of 22 /22
Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah Negeri Perak 1 Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah Negeri Perak 1. PENGENALAN Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam menyahut cabaran mempertingkatkan daya saing dan daya tahan Negara berikutan perubahan persekitaran ekonomi dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan. Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di mana Pelan Strategik Teknologi Maklumat Sektor Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan (ISP) telah dilancarkan pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan untuk menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan ISP Sektor Awam. Oleh itu, Pentadbiran Tanah Negeri Perak telah mengambil langkah ke arah membangunkan ISPnya bagi menyediakan satu pelan induk ICT yang akan memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan strategi bisnes Pentadbiran Tanah dan memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam.

Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Embed Size (px)

Text of Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW...

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    1

    Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    1. PENGENALAN

    Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam

    menyahut cabaran mempertingkatkan daya saing dan daya tahan Negara

    berikutan perubahan persekitaran ekonomi dalam negara dan di peringkat

    antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan memberikan tumpuan kepada

    usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan perkhidmatan berkualiti

    tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.

    Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah

    dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

    Malaysia (MAMPU) di mana Pelan Strategik Teknologi Maklumat Sektor

    Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan (ISP) telah dilancarkan

    pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan untuk

    menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian

    dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan

    ISP Sektor Awam.

    Oleh itu, Pentadbiran Tanah Negeri Perak telah mengambil langkah ke arah

    membangunkan ISPnya bagi menyediakan satu pelan induk ICT yang akan

    memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan

    keperluan strategi bisnes Pentadbiran Tanah dan memenuhi keperluan

    semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam.

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    2

    1.1. LATARBELAKANG

    ISP ini merupakan Masterplan yang dibangunkan untuk menyokong pelan

    pemodenan Pentadbiran Tanah Negeri agar perancangan dan

    pembangunan ICT selari dengan perancangan dan perlaksaan program

    dan aktiviti yang dirancang. Pada masa yang sama, pelan tersebut akan

    menyokong visi ICT Sektor Awam yang dilaksanakan oleh Unit

    Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

    ISP ini juga digubal berasaskan Manual Prosedur Kerja, Fail Meja,

    Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian

    (PTG) serta 17 Pejabat Daerah Dan Tanah bersama dengan dokumen lain

    yang berkaitan.

    1.2. RASIONAL

    Tujuan ISP ini digubal adalah untuk :

    1.2.1. Memperjelaskan halatuju pembangunan dan penggunaan ICT

    Pentadbiran Tanah bagi tempoh 5 tahun akan datang (2011-2016);

    1.2.2. Menyediakan satu pelan perlaksanaan ICT yang terancang dan

    sistematik;

    1.2.3. Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian dalam pengurusan

    dan penyediaan kemudahan ICT sebagai khidmat sokongan dan

    1.2.4. Menjadi sumber rujukan untuk mempertingkatkan sistem

    penyampaian perkhidmatan melalui pembudayaan ICT

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    3

    2. PROFIL BTM

    2.1. VISI

    Pemangkin kepada merealisasikan visi Pentadbiran Tanah menerusi kaedah

    yang unik dan inovatif sesuai dengan persekitaran Pentadbiran Tanah.

    2.2. MISI

    Misi ICT adalah seperti berikut:

    Menjadikan ICT sebagai teras utama kepada perkhidmatan dan

    penyampaian yang efisien dan efektif; dan

    Membudayakan ICT sepenuhnya dalam setiap aktiviti di Pentadbiran

    Tanah.

    Misi ICT yang di rumus oleh Pentadbiran Tanah adalah sejajar dengan

    misi ICT Sektor Awam Malaysia iaitu:

    Menyediakan perkhidmatan elektronik yang cekap, cepat, berkualiti

    dan selamat;

    Menggunakan ICT dan multimedia bagi mempertingkatkan produktiviti

    sektor awam;

    Mempermudah perkongsian sumber dalam kalangan agensi-agensi

    Kerajaan; dan

    Mengutamakan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan.

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    4

    2.3. TERAS STRATEGIK ICT

    Teras Strategik ICT akan menjadi garis panduan dalam pelaksanaan ICT di

    dalam Pentadbiran Tanah adalah seperti berikut:

    ICT dapat membantu Pentadbiran Tanah dalam membuat

    perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan.

    ICT dapat menggalakkan perkongsian maklumat untuk memperbaiki

    dan melengkapkan pelaksanaan kerja di pentadbiran tanah.

