimpik, permainan hoki telah dikenali sebagai sukan demonstrasi

dan permainan ini mula dipertandingkan pada tahun 1928. Sejarah telah membuktikan dengan

jelas hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu pada tamadun mesir purba. Ini

dibuktikan dengan sebuah penemuan di Makam Bani Hassan berdekatan dengan Minia sekitar

tahun 2000 Masihi yang lalu.

Hoki juga telah wujud di dalam tamadun Rom dan Greek sekitar 500 tahun sebelum Masihi.

Bas Relief (seni arca dinding) yang ditemui di Athens telah menggambarkan permainan

menyerupai hoki telah dimainkan pada tamadun ini. Selain itu, masyarakat Indian Aztec yang

berasal daripada Mexico juga telah bermain satu permainan yang menyerupai kayu hoki.

Manakala dalam masyarakat Ireland, hoki lebih dikenali sebagai hurley, Scotland dikenali

sebagai Shinty dan Perancis honquet. Orang Inggeris ataupun England menggunakan nama

commock sehinggan tahun 1980 apabila nama itu ditukar kepada hockie. Tahun 1800-an hoki

telah mula popular di sekolah-sekolah sekitar England.

Hoki merupakan salah satu permainan yang paling tua diperkenalkan di Malaysia. Permainan

ini dimainkan oleh semua peringkat umur. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

setiap tahun akan mengadakan pertandingan hoki untuk para pelajar. Pasukan Hoki Malaysia

terutama pasukan lelaki merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Malaysia di mana

kedudukan Hoki Malaysia antara 25 terbaik di dunia. Selain itu, pasukan hoki lelaki telah berjaya

menyertai sukan Olimpik semenjak 1956.

Perubahan dalam lapangan permainan hoki di Malaysia bermula pada 1889 di mana

Pertandingan Piala Razak menggunakan format baharu telah diperkenalkan bagi mengimbangi

perkembangan hoki di Malaysia. Semenjak akhir-akhir ini pasukan hoki negara semakin

menunjukkan peningkatan di mana telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Sukan Komenwel

1998. Johan dalam Sukan Olimpik merupakan matlamat utama negara menjadikan pelbagai

usaha dan program diwujudkan.

1

Page 2: Tugasan HBPE 2203

2.0 UJIAN KEMAHIRAN ASAS HOKI

Hoki adalah permainan yang memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran –

kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan hoki itu seronok dan mencabar. Untuk

mencapai tujuan permainan hoki iaitu keseronokan, murid-murid perlulah mempelajari

kemahiran asas permainan hoki itu sendiri. Kemahiran asas dalam permainan hoki ialah :-

2.1 Manual Pelaksanaan Ujian Kemahiran Asas Hoki

a) Kemahiran Menggelecek Bola Antara Skitel

Nama Ujian : Kemahiran Menggelecek bola antara skitel

Objektif Ujian : a) Untuk menguji kemahiran pemain menggelecek bola

hoki antara halangan dengan pantas.

: b) Untuk menguji kemahiran mengawal bola hoki semasa

menggelecek bola

Kesahan Ujian : 80% hingga 90% berpandukan manual pelaksanaan Ujian

Kemahiran Asas Hoki

Kebolehpercayaan Ujian : 90% dan ke atas

Organisasi Pentadbiran

Ujian

: Puan Norjihan Binti Johari

: Encik Adli Hakimi Bin Abdullah

Alatan Ujian : a) 1 batang kayu hoki

: b) 1 biji bola hoki

: c) 5 buah skitel kecil

: d) 1 jam randik

: e) 1 pita pengukur

2

Page 3: Tugasan HBPE 2203

: f ) 1 pita pengukur

Prosedur Ujian * Satu barisan yang lurus dan 5 buah skitel kecil

disusun. Skitel yang pertama disusun dengan jarak

2 meter dari garisan permulaan. 4 buah skitel kecil

yang lain disusun dengan jarak 5 meter setiap satu.

