RPH Slot 2 Minggu 30
RPH Slot 2 Minggu 30
RPH Slot 2 Minggu 30
RPH Slot 2 Minggu 30
RPH Slot 2 Minggu 30

RPH Slot 2 Minggu 30

  • View
    18

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph

Text of RPH Slot 2 Minggu 30

RPH KSSR PJ Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Gita, Kuching.

Mata Pelajaran : Pendidikan JasmaniKelas : 1 BestariBilangan murid :

Tajuk : Kesedaran Ruang

Tarikh : 20 Ogos 2014 ( Rabu )Masa : 7.30 8.00 pagi

Standard kandungan : Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep pergerakan.

Standard pembelajaran :

1.1.2 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras yang berbeza.2.1.2 Mengenal pasti ruang diri.2.1.3 Mengenal pasti ruang am.5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani.

Objektif pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran dan pengajaran murid dapat;1. Psikomotor - Melakukan pelbagai aktiviti pergerakan dalam ruang yang besar, ruang kecil, secara zig-zag dan pergerakan ke pelbagai arah.1. Kognitif - Mengenal pasti ruang diri dan ruang am.1. Afektif - memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti.

Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) : Kreativiti dan keusahawanan

Bahan Bantu Belajar : gelung, skital, tali

Bahagian/ MasaAktiviti Fokus PembelajaranPengelolaan/ Strategi PdPAlatan/ Catatan

1. Permulaan:( 3 hingga 5 minit )1. Memanaskan Badana) Melakukan aktiviti bermain Pijak Tali1. Meningkatkan suhu badan untuk menyediakan badan melakukan aktiviti yang lebih aktif.2. Meningkatkan kadar degupan jantung3. Mewujudkan keseronokan. 1. Dalam kawasan yang telah ditetapkan

2. Cara Bermain:1) Setiap murid diberi seutas tali dan diikat pada pergelangan kaki.2) Dalam kawasan yang ditetapkan setiap murid akan cuba memijak tali murid-murid yang lain. 3) Dalam masa yang sama murid tersebut perlu mengelak talinya daripada dipijak oleh murid lain.

-tali-skital

1. Perkembangan:( 8 hingga 12 minit )

Aktiviti 1: Bergerak Dalam Ruang Besar

Aktiviti 2: Bergerak Dalam Ruang Kecil

Aktiviti 3: Berlari Zig-zag

Aktiviti 4: Pergerakan Ke Pelbagai Arah1. Bergerak seperti burung terbang ke pelbagai arah tanpa melanggar kawan.2. Meniru suara burung semasa bergerak.

3. Bergerak seperti ulat bulu ke pelbagai arah dalam ruang kecil.

4. Berlari dalam laluan zig-zag mengikut arah larian yang ditentukan oleh guru.

5. Duduk dekam dan melompat keluar dan masuk ke dalam gelung mengikut tepukan.

6. Melompat pelbagai arah ke hadapan, belakang, sisi kiri dan sisi kanan.Kawasan Aktiviti :

Murid bergerak dalam kawasan yang ditetapkan

-skital-gelung

1. Kemuncak( 8 hingga 10 minit ) Permainan Kecil : Burung Dalam Sangkar1. Melakukan pergerakan burung secara bebas dalam permainan mengikut arahan daripada guru.

1. Murid berada di dalam sangkar (gelung) masing-masing.

2. Guru akan memberi isyarat terbang. Murid keluar dari sangkar dan terbang bebas.

3. Guru memberi isyarat bilangan burung yang patut berada di dalam sangkar yang terhampir dengannya. Murid bergerak dan masuk ke dalam sangkar seperti yang diarahkan.

4. Permainan diteruskan dan guru mengubah bilangan burung yang berada di dalam sangkar.EMK:-Kreativiti dan Keusahawanan

1. Penutup ( 3 hingga 5 minit )Aktiviti Gerak Kendur:1. Berjalan sekeliling kawasan permainan sambil menarik nafas2. Menjawab soalan dalam lembaran kerja. 1. Merehat dan memulihkan degupan jantung.2. Mengendurkan otot yang telah direngang secara aktif ketika bermain.3. Mengembalikan sistem fisiologi secara beransur-ansur selepas digunakan secara aktif. 1. Murid berjalan dalam kawasan yang ditetapkan.2. Menjawab soalan dalam posisi duduk.

-Lembaran kerja

Penilaian pengajaran dan pembelajaran :a. Lembaran kerja Menandakan ruang mana yang lebih senang untuk bergerak.

Refleksi :