    ICT sebagai medium transformasi dalam meningkatkan sistem

    penyampaian jabatan kepada pelanggan dengan lebih berkesan.

    ICT menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan pantas melalui

    penggunaan teknologi yang bersesuaian.

    ICT sebagai sumber maklumat bagi memenuhi keperluan pelanggan

    untuk memperolehi informasi terkini.

    ICT sebagai alat yang membantu Pentadbiran Tanah lebih berdaya

    maju dengan penyediaan data dan maklumat yang cepat dan tepat.

    ICT sebagai sumber perkongsian maklumat dan integrasi antara

    agensi.

    2.4. PERANAN BTM

    Bahagian Teknologi Maklumat PTG berperanan untuk:

    2.4.1. Merancang,menyelaras dan melaksanakan Perancangan Strategik

    ICT jabatan bagi PTG dan 17 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    5

    2.4.2. Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut keperluan

    jabatan.

    2.4.3. Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan bantuan teknikal

    peralatan, perisian dan keselamatan ICT.

    2.4.4. Menyediakan khidmat pengurusan sistem rangkaian.

    2.4.5. Latihan ICT teknikal dan kakitangan.

    2.5. STRUKTUR ORGANISASI

    Seperti di Lampiran 1

    LAMPIRAN%201-carta%20organisasi.doc

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    6

    LAMPIRAN 1

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    7

    2. PERSEKITARAN ICT SEMASA

    BTM diamanahkan dalam semua aspek pengurusan ICT dan senarai aplikasi-

    aplikasi ICT utama yang di dalam jagaan adalah:

    Bil Sistem Tujuan

    1 Portal Pentadbiran

    Tanah

    Web interaktif bagi PTG dan 17 PDT

    eCarian

    ePayment

    eDokumen

    2 E-Hadir Merekod kehadiran kakitangan jabatan, rekod @

    mohon cuti, pengiraan kerja lebih masa.

    3 Speks Pengurusan kewangan negeri

    4 HRMIS Pengurusan maklumat sumber manusia

    5 e-Aduan Penerimaan dan menjawab aduan umum

    6 e-Survey Kepuasan pelanggan

    7 e-Setinggan Pengurusan maklumat setinggan

    8 e-Ruang udara Pengurusan lesen ruang udara ( Iklan dan lain-lain

    lagi )

    9 Sistem Pentadbiran

    Hasil Tanah (SPHT)

    Pengurusan hasil tanah negeri

    10 E-Benar Memproses permohonan melepas sekatan

    kepentingan untuk tujuan pindahmilik dan gadaian

    11 Sistem Pentadbiran

    Tanah Berkomputer

    (SPTB)

    Pengurusan maklumat hakmilik dan merekod

    transaksi yang berlaku ke atas hakmilik

    12 e-MMK Fasa 1 Sistem janaan kertas mesyuarat untuk dibawa ke

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Bah.

    Perumahan dan Industri)

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    8

    13 e-Bahan Batu Permohonan Permit Bahan Batu

    14 e-LMS Pengurusan Lesen Tumpangan Sementara

    15 Sistem Pemantauan

    Perumahan dan

    Industri

    Memproses dan memantau proses pelepasan

    kuota bumiputera

    16 E-akses Fasa 1 CCTV dan Thumb Print bilik kebal dan bilik server

    17 SPTB Biometrik Penggunaan biometrik dalam urusan geran

    18 Pangkalan Data

    Geospatial Tanah

    (PDGT) fasa 1

    Menyimpan lapisan-lapisan GIS untuk pelbagai

    kegunaan dan fasa 1 bagi lapisan pelan hakmilik

    sementara.

  • Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

    Pentadbiran Tanah Negeri Perak

    9

    3. HALA TUJU PENGURUSAN ICT

    Hala tuju ICT yang strategik perlu sejajar dengan bisnes agar inisiatif ICT dapat

    merealisasikan visi dan misi Pentadbiran Tanah. Oleh itu, hala tuju ICT yang

    dirangka merangkumi visi, misi, teras strategik dan peluang inisiatif yang dikenal

    pasti mampu untuk menyokong hala tuju bisnes Pentadbiran Tanah kelak

    3.1. PELUANG BARU ICT

    Peluang-peluang ICT yang dikenal pasti akan melibatkan pembangunan

    aplikasi baru dan penambahbaikan kepada aplikasi sedia ada. Pemetaan

    peluang ICT Pentadbiran Tanah dengan rangka kerja peluang ICT

    menunjukkan pelbagai aplikasi dan penyelesaian teknologi dapat menyokong

    perkhidmatan teras, operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta

    pihak berkepentingan digambarkan seperti di Lampiran 2.