* Pemain berdiri di belakang garisan permulaan.

* Pemain mula menggelecek bola apabila tiupan

wisel dibunyikan. Pemain hendaklah menggelecek

sehingga skitel kelima dan balik ke garisan

permulaan.

* Dua kali percubaan diberikan dan pencapaian masa

yang terbaik diambil kira.

Cara Pengiraan Skor * Jam randik dimulakan apabila mendapat isyarat

mula dan diberhentikan apabila pemain melintas

semula garisan permulaan.

* Masa untuk percubaan terbaik diambil.

Skor Pemarkahan

Masa Markah Keputusan13 saat14 saat

109

Sangat baik

15 saat16 saat

87

Baik

17 saat18 saat

65

Sederhana

19 saat20 saat

43

Lemah

21 saat22 saat

21

Sangat lemah

3

Page 4: Tugasan HBPE 2203

Borang Skor Pemarkahan

Masa

Percubaan Pertama

Percubaan Kedua

*Dirujuk daripada Manual Latihan Hoki 2000

Gambar rajah Pelaksanaan Ujian

4

5m

5m

5m

5m

Page 5: Tugasan HBPE 2203

b) Kemahiran Memukul Dengan Tepat

Nama Ujian : Kemahiran Memukul dengan Tepat

Objektif Ujian : a) Untuk menguji kemahiran pemain memukul bole ke

arah sasaran yang ditetapkan.

: b) Untuk menguji tahap fokus dan tumpuan pemain

semasa memukul bola

Kesahan Ujian : 80% hingga 90% berpandukan manual pelaksanaan Ujian

Kemahiran Asas Hoki

Kebolehpercayaan Ujian : 90% dan ke atas

Organisasi Pentadbiran

Ujian

: Puan Norjihan Binti Johari

: Encik Adli Hakimi Bin Abdullah

Alatan Ujian : a) 4 buah skitel kecil

: b) 1 pita pengukur

: c) 1 wisel

: d) 5 biji bola hoki

: e) 1 batang kayu hoki

Prosedur Ujian * Susun skitel seperti yang dirancang. Dua buah skitel disusun di dalam tiang gol dengan jarak 1 meter antara setiap skitel. Jarak 1 meter dikira berdasarkan kiri dan kanan tiang gol.

* Di dalam garisan D, letakkan bola dengan jarak 0.5 meter daripada garisan D.

* Pemain diminta memukul ke arah sasaran apabila wisel dibunyikan.

5

Page 6: Tugasan HBPE 2203

* Setiap pemain diberikan peluang 5 kali pukulan.

Cara Pengiraan Skor * 3 mata diberikan jika pukulan masuk antara skitel

tengah di pintu gol.

* 4 mata diberikan jika masuk di antara pintu gol dan

tiang tengah.

* 1 mata diberikan jika bola hoki masuk antara tiang

gol dan skitel luar.

* 2 mata diberikan jika bola terkena tiang gol dan

melantun balik ke kawasan D.

* Jumlah akhir dikira berdasarkan lima pukulan.

Cara Pengiraan Markah Skor

Jumlah Mata Markah Keputusan1-23-4

12

Sangat lemah

5-67-8

34

Lemah

9-1011-12

56

Sederhana

13-1415-16

78

Baik

17-1819-20

910

Sangat Baik

6

Page 7: Tugasan HBPE 2203

Borang Pengiraan Skor Markah

Percubaan 1 2 3 4 5

Mata

Jumlah

Gambar rajah Pelaksanaan Ujian

7

Page 8: Tugasan HBPE 2203

2.2 Analisis Data Pencapaian Pelajar dalam Ujian Kemahiran Asas Permainan Hoki

Analisis Data pencapaian pemain dikira selepas guru melaksanakan ujian kemahiran asas

kepada semua pemain. Dapatan data pencapaian dikira berdasarkan skor pemarkahan dan borang

pemarkahan yang disediakan. Jadual di bawah ialah nama murid bersama kod yang diberikan

kepada murid-murid.

