31
1.0 DRAMA / AKTIVITI BERLAKON 1.1 Konsep definisi Rajah 1: Definisi drama Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama merupakan aksi mimetik (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama merupakan peniruan bagi kehidupan. Malah drama juga merupakan cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Menurut The American College Dictionary drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama merupakan suatu komposisi prosa yang boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas. Wujudnya penghayatan yang mendalam, ianya berbeza dari segi pembacaan dan juga pementasan. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama merupakan senaskah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. 2.0 OBJEKTIF DRAMA 1 Melakukan atau melakonkan DRAMA

BMM 3104E Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

1.0 DRAMA / AKTIVITI BERLAKON

1.1 Konsep

definisi

Rajah 1: Definisi drama

Drama berasal daripada  perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau

melakonkan. Drama merupakan aksi mimetik (peniruan), iaitu  aksi yang meniru  atau

mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama merupakan peniruan bagi

kehidupan. Malah drama juga merupakan cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran.

Menurut The American College Dictionary drama didefinisikan sebagai karangan

prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik

untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama merupakan suatu komposisi prosa

yang boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui

dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan

seperti  kehidupan yang sebenar.

Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas. Wujudnya

penghayatan yang mendalam, ianya berbeza dari segi pembacaan dan juga pementasan.

Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama

merupakan senaskah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang,

pelakon atau bantuan seni yang lain.

1

Melakukan atau melakonkan

DRAMA

Page 2: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

2.0 OBJEKTIF DRAMA

Satu daripada matlamat pendidikan kini ialah pertumbuhan maksimum seseorang sama ada

sebagai seorang individu dan sebagai ahli sesuatu kelompok masyarakat. Menurut Nellie Mc

Caslin dalam bukunya “Creative Drama in the class Room”, walaupun dalam penyelidikan

secara keseluruhan mempunyai objektif khas namun pembelajaran drama dalam pendidikan

mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antara objektif-objektif utama yang dimaksudkan

ialah :

Rajah 2: Objektif - objektif utama drama

2

Pembangunan aspek kreatif dan estetik

Keupayaan berfikir secara kritikal

Pembangunan sosial dan keupayaan untuk bekerjasama dengan pihak lain

Peningkatan dari segi kepakaran komunikasi

Pembangunan nilai-nilai moral dan kerohanian

Page 3: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

2.1 Objektif Psikomotor

Drama menekankan tingkah laku dan pergeraka. Hal ini bertujuan mengajar dan memberi

kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar terutama dalam kemahiran membuat sesuatu.

Psikomotor merupakan satu bidang yang penting dari segi pengajaran guru dan pelajar di

sekolah. Kebolehan psikomotor lebih merupakan pengajaran berbentuk teknikal,

pertukangan, pertanian, gerakbalas yang melibatkan perkembangan fizikal dan koordinasi

“neuro-muscular”.

Kemahiran ini menjadi lebih utama bagi pelajar-pelajar yang kurang cenderung dalam bidang

akademik. Koordinasi dan kepantasan fizikal biasanya tidaklah dianggap sebagai satu

tingkahlaku yang amat penting dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, erja-kerja amali yang

dirancangkan mestilah bersesuaian dengan kesanggupan fizikal kebanyakan pelajar. Secara

ringkas kategori - kategori utama dalam tata tingkat taksonomi objektif psikomotor ialah :

Rajah 3: Kategori dalam objektif psikomotor

3

Membuat pengamatan dan persepsi

Kesediaan untuk bertindak

Melakukan gerak balas terbimbing

Melakukan gerak balas tanpa bimbingan

Melakukan gerak balas yang kompleks

Page 4: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

2.2 Objektif Kognitif

Kognitif bertujuan membina kebolehan dalam pemikiran dan kefahaman. Hal ini banyak

melibatkan aktiviti mental dan perkara yang ditekankan ialah pengetahuan. Objektif kognitif

dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat.

Rajah 4: Peringkat objektif kognitif

4

Pengetahuan Kebolehan mengingat kembali perkara-perkara dipelajari. Proses mengingat diberi penekanan.

Pemahaman Kebolehan memberi huraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin menukarkan sesuatu bentuk kepada bentuk yang lain atau kebolehan meringkaskan cerita atau membuat interprestasi.