    Strategi ICT yang dirangka bagi tempoh 2012-2016 untuk merealisasikan

    persekitaran bersepadu ICT terdiri daripada inisiatif-inisiatif berikut :

    Community Application

    Agency Specific Application

    Enterprise Wide Application

    Knowledge Bank

    Pengukuhan Infrastruktur ICT

    Pengukuhan pembudayaan dan persekitaran ICT (enabling environment)

    LAMPIRAN%202-Pemetaan%20Peluang%20ICT%20Pentadbiran%20Tanah%20Dengan%20Rangka%20Kerja%20ICT.doc

  • 10

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    13.

    VISION AND ICT

    STRATEGIC THRUST

    INFRASTRUCTURE

    ENABLING

    ENVIROMENT

    KNOWLEDGE

    WAREHOUSE

    APPLICATIONS

    ACCESS

    CHANNELS

    CUSTOMER

    COMMUNITIES

    As the enabler in realizing

    PTG/PDT vision

    Gateway PTG/PDT Perak

    PTG/PDT Enterprise Wide

    Applications

    SMS

    PTG/PDT Internal

    Applications

    PTD/PDT Database

    Leadership & Commitment | People & Culture | Policy

    & Governance | Change management | Smart

    Partnership | HR Development | Support Strategy

    SEC

    UR

    ITY

    Infrastructure

    Sis. Pentadbiran Hasil Tanah

    (SPHT)

    E-Benar

    Sis. Pentadbiran Tanah

    Berkomputer (SPTB)

    e-MMK

    e-Bahan Batu

    e-LMS

    Sis. Pemantauan

    Perumahan dan Industri

    E-akses

    SPTB Biometrik

    Pangkalan Data Geospatial

    Tanah (PDGT

    E-Hadir

    Speks

    eAduan

    e-Survey

    e-Setinggan

    eRuang udara

    E-Benar online

    e-Rizab

    Sistem Integrasi Aplikasi

    Tanah (SIAP)

    HRMIS

    MEJA BANTUAN

    CUSTOMER

    RELATIONSHIP

    MANAGEMENT (CRM)

    PTG/PDT Stakeholders, Agencies, Public Etc

    Community Applications

    MOBILE WEB PHONE COUNTER

    Pemetaan Peluang ICT Pentadbiran Tanah Dengan Rangka Kerja ICT LAMPIRAN 2

  • 11

    3.2 INISIATIF BARU

    3.2.1 Commmunity Application

    Bil Aplikasi keterangan

    1

    Title Online Info

    &

    Kiosk

    Kemudahan orang awam untuk mendapatkan

    maklumat hakmilik tanah secara berpusat seperti :

    Cetakan bil

    Penyata pembayaran

    Pembayaran online

    Maklumat ringkas hakmilik

    Kemudahan memohon pertukaran alamat

    ke atas bil cukai tanah.

    2

    e-Benar Online

    Kemudahan yang disediakan kepada orang awam

    untuk membuat permohonan kebenaran

    pindahmilik dan gadaian secara online di mana-

    mana sahaja

    3

    Portal

    Penambahbaikan medium pembayaran dan

    serahan online

  • 12

    3.2.2 Aplikasi Dalaman (Agency Specific Application)

    Bil Aplikasi keterangan

    1

    e-Benar (strata)

    Sistem ini merupakan

    penambahbaikan keatas sistem e-

    benar sedia ada dengan penambahan

    kepada hakmilik strata.

    Sistem ini akan berintegrasi dengan

    sistem SPTB dan SPHT.

    2

    Sistem Pendaftaran

    Hakmilik Strata.

    Sistem pendaftaran hakmilik strata

    dibuat secara berkomputer.

    Cetakan hakmilik berkomputer akan

    dikeluarkan mengikut petak.

    Penyimpanan data maklumat pemilik

    dan transaksi akan disimpan di dalam

    pangkalan data.

    3

    Sistem Pengurusan

    mesyuarat

    Sistem ini akan merangkumi perkara-

    perkara berikut:

    Penyediaan jadual mesyuarat.