Jadual 1 : Senarai Nama Murid dan Kod Pemain

Bil Nama Murid Kod Murid

1. Muhammad Abu Hafiz Bin Abdullah P1

2. Muhd Danial Harris Bin Azrul Afandi P2

3. Wan Mohd Azli Wan Ahmad P3

4. Mohd Azrul Azli Bin Harris P4

5. Abdul Hamim Bin Abdul Aziz P5

6. Muhd Syazwan Bin Hamid P6

7. Muhd Sharfan Khan Bin Naina Khan P7

8. Muhd Aminuddin Bin Hazrin P8

9. Muhd Anas Hakimi Bin Adzrul Faszeli P9

10. Muhd Danial Hareez Bin Azrul Afandi P10

8

Page 9: Tugasan HBPE 2203

A) Kemahiran Menggelecek Bola Antara Skitel

Jadual 2 : Dapatan Data Kemahiran Menggelecek Bola

Pemain Percubaan Jumlah Markah Keputusan Peratus1 2

P1 14 13 10 Sangat baik 100%P2 16 14 9 Sangat baik 90%P3 15 17 8 Baik 80%P4 15 18 8 Baik 80%P5 171 16 7 Baik 70%P6 20 19 4 Lemah 40%P7 21 19 4 Lemah 40%P8 22 20 3 Lemah 30%P9 20 19 4 Lemah 40%P10 10 19 4 Lemah 40%

*Peratus dikira berdasarkan jumlah mata yang dikutip / 10 mata = ? x 100 = ?%

1. Purata Jumlah Markah dan Keputusan

i. Jumlah markah

10+9+8+8+7+4+4+3+4+4 = 6.1

10

9

Page 10: Tugasan HBPE 2203

Pemain P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10Jumlah Markah

10 9 8 8 7 4 4 3 4 4

Peratusan markah

100% 90% 80% 80% 70% 40% 40% 30% 40% 40%

Carta di atas menjelaskan mengenai keputusan jumlah skor dalam ujian menggelecek

bola antara skitel yang telah dilaksanakan oleh guru. Keputusan menunjukkan bahawa pemain

pertama mendapat keputusan 100%. Manakala pemain keenam, ketujuh, kesembilan dan

kesepuluh pula mendapat skor sebanyak 4 iaitu 40%. Pemain kedua pula memperoleh 90% skor

di dalam ujian ini. Pemain ketiga dan keempat pula memperoleh keputusan sebanyak 80& dan

akhir sekali pemain kelapan memperoleh 30% daripada kesemua jumlah skor yang ditetapkan.

Purata bagi ujian ini ialah 6.1. Manakala mod dan median masing-masing diwakili sebanyak 2.5

dan 4. Dapatan data ujian ini membuktikan bahawa kesemua peserta masih perlu diberikan

kemahiran asas menggelecek bola bagi membolehkan masing-masing menguasai kemahiran ini.

10

Page 11: Tugasan HBPE 2203

Keputusan Sangat Baik Baik Lemah

Bilangan 2 3 5

Peratusan 20% 30% 50%

Carta

di atas

menjelaskan

mengenai

peratusan

keputusan yang diterima oleh sepuluh orang pemain hoki yang menjalani ujian menggelecek

bola. Dapatan menunjukkan terdapat 20 % iaitu 2 orang pemain mendapat keputusan sangat baik

iaitu pemain pertama dan kedua. Manakala terdapat tiga orang pemain yang mendapat keputusan

baik iaitu pemain ketiga, keempat dan kelima. Akhir sekali, terdapat 50% ataupun lima orang

pemain yang mendapat keputusan lemah iaitu pemain keenam hingga kesepuluh.

B) Kemahiran Memukul Dengan Tepat

Dapatan data dan analisis di data di bawah bertujuan untuk melihat keberkesanan

Ujian Kemahiran Memukul dengan tepat oleh murid.