Aplikasi

Menggunakan maklumat yang telah dipelajari atau diperolehi. Ceraian atau petikan maklumat yang digunakan mungkin dalam bentuk idea am, peraturan-peraturan, prosedur atau kaedah am, teori dan sebagainya. Pelajar gunakan maklumat tersebut dalam situasi baru.

Analisis

Kebolehan memecah-memecahkan sesuatu yang hendak dipelajari itu kepada bahagian-bahagian tertentu. Kebolehan yang dipentingkan ialah memecahkan bahagian-bahagian tersebut, melihat hubungan-hubungannya dan mengsan susunan prinsip pemecahan yang terlibat.

Sintesis

Kebolahn menggabungkan pecahan-pecahan yang kecil atau ciri-ciri kepada satu bahagian yang besar dan yang baru. Kebolehan ini mementingkan pelajar menyusun, memilih, mengatur sesuatu dalam bentuk, corak dan sebagainya.

Page 5: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

2.3 Objektif Afektif

Afektif menekankan perasaan sikap emosi dan perkara-perkara yang kurang nyata dalam

sesuatu mata pelajaran. Di sekolah bidang ini kurang dititikberatkan kerana sistem

pendidikan terlalu mementingkan keupayaan atau pencapaian kognitif pelajar. Melalui

bidang ini pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan di samping menerapkan aspek

kerohanian yang menghala ke arah satu pembentukan peribadi yang kukuh dan mulia dan

membentuk satu perwatakan yang tegas dan berwibawa.

3.0 CIRI - CIRI DRAMA

5

ada perbualan dua arahada pelaku dan perwatakan masing-masing

dilakonkan secara tertutup atau terbuka

ada orang yang melihat lakonan

Berbentuk dialog Watak

LakonanPenonton

Page 6: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Rajah 5: Ciri – ciri drama

Heathcote (1984 : 56) telah menurunkan beberapan cirri yang terdapat dalam drama. Antara

ciri-ciri itu ialah :

Drama memerlukan kerjasama antara ahli-ahli yang mengambil bahagian.

Darama menggunakan pengalaman yang lepas.

Darama menimbulkan situasi yang memerlukan komunikasi yang tepat.

Drama melibatkan pengalaman dan dengan itu memerlukan lebih daripada

kebolehan intelek.

Drama mencabar pelajar meneroka kebenaran dengan menghayati sesuatu

kenyataan yang baru.

Jika ditinjau objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan

menengah, kita akan mendapati bahawa salah satu daripada objektif utamanya ialah supaya

pelajar dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang

betul dan tepat dalam pelbagai keadaan perhubungan. Berdasarkan ciri-ciri di atas, teknik

drama amat sesuai digunakan untuk pendidikan Bahasa Melayu di sekolah.

6

Page 7: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

4.0 PRINSIP PELAKSANAAN DRAMA

Drama merupakan salah satu jenis sastera yang berada pada dua dunia seni, iaitu seni

sastera dan seni pertunjukan atau teater. Orang yang melihat drama sebagai seni sastera

menunjukkan perhatiannya pada seni tulis teks drama yang dinamakan juga seni lakon.

Teknik penulisan teks drama adalah berbeza dengan teknik penulisan puisi atau prosa. Baik

drama sebagai karya sastra maupun sebagai bagian dari kelengkapan teater, Teks drama

selalunya menuju ke arah pementasan. Hal inilah yang membezakan genre sastra drama

dengan genre sastra puisi maupun prosa fiksi. Arah terhadap pementasan itu menyebabkan

drama identik dengan pementasan.

Sebagai sebuah teks sastera, drama merupakan suatu jenis sastera yang

mempunyai kaedah yang dikelompokkan ke dalam dua kelompok besar. Pertama, yang

berhubungan dengan kaedah bentuk, iaitu dengan wujudnya watak, jalan cerita, latar ruang

dang waktu. Kedua, ialah berhubungan dengan kaedah stilistika, iaitu bahasa serta dialog

yang digunakan adalah bersesuaian dengan lingkungan sosial, watak serta tanggungjawab

yang disampaikan melalui dialog - dialog yang dikemukakan.