    Maklumat tempat (bilik) mesyuarat

    digunakan supaya tiada

    pertindihan tempat.

    Pemberitahuan mesyuarat kepada

    pegawai/kakitangan yang terlibat

    melalui emel.

    Penyediaan senarai kehadiran.

  • 13

    4

    e- Ruang udara

    (strata)

    Sistem telah ada tetapi tidak

    digunakan.

    Penambahbaikan perlu dilakukan

    untuk bahagian strata.

    5

    e- penguatkuasaan

    (strata)

    Sistem telah ada tetapi tidak

    digunakan.

    Penambahbaikan perlu dilakukan

    untuk bahagian strata.

    6

    Salinan sah di PTG

    bagi kegunaan

    Bahagian

    Pendaftaran.

    Kemudahan kepada orang awam

    untuk mendapatkan salinan sah tanpa

    perlu ke Pejabat Tanah.

    7

    SPHT

    Penambahbaikan dari segi capaian

    pertanyaan maklumat hakmilik untuk

    kemudahan semakan di Bahagian

    Hasil.

    Pembetulan alamat secara berpusat

    Memperkemaskan modul deposit.

    Mempertingkatkan sekuriti kaunter

    hasil iaitu :

    Kawalan mod lewat/biasa

    Cetakan Logoff bagi

    menggantikan mesin audit roll

  • 14

    8

    SPTB Biometrik

    Pengecaman cap jari dilakukan

    sebelum mengakses sistem SPTB

    Menyimpan cap jari pemilik dan

    penyerah bagi urusan pindah milik

    tanah dan kes hakmilik hilang

    9

    eMMK (Fasa 2)

    Aplikasi ini merupakan penambahbaikan

    kepada sistem sedia ada pada Fasa 1

    yang dapat membantu mengurus

    maklumat dan memperluaskan proses

    permohonan tanah dari peringkat daerah

    secara keseluruhan merangkumi urusan-

    urusan seperti di bawah;

    Memperbaharui tempoh pajakan

    tanah

    Perwartaan

    Rayuan Keputusan MMKN

    Rayuan Premium/ Premium

    Tambahan

    Lanjutan Tempoh Bayaran Premium

    Pindaan Pelan

    Pemecahan Tanah Ladang

    Izinlalu TNB Seksyen 16(2) Akta

    Bekalan Elektrik

    Perlombongan Seksyen 81 Enakmen

    Mineral (Perancangan ada, tiada

    pelaksanaan)

  • 15

    Menambah baik sistem pengurusan

    keputusan MMK bagi memudahkan

    tujuan mendapatkan laporan statistik

    secara efektif.

    10

    e-Zone

    (Jawatankuasa

    Zon)

    Aplikasi ini merupakan sistem

    baru:

    Proses permohonan mendapatkan

    kelulusan MB melalui

    jawatankuasa zon bagi

    permohonan yang tidak bertindih.

    11

    e-Tanah Lapang

    Aplikasi ini merupakan sistem baru:

    Proses pengumpulan maklumat status

    tanah lapang kerajaan yang direzabkan

    untuk pembangunan masa depan seperti

    pengumpulan, mengenalpasti,

    merancang, mewartakan, memelihara

    dan menguruskan (upkeep) kawasan

    lapang.

    (Proses aliran kerja semasa adalah

    daripada PBT terus ke PTG)

    12

    e-Warta

    Aplikasi ini merupakan sistem baru:

    Proses kerja penyediaan untuk

    pewartaan merangkumi urusan-urusan

  • 16

    seperti di bawah;

    tanah rancangan (kawasan

    penempatan berkelompok)

    tanah rancangan (tujuan awam)

    13

    e-Rezab

    Aplikasi ini merupakan sistem baru:

    Proses permohonan di bawah kategori

    rezab

    Rezab Tanah Melayu

    Pembatalan Tanah Simpanan

    (Rezab) Seksyen 64 KTN Akta

    56/1965

    Proses Kerja

    Penyimpanan(Perezaban)

    Tanah Kegunaan Awam

    14

    e- Lesen

    Penjelajahan

    Seksyen 14

    Aplikasi ini merupakan sistem baru:

    Prosedur permohonan untuk Lesen

    Penjelajahan

    15

    Sistem Pengurusan

    fail

    Sistem ini bertujuan bagi memantau,

    merekod pergerakan fail dan dokumen

    supaya pengguna dapat mengetahui

    kedudukan fail sama ada di peringkat

    bawahan, pertengahan dan atasan.