Jadual 3 : Dapatan Data Kemahiran Memukul

Pemain Percubaan Jumlah Markah Keputusan Peratus

11

Page 12: Tugasan HBPE 2203

Mata

1 2 3 4 5

P1 4 4 4 4 4 20 mata 10 markah Sangat baik 100%

P2 3 3 4 3 4 17 mata 9 markah Sangat baik 90%

P3 3 3 3 3 3 15 mata 8 markah Baik 80%

P4 4 4 3 3 3 17 mata 9 markah Sangat baik 90%

P5 3 4 4 3 4 20 mata 10 markah Sangat baik 100%

P6 3 2 2 2 2 11 mata 6 markah Sederhana 60%

P7 3 2 3 3 2 13 mata 7 markah Baik 70%

P8 2 2 2 1 2 9 mata 5 markah Sederhana 50 %

P9 3 2 1 3 2 11 mata 6 markah Sederhana 60 %

P10 2 2 2 2 2 10 mata 5 markah Sederhana 50%

*Peratus dikira berdasarkan jumlah mata yang dikutip / 10 mata = ? x 100 = ?%

1. Purata jumlah mata. markah dan Keputusan

i. Jumlah mata ii. Markah

12

Page 13: Tugasan HBPE 2203

20 + 20 +17 +17 +15 +11 + 11 + 9 +10 = 119

119/ 10 = 11.9

10 + 10 + 9 + 9 + 8 + 7 + 6 + 6 + 5 + 5 = 75

75/ 10 = 7.5

2. Median jumlah mata, markah dan keputusan

i. Jumlah mata

9,10,11,11,17,17,20,20

11+17 = 28

28/2 = 14

ii. Markah

5,5,6,6,7,8,9,9,10,10

7 + 8 = 15

15/2 = 7.5

13

Page 14: Tugasan HBPE 2203

Pemain P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

Jumlah

Mata

20 17 15 17 20 11 13 9 11 10

Peratus

mata

100% 85% 75% 85% 100% 55% 65% 45% 55% 50%

Graf 2 di atas menunjukkan dapatan data jumlah mata yang diperoleh setiap pemain.

Pemain pertama dan kelima mendapat 20 mata iaitu 100%. Manakala pemain kedua dan keempat

pula mendapat 17 mata iaitu 85%. Pemain yang keenam dan kesembilan pula mendapat 11 mata

iaitu 55%. 15 mata atau 75 % pula diperoleh daripada pemain ketiga. Pemain kesepuluh pula

mendapat 10 mata yang merangkumi 50%. Pemain ketujuh pula mendapat Akhir sekali, pemain

yang mendapat keputusan paling rendah ialah pemain kelapan iaitu 9 mata bersamaan 45%.

14

Page 15: Tugasan HBPE 2203

Pemain P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10Jumlah Markah

10 9 8 9 10 6 7 5 6 5

Peratusan Markah

100% 90% 80% 90% 100% 60% 70% 50% 60% 50%

Graf di atas menunjukkan dapatan data peratusan jumlah markah yang diperoleh oleh

kesemua pemain. Pemain pertama dan kelima mendapat peratusan paling tinggi iaitu 100% (10

markah). Manakala pemain kedua mendapat 90% (9 markah). Pemain yang ketiga mendapat

80% ( 8 markah). Pemain ketujuh mendapat 7 mata dengan peratusan 70%. 50% dikuasai oleh

pemain kelapan dan kesepuluh. Akhir sekali pemain keenam memperoleh 60%.

15

Page 16: Tugasan HBPE 2203

Carta di atas menjelaskan peratusan keputusan pemain di dalam ujian memukul dengan

tepat yang dilaksanakan oleh guru. Empat orang pemain mendapat keputusan yang sangat baik

iaitu pemain pertama, kedua, keempat dan kelima. Peratusan yang diwakili oleh keempat-empat

pemain ini ialah 40%. Manakala pemain ketiga dan ketujuh pula mendapat keputusan baik yang

mewakili 20%. Akhir sekali, pemain yang mewakili keputusan sederhana ialah seramai 40%

iaitu pemain keenam, kelapan, kesembilan dan kesepuluh.