7

Page 8: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Terdapat empat perkara yang perlu diperhatikan di dalam drama iaitu isi dramatik,

bahasa dramatik, bentuk dramatik dan struktur dramatik. Isi dramatik merupakan gagasan

yang akan dikemukakan dalam drama. Contohnya, sepandai - pandai tupai melompat

akhirnya jatuh ke tanah juga. Berdasarkan gagasan tersebut, dapat dikembangkan sebuah

drama bagaimana seseorang harus berjalan pada jalan yang benar, tidak sombong.

Bahasa dramatik adalah bahasa drama yang digunakan, apakah bahasa prosaik,

puitik, atau sosiologik yang akan digunakan. Bentuk dramatik pula merupakan ragam

ekspresi, gaya ekspresi dan juga plot cerita. Ragam ekspresi yang digunakan secara umum

adalah tragedi, komedi, tragedi – komedi dan melodrama. Gaya ekspresi pula adalah visi

dan pandangan penulis yang dramanya sesuai dengan kefahaman pengarang. Struktur

dramatik adalah perkembangan antara konflik yang muncul, memuncak, dan berakhir.

Melalui dialoglah berkembangnya jalan cerita. Penunjukan tentang latar yang dikehendaki

dituliskan dengan lebih terperinci.

SINOPSIS

Suria merupakan seorang anak bangsawan dan mempunyai orang suruhan bernama Melur.

Walaupun mereka sebaya, tetapi sikap mereka jauh berbeza. Suria seorang yang bongkak

dan sombong manakala Melur pula seorang yang baik hati dan penyayang. Pada suatu hari,

Suria dan Melur masuk ke dalam hutan untuk memetik bunga. Pelbagai peristiwa telah

berlaku di sepanjang perjalanan mereka. Peristiwa yang dialaminya menjadikan Suria

berubah daripada seorang yang sombong kepada seorang yang baik hati.

Tema : Penyesalan

Persoalan : Keangkuhan membawa kerugian. Perbuatan baik, akan dibalas baik dan

perbuatan jahat dibalas jahat.

Plot :

1. Permulaan

8

Page 9: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

- Suria dan Melur masuk ke dalaam hutan untuk memetik bunga.

2. Klimaks

- Bermimpi berjumpa dengan bunga dan pokok gergasi serta nenek tua.

3. Peleraian

- Suria menyesali perbuatannya sebelum ini. Meminta maaf dengan Melur dan

arnab. Mereka bertemu jalan keluar.

Latar :

Tempat :

1. Di dalam hutan

2. Di tepi sebatang sungai

3.

Masa :

1. Senja

Masyarakat :

1. Flora dan fauna

2. Golongan bangsawan dan golongan bawahan

WATAK

Suria

Melur

Arnab

Pokok 1

Pokok2

Bunga 1

Bunga 2

Nenek tua

Katak 1

Katak 2

Mak Cik Jah

9

Page 10: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

PERWATAKAN

Suria:

1. Sombong, degil

2. Degil

3. Angkuh

4. Bangga diri

5. Mementingkan diri

6. Berambut panjang lurus

7. Cantik

8. Anak Orang Kaya

9. Berkulit kuning langsat

10. Tuan kepada Melur

Melur:

1. Lemah lembut

2. Penyayang

3. Baik hati

4. Sabar

5. Bertanggungjawab

6. Berambut panjang bertocang dua

7. Berhidung mancung

8. Selekeh

9. Miskin

10. Orang suruhan Suria.

Arnab:

1. Berbulu putih

2. Manja

3. Jinak

10

Page 11: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Pokok 1 dan Pokok 2 :

1. Besar

2. Tinggi

3. Akar yang melingkar panjang

Bunga 1 dan Bunga 2 :

1. Berwarna-warni

2. Wangi

3. Mempunyai banyak kelopak

Nenek Tua :

1. Bongkok

2. Muka berkedut

3. Rambut berwarna putih

4. Bertongkat

5. Seorang yang banyak ilmu

Katak 1 dan Katak 2

1. Riang

2. Suka bernyanyi

3. Bersifat dendam

11

Page 12: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

“GADIS YANG BONGKAK”

Sedang Melur berkemas - kemas……

Mak Cik Jah : Apa yang kau nak buat dengan bakul tu melur? Kau nak ke mana tu?