    Sistem ini juga dapat menjimatkan masa

  • 17

    dalam pencarian fail dan mengurangkan

    kehilangan fail.

    16 Sistem Temujanji

    dan Pergerakan

    Menguruskan waktu temujanji antara

    pegawai, kakitangan dan orang awam.

    17 Sistem Tempahan

    Kawalan tempahan bilik mesyuarat dan

    kenderaan jabatan.

    18 E-sensor

    Sistem ini diwujudkan untuk mengesan

    pergerakan kenderaan yang terlibat

    dengan usaha bahan batu.

    19

    Sistem

    Perpustakaan

    Sistem ini diwujudkan bagi

    menyenaraikan buku-buku yang terdapat

    di dalam perpustakaan dan menyediakan

    tempahan pinjaman buku tersebut. Selain

    daripada itu ianya dapat merekod urusan

    pinjaman buku berkenaan.

    20

    Sistem Data

    (Doket)

    Megesan doket yang sah dan

    menentukan kepunyaan doket melalui no.

    siri.

  • 18

    3.2.3 Aplikasi Enterprise Wide

    Bil Aplikasi keterangan Bil

    1

    Video

    Conferencing dan

    VOIP

    Sistem ini dapat

    membantu jabatan

    berkomunikasi

    secara online di

    antara kakitangan

    jabatan-jabatan

    yang berkaitan

    tanpa perlu hadir

    ke pejabat

    berkenaan. Sistem

    ini juga membantu

    proses

    pembelajaran

    diantara

    kakitangan yang

    berkenaan.

    2 GIS (Public) Semakan

    maklumat geografi

    tanah untuk

    semakan orang

    awam

    3.3 Pewujudan Bank Pengetahuan (Knowledge Bank)

    Bank Pengetahuan Pentadbiran Tanah adalah sistem yang digunakan bagi

    menyokong persekitaran proses integrasi di antara aplikasi-aplikasi di PTG

    dan 17 PDT. Ia juga menyokong perkongsian maklumat untuk

    penambahbaikan produktiviti dan peningkatan kecekapan keseluruhan di

    Pentadbiran Tanah negeri.

  • 19

    Bil Aplikasi keterangan

    1 Sistem

    Integrasi

    Aplikasi Tanah

    (SIAP)

    Integrasi dengan semua aplikasi dan modul ICT

    yang boleh digunakan secara bersama bagi

    tujuan:

    Perkongsian data

    Laporan

    Semakan

    Profil tanah

    Perancangan

    3.4 Pengukukan Infrastruktur ICT

    Bagi memastikan segala aplikasi dan sistem yang bakal dibangunkan atau

    yang ditambahbaik dapat berfungsi dengan lancar dan memenuhi keperluan

    Pentadbiran Tanah, infrastruktur ICT yang sedia ada perlu ditambah baik.

    Infrastruktur yang sedia ada sudah tidak dapat lagi menampung keperluan

    semasa mahupun yang akan datang. Antara penambahbaikan yang

    diperlukan dengan segera adalah seperti berikut:

    Keperluan rangkaian jalur lebar yang lebih tinggi bagi memenuhi

    keperluan jabatan-jabatan berkaitan;

    Penukaran perkakasan ICT yang terkini mengikut peredaran masa dan

    teknologi.

    Keperluan kepada Disaster Recovery Facility (DRF) yang akan

    memastikan operasi yang berterusan dan juga mengurangkan gangguan

    kepada system yang sedia ada dan juga akan datang.

  • 20

    Perisian yang Genuin bagi memastikan sokongan dari pihak pengeluar

    pengisian.

    3.5 Pengukuhan Pembudayaan dan Persekitaran ICT (Enabling

    Environment)

    Peringkat permulaan pelaksanaan inisiatif ICT, aspek pembudayaan ICT

    perlu diberikan penekanan sewajarnya dan pemantapan penggunaan ICT

    secara strategik perlu dipertingkatkan. Tujuan pengukuhan pembudayaan

    dan persekitaran ICT (enabling environment) untuk memastikan

    persekitaran yang kondusif.