16

Page 17: Tugasan HBPE 2203

3.0 REFLEKSI KRITIKAL KE ATAS PELAKSANAAN UJIAN

Dua ujian kemahiran asas iaitu kemahiran menggelecek bola dan kemahiran memukul

bola dengan tepat mempunyai objektif yang tersendiri. Objektif guru selaku jurulatih ialah untuk

menguji kemahiran pemain menggelecek bola hoki antara halangan dengan pantas serta menguji

tahap fokus pemain semasa memukul dan menggelecek bola. Ujian ini telah memberikan

peluang kepada jurulatih untuk menilai tahap kemampuan dan penguasaan kemahiran asas

permainan hoki ini. Selain itu, ujian ini juga boleh memberikan ruang kepada jurulatih untuk

mengesan kelemahan setiap pemain hoki yang diuji. Dapatan data daripada kedua-dua ujian ini

telah dianalisis oleh jurulatih bagi mendapatkan cara yang paling sesuai untuk membantu setiap

pemain mengatasi kelemahan dalam dua kemahiran asas ini. Ujian juga memberikan ruang

kepada pemain itu sendiri untuk menilai tahap kemampuan masing-masing dan berusaha untuk

memperbaiki kelemahan di dalam permainan hoki ini.

Ujian pertama yang dilaksanakan oleh juru latih adalah kemahiran menggelecek bola

antara skitel. Kepentingan pelaksanaan ujian ini adalah untuk menilai tahap kecekapan pemain

menggelecek bola apabila berhadapan dengan halangan sewaktu pertandingan nanti. Selain itu,

ujian ini juga membantu juru latih untuk menilai kemampuan pemain apabila menghadapi

tekanan(halangan) daripada sekeliling. Kelebihan ujian menggelecek bola melalui skitel kecil ini

adalah membolehkan juru latih mengumpul masa, menganalisis data dan menguji kecekapan

pemain semasa menggelecek bola di dalam latihan. Manakala kelemahan ujian ini adalah jarak

dan masa yang diberikan kepada pemain tidak bersesuaian. Jarak yang diberikan adalah pendek

menjadikan pemain kurang efisien semasa menggelecek bola. Selain itu, masa yang ditetapkan

oleh juru latih juga adalah singkat jika pemain menyasarkan keputusan yang sangat baik.

Cadangan penambah baik yang boleh dilaksanakan untuk ujian di masa hadapan ialah

memberikan jarak yang bersesuaian untuk pemain menggelecek bola hoki antara skitel,

memberikan masa yang lebih bersesuaian untuk pemain menggelecek bola, meletakkan bilangan

skitel dengan lebih banyak supaya pemain mampu membuat ujian ini dengan lebih baik.

17

Page 18: Tugasan HBPE 2203

Ujian yang kedua ialah kemahiran memukul bola dengan tepat. Kepentingan ujian

kemahiran ini adalah untuk melihat kemampuan murid untuk menjaringkan gol mengikut jumlah

mata yang ditetapkan. Selain itu, ujian ini juga bertujuan untuk mendedahkan murid dengan

sudut, jarak dan kaedah yang bersesuaian untuk menjaringkan gol. Kelebihan ujian ini adalah

memberikan pengetahuan kepada pemain untuk menilai sudut atau kedudukan yang bersesuaian

untuk menjaringkan gol. Selain itu, ia juga akan memberikan pendedahan kepada pemain untuk

menilai kaedah yang bersesuaian dipilih jika berhadapan dengan halangan semasa dalam cubaan

menjaringkan gol. Ketiga, ujian ini juga memberikan ruang kepada pemain untuk memilih jarak

yang bersesuaian semasa cubaan menjaringkan gol dalam permainan hoki. Kelemahan ujian ini

adalah kesediaan pemain dalam melaksanakan ujian. Cubaan untuk memukul bola dengan tepat

hanyalah 5 percubaan, ini memberikan tekanan kepada pemain untuk memukul bola dengan

tepat ke dalam lubang gol berpandukan sudut dan mata yang telah ditetapkan. Cadangan

penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah meletakkan skitel dengan lebih banyak supaya

pemain mampu mengenal pasti kedudukan yang bersesuaian semasa memukul.