Kan dah lewat petang ni.

Melur : (Terdiam seketika dan memandang Mak Cik Jah). Errrr….. Mak Jah....

Errr..

(Teragak-agak)

Mak Cik Jah : (Berkerut kebingungan)

Suria : (Bercekak pinggang) Hei Melur, cepatlah cikit!! Apa yang kau buat lagi tu?

Lembabnya kau ni!!

Melur : (Sambil memegang bakul dan berlari ke arah Suria)

12

Page 13: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Melur : Ya Cik, saya datang ni. (Berlari ke arah Suria)

Suria : (Mengerling ke arah Melur dan terus berjalan).

Melur dan Suria berjalan - jalan masuk ke dalam hutan. Hari beransur senja.

Melur : Wah, cantiknya bunga di sini kan Cik! (sambil tersenyum)

Suria : (Memetik sekuntum bunga lalu menghalakannya ke arah muka

Melur) Ini kau kata cantik? (Melemparkan bunga itu ke arah Melur)

Bunga ni hanya layak untuk orang macam kau, bukan aku.

(Memijak bunga yang dilemparnya tadi). Ingatlah Meleur, kita ni bagaikan

langit dengan bumi.

Suria terus memetik bunga sambil merungut hal tadi. Sambil berjalan, Suria memijak bunga

- bunga yang terdapat di sepanjang jalan.

Melur : (Sambil memerhati Suria) Cik, janganlah buat macam tu. Kasihan bunga

bunga itu.

Suria : (Mendengus kasar) Diamlah kau, menyibuknya kau ini. Daripada kau

bercakap,

baik kau pegang bakul tu elok - elok.

Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang mengerang

kesakitan di sebalik semak.

Melur : Cik, cik ada terdengar bunyi suara tak?

Arnab : Aduhhhhh….. sakit……. Sakit…..Tolong aku.

13

Page 14: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Melur : (Mencari - cari lalu terpandang arnab dan terus menuju ke arah arnab

tersebut).

Suria : Hei, kau nak ke mana tu? (Sambik bercekak pinggang).

Melur : (Memberhentikan langkah dan terus berpaling ke arah Suria). Arnab tu

sakit Cik. Marilah kita tolong dia.

Suria : (Dengan pandangan sinis, sambil mengerling ke arah arnab itu). Kau

nak tolong? Dah la kotor, busuk pula tu. (Sambil menutup hidung).

Melur : (Dengan nada sedih). Kasihan dia Cik, dia pun makhluk Tuhan juga

macam kita.

Suria : Kalau kau nak, kau lah yang tolong. (Mendengus kasar)

Melur :(Merawat arnab tersebut dan membawanya bersama.)

Setelah jauh berjalan…….

Suria : Eh, kita di mana ni Melur? (dalam keadaan cemas).

Melur : Ssss…sa..ya rasa kita sudah tersesat ni.

Suria : Apa? Kita tersesat? Ini semua salah kau. Kalau kau tidak tolong arnab

bodoh tu tadi, tentu tak jadi macam ni.

Melur : (Sambil menangis). Maafkan saya cik.

Suria : (Berjalan ke arah pokok yang terdapat di pinggir sebatang sungai)

Melur, aku nak tidur sebentar. Kau jangan kemana - mana.

Melur : (Memerhatikan keadaan sekeliling sambil memegang arnab) Baik Cik.

(meletakkan barang-barang)

Suria : (Bersandar di pokok dan terus melelapkan mata).

14

Page 15: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Melur menangis meratapi nasib sambil membelai – belai arnab yang dirawatnya tadi. Tiba-

tiba terdengar keriuhan sekumpulan katak yang sedang bersuka ria.

Katak 1 : (Memerhati keaadan sekeliling). Wah, cantiknya tempat ini!

Katak 2 : Betul lah! Jom kita pergi mandi.

(Lagu)

Lompat si katak lompat (lompat)

Lompatlah tinggi-tinggi

Cepatlah adik cepat

Cepatlah bangun pagi-pagi

Lompat si katak lompat

Lompat tepi perigi

Cepatlah adik cepat

Cepatlah gosok gigi

Yipee.....

