4
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun Dua Tarikh : 2 Mac 2011 Masa : 1215 115 pm Kelas : 2 Bestari Bilangan Murid : 36 orang Bidang : Menggambar Kegiatan : Gurisan Tajuk : Kampung Halaman Konsep Asas : Mengguris gambar pada lapisan warna krayon Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat : i. Menghasilkan satu gambar kampung halaman melalui teknik gurisan di atas kertas lukisan dengan menggunakan pencungkil ii dan warna krayon yang berbeza warna. ii. Mengetahui dan mengenal pasti alat yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar menggunakan teknik gurisan. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa menggunakan warna krayon serta pernah melukis pemandangan kampung Persediaan Murid : Warna krayon Persediaan Guru : Kertas lukisan, warna krayon, pita pelekat, pencungkil gigi. Alat Bantu Mengajar : Carta jalan kerja, contoh lukisan gurisan, gambar pemandangan, lagu iringan, kamera KBKK : Banding beza murid dapat membanding dan membezakan karya yang

RPH PSV Tahun 2 - Gurisan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RPH PSV Tahun 2 - Gurisan

Rancangan Pengajaran HarianPendidikan Seni Visual

Tahun Dua

Tarikh : 2 Mac 2011

Masa : 1215 – 115 pm

Kelas : 2 Bestari

Bilangan Murid : 36 orang

Bidang : Menggambar

Kegiatan : Gurisan

Tajuk : Kampung Halaman

Konsep Asas : Mengguris gambar pada lapisan warna krayon

Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat :i. Menghasilkan satu gambar kampung halaman melalui teknik gurisan di atas kertas

lukisan dengan menggunakan pencungkil ii dan warna krayon yang berbeza warna.ii. Mengetahui dan mengenal pasti alat yang boleh digunakan untuk menghasilkan

gambar menggunakan teknik gurisan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa menggunakan warna krayon serta pernah melukis pemandangan kampung

Persediaan Murid : Warna krayon

Persediaan Guru : Kertas lukisan, warna krayon, pita pelekat, pencungkil gigi.

Alat Bantu Mengajar : Carta jalan kerja, contoh lukisan gurisan, gambar pemandangan, lagu iringan, kamera

Page 2: RPH PSV Tahun 2 - Gurisan

KBKK : Banding beza – murid dapat membanding dan membezakan karya yang dihasilkan.

Nilai Murni dan Moral : Kebersihan dan kekemasan

Perkara Isi Kandungan Butiran Aktiviti Pengajaran Catatan

Induksi (5 Minit)

- Menyanyi

- Soal jawab

- penerangan

- Guru menunjukkan lirik lagu yang berkaitan kampung.

- Guru memperdengarkan lau dan meminta murid menyanyi bersama-sama.

- Guru bertanyakan murid tentang lagu dan meminta murid memberi jawapan.

- Guru memberi penerangan tentang tajuk.

- ABM – lirik lagu ‘Desa Tercinta’, komputer.

Perkembangan(40 Minit)

- Memperkenal teknik

- Penerangan

- Mengagihkan peralatan.

- Tunjuk cara

- Guru memperkenalkan teknik gurisan dan aplikasinya dalam menggambar.

- Guru menunjukkan peralatan - warna krayon, kertas lukisan dan pencungkil gigi.

- Guru mengagihkan peralatan yang diperlukan.

- Guru menunjukkan cara menghasilkaan lukisan gurisan.

1. Dengan menggunakan krayon berwarna cerah, kertas lukisan diwarnakan. Warna hendaklah tebal dan pada satu arah sahaja.

2. Setelah selesai, lapis warna tadi dengan warna krayon yang gelap. Lapisan kedua hendaklah pada

- ABM – carta, contoh lukisan, peralatan.

Page 3: RPH PSV Tahun 2 - Gurisan

- Memulakan kerja

- Tata kerja

arah yang berbeza.3. Dengan menggunakan pencungkil gigi, guris pada

warna tadi sehingga membentuk suatu gambar yang dikehendaki.

- Guru menunjukkan hasil kerja yang telah siap.

- Guru mengarahkan murid memulakan kerja.

- Guru membantu dan mengawasi murid.

- Guru mengingatkan pelajar agar menjaga kebersihan dan kekemasan kerja.

- Guru mengingatkan tentang masa.

- Contoh hasil.

- Moral

Kemuncak(10 minit)

- Mempamer kerja

- apresiasi

- Guru meminta muri menunjukkan hasil kerja.

- Guru memberikan komen tentang hasil karya murid.

- Guru memberikan pujian kepada semua murid.

- Guru memilih 3 karya terbaik dan menyampaikan hadiah.

-

Penutup(5 minit)

- Peneguhan

- kegunaan

- Guru meminta murid memberi komen terhadap aktiviti.

- Guru menerangkan tentang kegunaan. (hiasan, hadiah, sumber pendapatan)

- Guru mengarahkan murid mengemas peralatan.

-