Kesimpulannya, hantaran ataupun pukulan merujuk kepada salah satu cara hantaran yang

kuat kerana bola hoki akan bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah

boleh dicapai jika pemain sentiasa diberikan pendedahan dengan kedudukan yang bersesuaian,

sudut yang tepat dan cara memukul dengan betul. Ujian yang dijalankan dari masa ke masa akan

memberikan pendedahan kepada pemain untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Menggelecek

merupakan kemahiran yang memberikan pendedahan kepada pemain supaya mampu mengawal

bola dengan baik. Kemahiran ini akan membantu pemain untuk membawa bola ke kawasan

lawan. Kemahiran ini juga akan memberikan ruang kepada pemain untuk menggunakan jenis

menggelecek yang bersesuaian supaya bola dapat diberikan kepada pemain yang lain dengan

baik. Ujian akan memberikan pendedahan kepada pemain bagaimana cara untuk menggelecek

yang bersesuaian dengan situasi, cara untuk menghantar bola kepada kawan dengan baik serta

menggelakkan pemain kehilangan bola semasa membawanya. Kemahiran-kemahiran yang

dinyatakan akan membantu juru latih untuk mendidik pemain yang baik dalam pasukan hoki

yang ditubuhkan.

18

Page 19: Tugasan HBPE 2203

4.0 RUJUKAN

Buku

i. Borhan Yusof, Hasbullah Ismail etl. (2012). HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan

ii. Khairuddin Omar & Ghazali Ismail. (2012). 1 Pelajar 1 Sukan : Aktiviti Permainan Hoki. Selangor. Navison (M) Sdn. Bhd

iii. Mohd Amizie (1999). Konsep Latihan Kecergasan Fizikial. Selangor. Pustaka Bersatu Sdn Bhd.

iv. Mohd Said. (2000). Manual Latihan Permainan Hoki. Perak. Maktab Perguruan Ipoh. Perak

v. Mohd Talib dan Dr Norlena Salamuddin. 2012. HBPE1203 Kecergasan Fizikal. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

vi. Panel Penulis.(2011) Modul Latihan Sukan Untuk Guru Kelab Sekolah: Permainan Hoki. Putrajaya. Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia

vii. Ryan Walter & Mike Jonston. (2010). Hockey Plays and Strategies. USA. Humans Kinestetic

Internet

i. Fikri Sazali. (2013). Teknik-Teknik Permainan Hoki : Academia. dirujuk pada 3. November. 2015. Dirujuk daripada https://www.academia.edu/9970028/Teknik-teknik_Permainan_Hoki.

ii. Mat King. (2013). Kemahiran Asas Hoki : Nota Pelajar PISMP. Dirujuk pada 3. November. 2015. Dirujuk daripada http://notakuliahpismp.blogspot.my/2012/10/kemahiran-asas-hoki.html

iii. N. Valauthan. (2015). Modul Latihan SPTS Untuk Jurulatih : Academia. Dirujuk pada 3. November 2015. Dirujuk daripada https://www.academia.edu/9554868/H_O_K_I

iv. Stepahnie Unsell. (2014). Permainan Hoki : SlideShare. Dirujuk pada 3. November.2015. Dirujuk daripada http://www.slideshare.net/missstepheltonz/waj-3109-permainan-hoki-semester-2.

19

Page 20: Tugasan HBPE 2203

20