Suria : (Terjaga dan mencari arah bunyi tersebut). Siapalah yang buat bising ni?

Melur : (Terkejut dan menuju ke arah Suria). Saya rasa itu bunyi sekumpulan

katak yang bernyanyi riang.

Suria : (Mencari-cari batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak tersebut).

Shuh! Shuh! Pergi main jauh - jauh !!!

15

Page 16: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Katak 1 : Perempuan jahat!!! Perempuan Jahat!!!

Katak2 : Kau akan terima balasannya. (Sambil berlalu pergi).

Suria kembali menyambung tidurnya, manakala Melur pula masih leka bermain - main

dengan arnab.

Melur : (Mengusap-usap badan arnab sambil mengeluh). Apalah nasib aku. Sudah

lah selalu kena marah, sekarang sesat pula. Malangnya.... nasibku ini.

Arnab : Janganlah bersedih Melur yang baik hati. Orang yang baik pasti ditolong Tuhan.

Akibat keletihan Suria telah bermimpi.

Suria : (Berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan).

Di manakah aku ni? (Kebingungan).

(Suria mencari-cari jalan keluar sambil merentap bunga dan tumbuh-tumbuhan

yang terdapat di sekelilingnya. Tiba-tiba……….

Lampu digelapkan dan diterangkan perlahan-lahan.

Suria : Aduh, sakitnya kaki aku! (Suria merasakan ada sesuatu yang merentap kakinya)

Bunga 1 : Hei, budak sombong. Kau nak ke mana tu?

Suria : (Matanya terbeliak dan kehairanan melihat persekitarannya lebih besar

berbanding dengan dirinya). Kau ni siapa? Mana Melur?

Bunga 2 : Kau lupa kah? Aku yang kau rentap dan dibuang sesuka hati kau.

16

Page 17: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Arnab : Aku yang kau hina, aku yang kau ejek, busuk dan buruk.

Bunga 1 : Aku yang kau pijak-pijak.

Mereka mengutuk Suria beramai - ramai sambil mengeruminya.

Engkau yang sombong,

Engkau yang bongkak, (Ulang 2x)

Engkau pemarah

Suria : (Menggigil ketakutan lalu pengsan)

Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang bertongkat. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang

mengerumi Suria berlalu pergi.

Nenek tua : (Semakin menghampiri Suria). Inilah balasan di atas perbuatan jahat kau

Suria. Sikap kau yang sombong, bongkak dan tidak berperikemanusiaan.

Kau seorang yang berhati batu dan tidak mementingkan perasaan orang

lain terutamanya Melur yang selalu menjaga kau. Kau tak mungkin

berubah. Tak mungkin. (Berlalu pergi sambil menggelengkan kepala.)

Suria terjaga

Suria : (Mencari-cari nenek). Nenek…nenek…nenek…..

Lampu diterangkan.

17

Page 18: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Melur : Sedang asyik memetik bunga dan tiba-tiba..... Cik suria!!!

(Terkejut dan terus meluru ke arah Suria)

Suria : (Terjaga daripada tidur)

Maafkan aku Melur ….maafkan aku arnab.. (sambil menangis)

Melur : (Kebingungan dan akhirnya tersenyum sambil membalas pelukan Suria).

Lampu digelapkan dan tirai ditutup.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 AMANAH

(Pengajaran Aspek Seni Bahasa Tahun 4)

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tahun : 4 Amanah

Bilangan Murid : 30 orang

Tarikh : 20 April 2014 (Ahad)

Masa : 7.45 - 8.45 pagi (60 minit)

Tema : Kemasyarakatan

Tajuk : Gadis yang bongkak

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.