    Antara faktor kegagalan projek pengkomputeran adalah berpunca daripada

    persekitaran pembudayaan ICT yang lemah yang tidak menyokong

    pelaksanaan inisiatif yang dilaksanakan. Ini termasuklah kepimpinan dan

    koordinasi, personel dan

    budaya kerja, polisi dan garis panduan perlu dimantapkan untuk

    pembentukan persekitaran yang sesuai dalam mendorong pembangunan

    dan penggunaan ICT.

    Objektif strategik ICT PTG yang telah dirancang adalah:

    a. Mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan

    stakeholder melalui penambahbaikan dan penyeragaman infrastruktur dan

    aplikasi ICT;

    b. Memastikan pembudayaan ICT yang berterusan melalui program

    kesedaran (awareness program) terhadap aplikasi yang sedia ada atau

    bakal dibangunkan, melalui kaedah yang lebih interaktif seperti mesra

    pengguna, manual pengguna, polisi-polisi berkaitan ICT dan sebagainya.

    c. Mempertingkatkan Knowledge Management (KM) untuk memantapkan

    dan memperluaskan perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan

    terbaik;

  • 21

    d. Mempertingkatkan latihan teknikal yang membolehkan pengguna

    berupaya mengendalikan sistem yang terdapat di PTG.

    e. Membangun dan memperkukuhkan aplikasi strategik ICT dalam

    menyokong hala tuju dan fungsi-fungsi utama

    f. Memperkukuhkan tadbir urus ICT dalam mempertingkatkan penyampaian

    perkhidmatan; dan

    g. Mempertingkatkan kompetensi ICT dalam menyediakan perkhidmatan

    yang lebih efektif.

    4. STRATEGI PERLAKSANAAN

    Pelaksanaan keseluruhan inisiatif ICT dirangka untuk jangka masa lapan (5)

    tahun. Pelaksanaan secara berperingkat dicadangkan supaya sejajar dengan

    kapasiti dan keupayaan tenaga kerja Pentadbiran Tanah dan mengambil kira

    proses persediaan spesifikasi teknikal sistem, pengurusan perubahan (Change

    Management) dan Business Process Re-Engineering (BPR).Pelan Strategik

    ICT(ISP)(2008-2015)

    4.1 Faktor kejayaan kritikal

    Di antara faktor kejayaan kritikal bagi menentukan kejayaan

    perlaksanaan setiap inisiatif ICT adalah seperti berikut :

    Penyertaan, kerjasama dan sokongan dari pihak pengurusan atasan serta

    jabatan-jabatan berkaitan seperti memberi idea-idea yang bernas dan

    menyokong dari segi kewangan untuk program-program ICT yang hendak

    dilaksanakan.

    Membudayakan pengkomputeran diperingkat awalan bagi menyediakan

    modal insan yang celik ICT.

    Menyediakan polisi ICT yang berkaitan sebagai panduan dalam

    menentukan halatuju organisasi jabatan berkaitan.

    Kerjasama dan kesefahaman di antara jabatan-jabatan yang berkaitan.

    Penyelidikan dan pembangunan dalam melancarkan program ICT dengan

    memgambil kira aplikasi teknologi terkini.

  • 22

    Memperolehi dan memastikan sumber yang mencukupi dari segi tenaga

    kerja, sistem, struktur dan teknologi secara optimum.

    Responsif kepada persekitaran dengan menunjukkan adaptibiliti dan

    fleksibiliti dalam menangani perubahan bagi memastikan pertumbuhan

    berterusan dan menyumbang kepada jabatan.

    Pengurusan berkesan bagi semua projek-projek ICT.

    Pengurusan ke atas faktor-faktor luar kawalan seperti rangkaian dan

    keselamatan.

    4.2 Timeline Perlaksanaan.

    Kesemua inisiatif yang dirancang akan disusun dalam tempoh pelan strategik

    yang dicadangkan dan berdasarkan keutamaan serta bajet yang yang ada.

    Bagi pengukuhan infrastruktur, latihan dan keselamatan akan dijalankan

    seiring perlaksanaan dalam tempoh 5 tahun.

    5. PENUTUP

    Pelan strategik ini merupakan masterplan yang dibangunkan untuk menyokong

    pelan pemodenan Pentadbiran Tanah bagi tempoh 5 tahun akan datang (2011-

    2016) agar perancangan dan pembangunan ICT dapat dimanfaatkan

    sepenuhnya.