18

Page 19: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menceritakan kembali cerita daripada bahan yang telah dibacaii. Melakonkan watak – watak yang terdapat di dalam drama.iii. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Sistem Bahasa :

Morfologi : Proses pembentukan kata – pengimbuhan, penggandaan Sebutan dan Intonasi : Intonasi - ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seru Peribahasa : Hati batu, baik hati

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik

ii. Nilai : Kasih sayang, hormat – menghormati, kesyukuran

iii. Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap persekitaran

iv. Kreativiiti: Pergerakan kreatif – imaginasi dan visualisasi

v. Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) : Kreativiti dan inovasi

Kepelbagaian Kaedah & Teknik :

i. Kemahiran berfikir : Menghubung kait

ii. Didik hibur

iii. Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal, muzik dan lirik lagu

iv. Kajian masa depan

Bahan Bantu Mengajar:

Jenis Bilangan1 Komputer riba 12 Gitar 13 Teks Gadis yang Bongkak 304 Kotak Beracun 1

:

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mempunyai pengalaman bercerita.

19

Page 20: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Langkah /

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Persembahan Cerita

Pendek

“Arnab dan Kura –

Kura”

1. Guru bercerita kisah “Arnab dan Kura –

Kura” dengan iringan petikan gitar guru

sendiri.

2. Dua orang murid yang memakai

topeng arnab dan kura –kura masuk ke

dalam kelas ketika guru sedang

bercerita.

3. Murid – murid menonton persembahan

cerita Arnab dan Kura – Kura.

4. Guru bersoal jawab dengan murid

tentang watak yang terdapat di dalam

persembahan tadi.

BBM :

Gitar, topeng arnab

dan kura – kura

KBT :

KP : Verbal

linguistik

KB :

Menghubungkait

BCB :

Mendengar dengan

aktif, memproses

maklumat

Nilai : Berkeyakinan

20

Page 21: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Langkah 1

( 10 minit )

Permainan kotak

beracun

Soalan dalam kotak

beracun:

Dialog

Sajak

Pantun

Syair

(Rujuk Lampiran 1)

1. Guru meminta murid duduk dalam satu

bulatan besar di mana guru berdiri di

tengah bulatan.

2. Guru memainkan muzik sambil murid

mengedarkan kotak beracun di

sepanjang muzik dimainkan.

3. Apabila muzik diberhentikan, murid

yang memegang kotak bercaun akan

didenda.

4. Murid tersebut akan diminta untuk

mengambil satu kertas soalan daripada

kotak beracun tersebut.

5. Murid tersebut akan diminta untuk

membaca dialog yang diperolehi

dengan menggunakan intinasi dan

nada yang sesuai.

BCB :

Mendengar dengan

aktif, menjana idea

BBB: Kotak beracun

Teknik: Permainan

Bahasa

Nilai: Berani, Yakin

Langkah 2

( 10 minit )

Teks Cerita Gadis

yang Bongkak

1. Guru mengedarkan teks cerita Gadis

yang Bongkak kepada murid.

2. Guru meminta murid membaca teks

yang diberikan dengan intonasi yang

kuat dan jelas.

3. Guru bertanya kepada murid mengenai

cerita yang terdapat di dalam teks.

BBM: teks cerita

Gadis yang

Bongkak

Nilai : Berani, patuh

21

Page 22: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

4. Guru memilih murid secara rawak

untuk bangun dan menceritakan

kembali cerita Gadis yang Bongkak

dengan lebih terperinci.

.

Langkah 3

(15 minit )

Dialog

(Rujuk lampiran 3)1. Murid diminta untuk membaca dan

memahami dialog yang terdapat di

dalam teks Gadis yang Bongkak.

2. Murid diminta melakonkan dialog

tersebut dalam kumpulan masing –

masing.

Langkah 4

( 15 minit )

Melakonkan kembali

Drama Arnab dan

Kura – Kura

berdasarkan teks yang

telah dibaca.

1. Guru meminta murid melakonkan

kembali cerita yang terdapat dalam teks

Gadis yang bongkak.

2. Guru memilih beberapa orang murid

untuk memegang watak - watak yang

terdapat dalam teks.

3. Guru memilih seorang murid untuk

menjadi pencerita bagi drama tersebut.

BCB : Mendengar

dengan aktif

BBB: Teks cerita

Teknik Drama:

Teater Bercerita

Nilai : Yakin

Strategi: Penilaian

Penutup

( 5 minit )

Rumusan

Persoalan

murid

Tugasan

rumah

1. Guru membuat rumusan ringkas bagi

P&P pada hari ini

2. Guru menyatakan nilai – nilai yang

terdapat di dalam drama Gadis yang

bongkak.

3. Tugasan rumah : Murid diminta untuk

membina satu dialog mudah.

Ilmu : Pendidikan

Muzik

Nilai : Mematuhi

arahan

Kreativiti dan inovasi

Teknologi maklumat

22

Page 23: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

dan komunikasi

KKT : Didik

hibur

REFLEKSI

STEHANIE UNSIL ANAK RAKEY

910502-13-5056

Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Semester 5, kami

telah diwajibkan untuk mengikuti Kursus BMM3104 P Pengajian Kemahiran Bahasa Melayu yang

melibatkan pengetahuan dan kefahaman komponen mikro – makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori

Pemerolehan Bahasa serta mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Malah, mata pelajaran ini

melibatkan pemahaman terhadap falsafah, objektif dan organisasi kandungan kurikulum Bahasa

Melayu serta meningkatkan lagi pemahaman dalam membandingbezakan beberapa konsep kaedah –

kaedah pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kerja kursus pendek ini sememangnya telah memberi

impak yang besar kepada diri saya dari segi pengetahuan dan pemahaman saya dalam transformasi

pendidikan negara, di mana perkara ini patut diketahui oleh bakal guru sebagai panduan mengajar

kelak.

23

Konsep

Objektif

Ciri - ciri

Prinsip

Page 24: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas saya, PISMP

Muzik Semester Lima untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai matlamat dalam

melaksanakan tajuk kerja kursus ini dengan berkesan di mana kami harus melihat ke

hadapan dan meletakkan situasi kami sebagai seorang guru kelak. Transformasi kurikulum

pendidikan negara membawa kepada penambaikan dalam sistem pendidikan kita. Oleh itu,

sebagai seorang bakal yang menjadi guru, pengetahuan tentang kandungan yang sedia ada

dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah perlu.

Melalui tugasan ini, saya mampu melihat dengan lebih lanjut tentang kemahiran

bahasa seperti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran bahasa. Malah, saya

harus meneliti dan meneroka sendiri kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah

berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu, saya terpaksa mencari maklumat

berkenaan dengan teknik – teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti

1. Teknik Drama

Mimos

Arca

Improvisasi

Main peranan

Simulasi

Teater

Bercerita

Pentomin

Mestamu

Dikon

2. Teknik Bercerita

3. Nyanyian

Setelah mendapatkan semua maklumat ini, saya melihat tajuk ini agak membebankan di

mana selama ini saya tidak melihat bahawa semua aktiviti yang telah dilakukan di dalam

kelas selama ini merupakan suatu teknik dalam proses pembelajaran. Kini, saya harus

meneliti sendiri bagaimana teknik – teknik ini membantu guru atau murid dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan menekankan

kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru masa

24

Page 25: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

hadapan. Secara tidak langsung, saya telah meneroka sendiri tentang kepelbagaian teknik

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan mengaplikasikannya dalam sesi

pengajaran mikro dan makro yang dilakukan dalam kelas. Malah, teknik – teknik tersebut

bukanlah perkara perkara yang asing lagi kerana, semua teknik – teknik ini pernah dilalui

sejak di bangku sekolah lagi. Pembelajaran di dalam kelas sememangnya amat menarik

apabilan guru mengaplikasikan pelbagai teknik dalam pengajarannya sekaligus mampu

menyediakan pakej aktiviti pengajaran – pengajaran Bahasa Melayu yang berkualiti.

Selain itu, kami juga pernah didedahkan dengan tajuk yang berkaitan dengan teknik

– teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu pada semeseter – semester yang lalu . Kini, saya

hanya perlu mengaplikasikan semua pengetahuan yang diperoleh dari bilik kuliah untuk

melaksanakan kerja kursus ini. Maklumat – maklumat yang diperolehi telah banyak

membantu saya dalam menghasilkan dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian

dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah yang sesuai dalam satu sesi pengajaran. Teknik –

teknik tersebut sememangnya mempelihatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik dan berterusan.

Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga –

pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja kursus

ini. Selama ini, saya masih belum pasti dengan komponen – komponen pengajaran mikro

dan makro serta teknik pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Selama ini, saya

hanya bertindak sebagai penonton dan peserta kepada aktiviti pengajaran yang dilakukan

oleh guru di dalam bilik darjah.

Di bangku sekolah, saya hanya berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru saya. Kini, sebagai

bakal guru, sayalah yang menjadi akan penganjur kepada aktiviti untuk anak – anak didik

saya agar perjalanan sesi pengajaran itu mencapai objektif yang disasarkan. Oleh itu, pada

awal perbincangan saya, rakan sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana

saya kurang pasti dengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha

mencari sebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang

kehendak kerja kursus ini.

25

Page 26: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah seperti

yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini,

teknik – teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu dan juga Komponen Kemahiran Bernilai

Tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu, saya telah meminjam beberapa buah buku di

perpustakaan kampus dan juga mencari maklumat di internet. Kebanyakkan buku yang saya

peroleh adalah lebih kepada KBSR kerana transformasi kurikulum yang baru sahaja

dijalankan. Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan – rakan saya untuk bertukar –

tukar idea dan bahan rujukan bagi melaksankan kerja kursus ini dengan jayanya.

Halangan seterusnya ialah, saya telah mengalami kesukaran dalam menghasilkan

dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah yang

sesuai dalam satu sesi pengajaran. Saya perlu menyediakan RPH yang berlandaskan aktiviti

berlakon atau drama di dalam kelas. Ini memerlukan imaginasi yang tinggi bagi mencapai

suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas di mana, saya

belum pernah mempunyai pengalaman melaksanakan aktiviti berlakon bagi murid – murid

saya. Namun begitu, saya bersyukur kerana mempunyai rakan – rakan sekelas yang sudi

berkongsi idea dalam mempelbagaikan menyiapkan kerja kursus ini dan juga pensyarah

tidak berhenti memberi teguran positif serta bimbingan sepenuh masa. Pada masa ini, saya

mendapati bahawa kaedah komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih

memudahkan proses pembelajaran sekaligus membantu secara langsung dalam

menyempurnakan kerja kursus.

Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerja

kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individu yang

ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan berkenaan dengan tajuk

kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untuk mendengar pendapat

orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu di dalam kerja kursus ini. Dengan

kata lain, saya telah melihat kelemahan diri saya melalui tahap pemikiran rakan – rakan yang

lain dan berusaha untuk memperbaiki diri saya. Hal ini demikian, guru harus peka dan cekap

dalam memperbaiki kelemahan diri kerana gurulah yang sentiasa diperhatikan oleh

masyarakat pada masa hadapan.

26

Page 27: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

Di dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru masih lagi memainkan peranan

utama sebagai penggerak pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik –

teknik yang sedia ada ini bergerak sebagai panduan bagi guru dalam melaksanakan

tanggungjawabnya di sekolah. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah melihat

begitu besarnya tanggungjawab seorang guru. Pengetahuan tentang teknik – teknik

pengajaran adalah tidak cukup sekiranya tidak mampu mengaplikasikan teknik – teknik

tersebut dengan baik di dalam kelas. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa guru masih

perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka

dan juga murid. Hal Ini akan menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran

seterusnya meningkatkan kecekapan guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran.

Contohnya, bagi pelajar yang lemah dalam komunikasi, guru perlu menjalankan

aktiviti yang melibatkan komunikasi yang banyak di dalam kelas. Di samping itu, guru

haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri

dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi. Perhatian yang

dirasai akan mendorong mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik improvisasi

di mana bagi meningkatkan daya imaginasi murid di mana daya imaginasi murid dapat

ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke

tahap optimum. Justeru itu, murid akan lebih berfikiran kreatif dan juga kritis.

Saya juga mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan

bersahaja adalah penting bagi mengelakkan tekanan emosi di dalam kelas. Sebagai bakal

guru, saya harus bijak merancang segala penyelesaian yang wujud di dalam kelas saya dan

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid dari

awal hingga akhir pengajaran saya. Sama ada kurikulum KBSR atau KSSR, tujuan utama

pendidikan ialah potensi dan kebolehan murid mestilah dikembangkan dengan seimbang

melalui semua aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan

menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang

penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang positif

terhadap gaya pembelajaran yang berkesan dan bekerja secara kumpulan.

27

Page 28: BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)

28